Keputusan pru ke-12 amat mengejutkan semua pihak tidak kira mereka itu dari parti pemerintah atau pun dari parti pembangkang. Bagi mereka menyokong parti pemerintah, mereka dengan penuh keyakinan bahwasanya parti mereka akan dapat menyapu bersih kesemua negeri Malaysia namun hakikatnya, ianya menjadi sebaliknya. Begitu juga dengan mereka yang menyokong parti pembangkang. Semakin hari semakin lemah dirasakan namun demikian, keputusan yang tidak disangka-sangka telah diperolehi dan telah menyebabkan parti pemerintah kehilangan empat negeri yang diperintahinya iaitu, Selangor, kedah, perak dan pulau pinang.
Kekalahan yang tidak terkata itu merupakan pilihan dan keinginan yang telah dibuat oleh rakyat. Parti pemerintah seharusnya dapat menerimanya dengan hati terbuka dan seharusnya mengkaji semula sebab-sebab penolakan yang berlaku terhadap mereka.
di sini, suka saya memberi beberapa sebab dan pandangan tersendiri mengapa BN mengalami kekalahan di beberapa negeri dan kegagalannya menawan Kelantan daripada parti pas. Diantaranya adalah :-
1) Pengaruh Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat
- Ketokohan dan kewarakan yang ada pada tuan guru adalah senjata utama dalam melemahkan semangat penyokong BN terutamanya kepada mereka yang dikatakan berada di atas pagar.
- Kesederhanaan dan ketabahan beliau terserlah di mata pengundi
- Beliau juga dilabelkan sebagai Menteri Besar yang paling bersih di Malaysia
- Sikap rakyat Kelantan yang masih mahu melihat Tuan Guru mentadbir dan menguruskan Kelantan ini dengan cara beliau
- Terus terang saya katakana di sini bahawasanya, dengan melihat gambar (poster) beliau berdoa telah menjadikan hati rakyat Kelantan menjadi terharu.
- Byk lagi.
2) Kenaikan harga minyak, barang-barang kegunaan harian dan kenaikan tol.
- Rata-rata rakyat Kelantan perantauan ada menyebut bahawasanya mereka amat pedih bila mendengan bahawasanya kerajaan BN mengumumkan pelan pembangunan yang berbilion-bilion tetapi mereka gagal untuk mengawal kenaikan harga barangan tersebut yan sememangnya membebankan mereka.
3) Faktor Pak Lah selaku Perdana Menteri.
- Factor ini juga memainkan peranan dalam pemikiran rakyat jelata yang dapat melihat Pak Lah adalah lemah jika dibandingkan dengan Perdana Menteri terdahulu ( TUN Dr Mahathir Mohamad) .
- Jika pada 2004, rakyat memilih untuk menyokong Pak Lah kerana mereka inginkan pembaharuan dan ketelusan yang ingin dilakukan tetapi kini mereka amat kecewa terhadap cita-cita tersebut.
4) Faktor Khairy Jamaludin
- Rata-rata rakyat Kelantan yang berada diperantauan amat tidak menyukai akan kehadiran KJ ke negeri Kelantan. Mereka juga telah didedahkan dengan beberapa perkara buruk tentang personality khairy dan ini terbawa-bawa semasa mereka pulang ke Kelantan.
5) Faktor Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- Gaya kepemimpinan yang ada pada Dato’ Seri anwar itu amat disukai oleh kebanyakkan rakyat. Perlu diingat bahawasanya beliau telah mengegarkan Negara di suatu masa dahulu dan itu telah menunjukkan akan begitu ramainya yang menyokong beliau dalam arena politik Negara.
- Rata-rata rakyat dapat melihat bahawasanya selepas TUN, beliau adalah calon yang sesuai untuk menjadi pemimpin mereka.
- Saya pecaya kekuatan UMNO akan lebih terserlah dengan ketokohan yang ada pada belaiu sebagai seorang pemimpin.
6) Perpecahan Dalaman UMNO / BN
- Semasa pemilihan calon-calon bagi negeri Kelantan di umumkan oleh Datuk Annuar Musa, telah kedengaran bahawasanya UMNO Kelantan akan mengalami kekalahan. Beliau telah berkata bahawasanya calon yang kalah pada 2004 tidak akan disenaraikan semula dan ini telah menimbulkan kemarahan yang telah menyebabkan berlakunya perpecahan undi dalam pihak BN/UMNO.
- Budaya cah keting masih berleluasa dalam umno yang tidak ditanggani dari awal oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN
- Penyokong parti BN/UMNO di peringkat akar umbi juga berpecah sama sendiri kerana disebabkan oleh ‘wang pilihanraya’ dan juga kedudukan yang perlu diisi diantara mereka yang tidak kawal oleh para YB mereka.
- Mereka yang NYATA menyokong UMNO/BN tidak dihiraukan / dijagai dengan sepatutnya oleh pemimpin mereka dan ini telah melemahkan semangat mereka untuk terus memberi tenaga dan semangat terhadap parti untuk mencpai kemenangan.
7) Semangat kental penyokong parti pembangkang
- Dapat diperhatikan semasa pilihanraya tersebut bahawasanya mereka ini telah menunjukkan ‘keikhlasan’ mereka daam memperjuangkan kemenangan parti mereka. Mereka tidak mengharapkan habuan seperti yang diidamkan oleh penyokong parti BN/UMNO. Mereka hanya mengharapkan parti mereka memperolehi kemenangan dalam setiap pilihanraya.
- Usaha kempen mereka telah dilakukan dari rumah ke rumah sejak awal dan ini sedikit sebanyak telah memberi kelebihan dalam proses memancing undi.
- Pembahagian ‘wang pilihanraya’ yang adil dan saksama telah dilakukan malahan ianya melebihi apa yang diberikan oleh pihak penyokong kerajaan.
8) Faktor Tun Dr. Mahathir
- Beliau telah banyak menimbulkan kelemahan-kelemahan yang ada pada kepimpinan barisan nasional dan ini telah menyebabkan impak yang besar terhadap pemikiran pengundi.
- Kegagalan pihak umno/bn dalam menjaga beliau selaku perdana menteri yang disegani rakyat seperti yang sepatutnya telah menimbulkan kekecewaan dan kemarahan rakyat terhadap pihak umno/BN.
9) Kempen yang tidak bersungguh
- Dapat diperhatikan bahawasanya parti BN merasakan mereka akan menang dengan mudah pada piliharaya kali ini dan ini telah menyebabkan mereka lalai dalam melakukan kempen dengan lebih bijak dan berkesan dalam mengambil hati rakyat.
- Jika dibandingkan dengan poster dan banner2 yang didirikan (di Kelantan), parti BN telah pun mengalami kekalahan.
10) Kesan penolakan kaum cina dan india terhadap umno/bn dan pemimpin mereka
- Rata-rata masyarakat india dan cina sudah bosan dengan parti yang mewakili mereka. Mereka menganggap parti seperi MCA dan MIC sudah lagi tidak menjagai kepentingan bangsa mereka dan pemimpin-[emimpin mereka telah tunduk kepada apa yang ditetapkan oleh pihak UMNO.
- Mereka juga sudah tidak menyukai pemimpin-pemimpin tertentu yang telah lama berada ditampuk pemerintahan dan keinginan untuk melihat muka baru dalam menerajui parti mereka amat kuat sekali didengari.
11) Kesan dari pengaruh media alternative
- Bagi anak muda, mereka lebih terdedah dengan berita-berita yang disiarkan oleh internet dan mereka ini tidak lagi bergantung sepenuhnya terhadap berita-berita dari akhbar utama.
- Cara pengolahan berita dari akhbar alternative adalah lebih berkesan dalam menyampaikan satu-satu perkara yang hendak di bawa.
- Maklumat yang disampaikan adalah lebih focus dan jelas
12) Faktor calon setempat
- Telah dinyatakan beberapa kali bahawasanya calon setempat sememangnya memainkan peranan yang penting dalam membantu partinya kearah kemenangan. kewibawaan yang ada pada seseorang calon itu akan dilihat oleh pengundi sebelum mereka mengundinya.
13) BANYAK LAGI
Jika kita melihat pada pelan pembangunan yang ingin diberikan oleh kerajaan pusat terhadap negeri dan rakyat Kelantan adalah melebihi apa yang difikirkan, namun mereka tetap mengalami kekalahan yang teruk dan ini sepatutnya di fikirkan oleh pihak BN. fikirkan kenapa dan mengapa rakyat Kelantan tetap menolaknya secara total.
Bagi yang menang pula, saya ucapkan tahniah dan sumbangkanlah tenaga dan buah fikiran saudara saudari dalam membentuk Negara ini kearah yang lebih cemerlang.
0 ulasan:
Catat Ulasan