Khamis, 6 Mac 2008

CUBAAN BURUK IMEJ UMNO GUNA MIMBAR

BERITA HARIAN – (06-03-2008)

KOTA BHARU: Cubaan pihak tertentu untuk mengheret imam di Kelantan bagi membenci Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum Sabtu ini, akhirnya terdedah apabila sebuah syarikat multinasional membuat laporan polis di sini semalam.

Redland Group of Companies dalam laporannya di ibu Pejabat Polis Daerah di sini, mendedahkan bahawa nama syarikat itu digunakan untuk membuat sogokan kepada imam terbabit supaya mereka membaca teks khutbah menyokong BN menjelang pilihan raya Sabtu ini.

Pengerusinya, Datuk Ismail Hassan, berkata imam berkenaan sebelum ini menerima sekeping surat menggunakan kepala surat syarikat itu.

"Surat itu menyatakan syarikat kami diarah oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa membayar untuk imam ini supaya membaca khutbah menyokong BN pada Jumaat ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Ismail berkata, turut disertakan bersama surat itu adalah sekeping cek bernilai RM2,000 yang boleh ditunaikan di Bank Muamalat di sini.

Beliau berkata, cek itu kemudian cuba ditunaikan oleh imam berkenaan di cawangan bank itu di sini, tetapi diberitahu bahawa ia palsu

"Saya dimaklumkan pihak bank, lapan imam cuba menunaikan cek berkenaan dan apabila diteliti ia adalah cek palsu dengan semua mempunyai nombor siri yang sama," katanya.

0 ulasan: