Isnin, 17 Mac 2008

MALAYSIA MERIAH : ANAK KELANTAN KECEWA - 3

( E-MAIL DARIPADA SAUDARA AZMAN YAAKOB )

Cerita Ku li

Ku Li seorang Putera Raja dari Kelantan, keturunan Raja Patani Pak sedara Raja Perempuan Kelantan, mempunyai pengaruh yang kuat dalam Istana Kelantan. Bila Che Mat Yaakob (Bekas MB Kelantan) sokong Mahathir dalam pemilihan yang melihat Ku Li Kecundang ditangan Mahathir, Che mat Yaakob dipanggil keIstana , kena maki hamun d…dengan panggilan anjing, binatang dan macam-macam lagi.

Porak peranda UMNO seluruh Malaysia dek seorang Mamak, pecah tradisi ketuanan Melayu tercabar. UMNO kena haram, Ramai kena sumbat ISA, BN kalah terok di Kelantan. Tidak ada satupun kerusi dikelantan dimenangi oleh BN, Semua kena sapu dek Semangat 46 dan PAS, gambar Ku Li pakai tengkolok salib keluar dalam suratkhabar Utusan Malaysia sebelum pilihanraya menyebabkan Ku Li tak dapat jadi PM(ni cerita orang UMNO mengkapirkan KU li kerana nak menang pilihanraya, aku ingat BN dok tuduh Hj Hadi suka kata kapir kat orang BN)…..Nik Aziz yang tak dikenali ramai mula menyerlah dalam kepimpinan Negeri Kelantan, Ku Li tenggelam, PAS timbul, dengan perwatakan sederhana dan merendah diri Nik Aziz menyebabkan beliau tersohor keseluruh Malaysia.

Bila PRU12 2008 BN Cakap besar untuk tawan Kelantan, Nuar Musa jadi Kapten, bawa segala macam senjata perang nak tawan Kelantan dari PAS. Ku Li dilupakan, Nuar Musa dengan Setopa Mamat pun bukan baik sangat antara satu sama lain, Setopa dengan Mat Dahan Kecik (DUN Bukit Bunga) pun tak berbaik antara satu sama lain. Ku Li, Raksasa Politik Kelantan duduk diam (The Sleeping dragon) tak berkempen macam nuar musa, Setopa Mamat, Awang Adek.

Ku Li memang kebal, tak pernah kalah, selama jadi Wakil Rakyat Ku Li tak pernah kalah memang Ku Li cukup kuat dan dari analisis yang saya buat diKelantan kekuatan Ku Li masih lagi setanding dengan Pak Lah (entah sekuat mana….), Nuar Berahim, Mahathir ataupun Nik Aziz…..Hj Hadi Kalau bertanding diKelantan belum tentu menang, orang Kelantan tak suka orang mulut luas macam Hj Hadi (Presiden Pas).

UMNO melupakan terus Ku Li, tapi tidak bagi orang Kelantan, kalau Paklah nakkan balik negeri yang kalah dalam PRU 12, Ku Li mesti diberi jawatan Menteri Kanan Kerajaan Pusat, itu kata saya dan analisis yang diperolehi dari cakap-cakap orang Kelantan……

Saya nak tanya satu perkara, kalau Polis nak tangkap Perompak Kena berfikiran macam perompak. Nak tahu kenapa BN kalah terok?? UMNO kalah bila Orang PAS berfikiran macam UMNO!!! Percaya?? diKelantan Pos-pos BN semasa kempen PRU 12 penuh dengan manusia yang dianggap Orang BN, Pos-pos PAS pula lenggang macam nak mampus….tapi bila PRU 12 selesai, tu dia! Bukan Kelantan je tumbang UMNO, siap 5 negeri dan satu WP kena sapu.

Tak guna nak postmortem, tak payah nak panggil suruhanjaya bebas buat paper kenapa BN kalah terok, buat habis duit je!! Baik Paklah guna duit yang ada tu bagi kat rakyat miskin..mudahan PRU 13 depan diaorang pangkah BN……Paklah kena ambik balik Ku Li tu oi!! Saya pun Kalau Ku Li dapat jawatan kanan dalam kerajaan dan UMNO, saya akan turut kempen. Ku Li bukan perompak rakyat . Bukan Macam Nuar Musa dengan Setopa Mamat. Ku Li ni bukan Pemimpin “parti Projek”. Ku Li pemimpin Melayu dan UMNO yang sebenarnya.

Saya bukan orang Politik, dalam PRU 12 pun saya bagi sama rata…DUN dan Parlimen, satu PAS satu BN, nak kalah atau nak menang pun bukan saya punya hal, gaji saya pun banyak tu juga, malah makin teruk pendapatan saya sekarang berbanding di pertengahan tahun 90an dulu berbanding sekarang.

Cerita dalam UMNO pun menarik juga, macam-macam sayap UMNO ditubuhkan selepas, Wanita UMNO, Pemuda UMNO, ditubuhkan pula Puteri UMNO, Putera UMNO, lepas ni mungkin ada pula Baby UMNO, Mat Rempit UMNO dan macam-macam lagi UMNO…Akibatnya budak-budak setahun jagung macam Azalina Othman, Noraini ketua Puteri dan Azeez mamak Ketua putera jadi Calon Untuk YB dan mungkin mendapat jawatan menteri penuh. Cuba bayangkan budak-budak berhingus dan kencing bercabang lagi tu urus tadbir Negara, porak perandalah UMNO jadi nya dan Negara amnya. Semua dalam UMNO gila nak berkuasa, nak jadi YB, nak jadi Menteri, sampai Paklah kena reka bermacam-macam jawatan menteri. Sampai menteri pelajaran pun ada dua satu tinggi, satu lagi rendah, dah merapu betul. Paklah sendiri pun apa kurangnya, sampai 3 portfolio menteri penuh paklah pegang selain dari jadi PM, pastu ada pula menteri no2, sebelum timbalan menteri. Dah mengarut UMNO ni semua gila nak jadi menteri…. Kalau gila nak urus Negara dengan baik tak apalah, ni gila nak jadi menteri……

Dpd Muaz bin Anas ra bahawa Rasulullah saw bersabda,

"sesiapa yg meninggalkan pakaian yg indah dgn tujuan merendah diri kpd Allah, sedangkan ianya mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakaian yang ia suka dpd berbagai-bagai pakaian orang yg beriman.

(Attarmidzi: )

Fenomena gila nak berkuasa dengan bermacam-macam jawatan diujudkan dan budak-budak berhingus jadi menteri buat UMNO mampus….Rakyat tolak cara orang gila kuasa dalam UMNO. Nasib baik bini aku tak gila minta jadi menteri dapur kat rumah aku, kalau tak mampus aku nak bayar gaji menteri kat bini aku…..

Budak perempuan kalau yang perangai elok sebelum masuk PKN akan jadi hantu selepas balik PKN, yang tak pandai merayau akan pandai merayau siang malam. Islam suruh ke bercampur janatan betina siang malam sampai letih nak sembahyang pun takboleh kerana penat. Saya nak tanya Najib awak orang apa? Ugama apa?

Inilah sumbangan yang para Ketua , Ketua Putri, Ketua putera, Pemuda, Baby, ntah apa-apa lagi sayap umno yang ada,….Kekalahan dihati rakyat Malaysia dan Orang Melayu, kalau benda-benda merapu ni tak dibuang maka saya ucapkan, SAYONARA UMNO!!!!!

0 ulasan: