Jumaat, 7 Mac 2008

HARAKAH : MUNAJAT RAKYAT KELANTAN 'PERTAHAN KERAJAAN ISLAM' ESOK


HARAKAH – (07-03-2008)

KOTA BHARU, 6 Mac (Hrkh) - Satu program Munajat Rakyat Kelantan "Pertahankan Kerajaan Islam" akan diadakan awal pagi esok, Jumaat 7 Mac bermula jam 3.30 pagi bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Ia diadakan khusus untuk memohon pertolongan Allah bagi menyelamatkan Kerajaan Islam Kelantan serta berdoa kepada Allah untuk digagalkan usaha pihak yang melakukan penipuan besar-besaran bagi menumbangkan PAS dan menjatuhkan Kerajaan Islam Kelantan.

Satu Amanat khas akan disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tiga orang imam iaitu Tuan Guru dari Pondok Lubuk Tapah, Tuan Guru Hj Hussain Ibrahim, bekas Ketua Pengelola Halaqat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Hj Muhammad Mustafa dan Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat, Ustaz Dato' Hj Mohamad Daud Iraqi dijemput khusus bagi mengimamkan solat

Orang ramai dijemput hadir bagi mengimarahkan lagi program tersebut.

Berikut disertakan aturcara program esok.

Aturcara:

0330 Kehadiran Rakyat
0345 Ketibaan YAB Tuan Guru MB
0400 Solat Tahajjud 6 Rakaat
0500 Solat Hajat 2 Rakaat, Zikir dan Doa
0540 Solat Witir 3 Rakaat
0614 Solat Subuh
0645 Amanat Khas Tuan Guru Menteri Besar merangkap Kuliah Subuh
0830 Kuliah Jumaat

0 ulasan: