Rabu, 5 Mac 2008

PAS TAK BERANI DEDAH HUTANG


BERITA HARIAN – (05-03-2008)

KOTA BHARU: Kerajaan Pas Kelantan enggan mendedahkan jumlah sebenar keseluruhan hutang negeri ini kepada Kerajaan Pusat kerana bimbang maklumat itu kononnya akan diputarbelitkan.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat negeri, Datuk Husam Musa, berkata pihaknya bimbang media memutar belit jumlah hutang Kerajaan Pas Kelantan itu berbanding prestasi pembayaran yang dibuatnya.

Manifesto diumumkan Barisan Nasional (BN) Kelantan, mendedahkan hutang terkumpul Kerajaan Pas Kelantan kini mencapai RM1 bilion, termasuk defisit terkumpul bajet mencapai RM400 juta sehingga 2006.

Di sebalik keengganannya mendedahkan jumlah hutang negeri ini, Husam menolak dakwaan Kerajaan Pas Kelantan akan bankrap akibat tunggakan hutang.

“Ketika ini, Kelantan mempunyai tunggakan hutang yang perlu dibayar kira-kira RM11.6 juta, kedua terendah selepas
Sarawak, berbanding negeri lain yang mencapai RM587 juta.

“Malah, Kelantan juga mampu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai infrastruktur air yang diluluskan kepada Air Kelantan Sdn Bhd (ASKSB),” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, ada perbezaan antara tunggakan hutang dengan jumlah hutang.

“Jumlah hutang terkumpul Kelantan saya rasa kita tak payah beritahu. Saya dah nampak helah sesetengah surat khabar, dia akan ‘highlight’ yang itu, tenggelam apa yang kita cakap tadi,” katanya.


Sementara itu, Husam mendedahkan Pas menerima dana daripada luar negara termasuk sumbangan orang ramai bagi membiayai kempen pilihan raya yang sedang berlangsung.

0 ulasan: