Khamis, 13 Mac 2008

GANDINGAN MUHYIDDIN-TENGKU RAZALEIGH-MAHATHIR?


http://www.kuda-kepang.blogspot.com/

Gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Anwar sesuatu yang tidak mustahil namun dalam konteks sebagai pemuafakatan ahli UMNO (kerana Anwar masih bukan ahli UMNO). Kiranya gandingan Muhyiddin-Tengku Razaleigh-Mahathir adalah paling bersesuaian untuk memulihkan dan merawat UMNO - Satu gandingan mantap dan berpengalaman dibentuk umpama mewakili suara akar umbi ahli UMNO di bahagian Selatan-Timur-Utara.

Di bahagian Selatan, Muhyiddin boleh memainkan peranan mengukuhkan dan menguatkan lagi keteguhan ahli UMNO, di bahagian Timur pula Tengku Razaleigh menggunakan pengalaman lampau untuk menyatukan dan mengembalikan kepercayaan sokongan ahli UMNO terhadap parti, dan di bahagian Utara Tun Dr Mahathir masih relevan untuk memupuk kembali semangat pemuafakatan dan sayangkan UMNO di kalangan ahli UMNO yang makin pudar.

Sekiranya dari sekarang gandingan kuat ini di bentuk mewakili seluruh suara ahli UMNO Selatan-Timur-Utara, nescaya kita akan melihat sesuatu yang menarik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2008 nanti dan UMNO akan kembali menjadi suatu keluarga yang bermuafakat dan mantap

0 ulasan: