Rabu, 19 Mac 2008

LANTIK ZAID JELASKAN KASIH PM KEPADA ISLAM


HARAKAH – (19-03-2008)

Sarkas perlantikan kabinet 2008 yang diumumkan oleh Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semakin tidak tentu arah apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gagal merawat Kelantan sekali lagi dilihat menjadi badut dan pak lawak.

Beliau mendakwa, kabinet baru mencerminkan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap aspirasi rakyat. Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang melihat kabinet baru sebagai usaha Abdullah mencantas Najib. Kebetulan, Najib tidak hadir ketika Abdullah mengumumkan kabinet.

Mengenai hubungannya dengan Najib, Abdullah yang tidak henti-henti dituduh pembohong oleh tokoh-tokoh Umno dan rakyat berkata: "Saya mempunyai hubungan paling baik dengan Najib. Anda yang bertanya mengenainya... orang membuat tuduhan mengenai banyak perkara."

Dengan perlantikan kabinet barunya itu, Abdullah ternyata membuat perangai lembu kenyang terhadap semua tuntutan dan desakan supaya beliau berundur.

Dengan penerusan kekuasaannya, adakah kita akan melihat lagi episod-episod pembohongan yang lebih degil dan majal? Barangkali sudah bermula.

Perdana Menteri yang dituntut berundur dilaporkan berkata, jemaah menteri mesti buat deklarasi aset. Dulu pun, Utusan Malaysia 5 April 2004 melaporkan beliau yang mengarahkan wakil-wakil rakyat mengisytiharkan harta mereka dan keluarga mereka.

Tetapi pada 30 November 2006, akhbar yang sama juga melaporkan Abdullah membuat kenyataan yang menghalang harta anak menantunya diisytiharkan. Beliau menegaskan, beliau tidak bercadang membuat pendedahan tentang harta yang dimiliki oleh anak-anak mahupun menantunya.

��Itu (harta) adalah hak ahli keluarga saya, tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki,�� kata Perdana Menteri yang dituntut berundur.

Jika benar jemaah menteri mesti membuat deklarasi aset, tentulah Perdana Menteri yang dituntut berundur juga tidak terkecuali. Apabila Abdullah membuat deklarasi aset, adakah harta anak menantunya akan disembunyikan dengan kenyataan "tak payahlah saya umumkan harta yang mereka miliki"?

Oleh kerana Abdullah pernah mengarahkan wakil-wakil rakyat mengisytiharkan harta mereka dan keluarga mereka, adakah harta benda Ahli Parlimen Rembau yang dipertikai serta tidak dipercayai kemenangannya, Khairy Jamaluddin akan turut diisytiharkan?

Atau adakah Abdullah berbohong lagi? Berapa kali mahu dilihat berbohong?

Apa pun jua kelemahan Abdullah yang sering dituduh sebagai Perdana Menteri paling bodoh sejak negara ini merdeka, pujian harus juga diberikan kepadanya.

Dengan perlantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai undang-undang, Abdullah menghulurkan peluang yang lebih terbuka dan lumayan kepada umat Islam untuk memperjuangkan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah dan segala titah perintah-Nya.

Perlantikan Zaid dialu-alukan oleh tokoh-tokoh seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan.

Zaid terkenal dengan saman hududnya yang kemudian ditarik balik. Tindakan Abdullah melantiknya sebagai menteri disifatkan satu usaha berkesan Perdana Menteri yang dituntut berundur untuk memperjelaskan sikap dan perasaan kasihnya kepada Islam.

0 ulasan: