Isnin, 17 Mac 2008

MALAYSIA MERIAH : ANAK KELANTAN KECEWA - 4

( E-MAIL DARIPADA SAUDARA AZMAN YAAKOB )

Cerita Saya

Saya kerja swasta, tak pernah kerja kerajaan, dapat Diploma IPTA akhir tahun 80an, masa saya masuk IPTA tahun 80an riuh satu kampong, orang tua saya buat kenduri……syukur. Masa tahun saya masuk IPTA biasiswa kerajaan bagi Free. Kena result SPM (Aliran Sains) cantik, walaupun miskin kalau result SPM cantik boleh masuk IPTA. Sekarang Universiti dan Kolej swasta bersepah, ada duit boleh sambung belajar walaupun bodoh. Kalau cerdikpun sekarang belum boleh jamin dapat sambung belajar jika datang dari keluarga miskin, tak macam zaman saya dulu, ada biasiswa kerajaan.

Saya kerja swasta ada diploma IPTA tahun 80an lagi dalam bidang kejuruteraan, kalau banding dengan gaji Cikgu yand SPM gred 3 aliran sastera tahun saya dulu macam langit dengan bumi. Dizaman saya dulu budak-budak SPM gred 3 sastera masuk Maktab perguruan, sambung belajar bidang sastera dapat Ijazah terus kerja Guru gaji sekarang lebih RM 5000-00 sebulan, kemudahan kerajaan bagi cukup banyak, pergi mengajar pakai kereta mewah, rumah banglo besar. Saya pula, masa baru habis Diploma dulu gaji OK kerja swasta, masa tahun pertengahan 90an gaji dah lebih RM3000-00, barang tak mahal macam sekarang. Tapi sekarang saya kerja jaga Projek buat Sekolah gaji dengan Konsultan RM2000-00 ( tanpa Kenaikan Gaji), potong EPF, rumah sewa RM250, api air anak sekolah….. itu ini tinggallah cukup makan, kadang-kadang tak cukup……. apa dah jadi, mana hilang merit pengalaman kerja saya, kemudahan perubatan,perumahan,kenderaan semua tanggong sendiri, saya tanya masa temuduga, dijawab mudah, peruntukan untuk gaji Kerani Kerja tapak(Clerk of Works) oleh Kementerian Pelajaran Cuma sebanyak itu, dan bila habis projek habislah kerja, kena cari kerja lain. Terfikir oleh saya, mana pergi cerita oleh pemimpin BN dalam TV dan Surat Khabar Ekonomi Negara kita semakin kukuh, bagi saya cerita ekonomi Negara kukuh cuma cerita taik ayam….nak taknak kena kerja, anak dah lebih setengah dozen, gi kerja dengan motosikal, dah tua bangka kena naik motosikal lagi. Pokok pangkalnya cerita saya ialah orang yang kerja kerajaan mendapat imbuhan dan pendapatan yang cukup lumayan (low risk high return profession-Government servant) dan risiko dibuang boleh dikatakan tak ujud, tanggungjawab kerja yang amat rendah atau risiko tanggungjawab yang amat rendah. Kerja macam saya dah puas kena buang kerja……kalau tak percaya cuba join kerja dengan swasta.

Kerja kerajaan banyak pendapatan dari segi gaji kemudahan hospital, pinjaman dan lain-lain, kalau kerja yang jenis ada Kuasa macam Polis, Kastam, JPJ atau lain-lain lagi lagi lumayan, duit “side income” bersepah, ini pengalaman saya sendiri bila berurusan dengan agensi kerajaan, Tak percaya? Renunglah sendiri betul tak apa yang saya leterkan ni.

Tengok Iklan Bank Rakyat dalam TV? Iklannya berbunyi “ adik saya nak buat pinjaman, dia kerja Kerajaan, baru 6 bulan kerja, maka dijawab dalam iklan tersebut tak ada masalah, boleh diuruskan”. Menyampah saya dengan Bank Rakyat dan TV3 yang siarkan Ikllan tersebut. Saya sarankan kepada Bank Rakyat agar hentikan siaran iklan tersebut atau tukar nama Bank Rakyat Kepada Bank Kerajaan. Ini taik kentut la.

Aku pergi kedai kereta secondhand kat Kota Bharu nak beli kereta terpakai, murah sikit pikir aku, dah bayar deposit RM500… minta loan dengan Bank, Macam nak mampus nak dapat pinjaman kereta,indah kabar dari rupa bila kerja swasta ni, minta penjamin orang kerja kerajaan, taik la semua tu mana ada orang kerja kerajaan kawan aku nak tolong jadi penjamin. Last sekali susah-susah aku kensel beli kereta secondhand kerana loan tak dapat. Duit deposit RM500 mampus, hangus. Dah susah makin susah………..

Orang kampong kalau anak dara dapat kawin dengan Inspektor Polis atau mana-mana pegawai kerajaan cukup bangga, canang cerita kehulu-kehilir, sebab apa? Duit banyak la!! Halal-haram itu cerita lain. Cerita Pegawai dan kakitangan kerajaan pula?? Ni dia ceritanya, pernah tak berurusan dengan agensi kerajaan? Semua orang tau. Nak suruh bergerak kertas sehelaipun macam nak pikul balak, tak percaya? Cuba mohon premis perniagaan dalam Agensi MARA, saya pernah mohon. Serik. Cuba tengok Plaza Mara disekitar Kelantan,Pasir Mas, Kok Lanas, Pasir Puteh, Bachok, ,Melor dan lain-lain tempat seluruh Malaysia, Hidup segan Mati tak mau bangunan MARA…… Pegawai MARA? Taik Kambing la interview nak sewa premis MARA Macam nak interview mintak kerja DO, tapi apa tindakan kerajaan pusat (BN)? tu duit rakyat, bukan duit BN, BN dapat duit urus Negara pun dari hasil rakyat. Isu-isu semacam ini menyebabkan rakyat meluat,loya dan menyampah, akibatnya….BN tumbang di 5 negeri dan 1 WP, ambik muka…….

Generasi Baru

Sudah 50 tahun Malaysia merdeka. Perangai anak-anak muda, remaja sekarang banyak yang dah melampau, tak percaya? Saya ada simpan lebih seratus Video klip hubungan seks macam binatang yang dirakam pakai kamera telefon bimbit, semua ada, budak sekolah ada, dalam pejabat ada,dalam kebun kelapa sawit ada,dalam semak ada, dalam rumah ada, dalam hotel ada, macam-macam ada, banyak lagi tak payah nak cerita. Kenapa anak jadi setan? Mak bapak bagi makan dengan hasil haram ke? Fikir sendiri la…….

Tengok MakBapak budak budak sekarang, dari Cikgu Sekolah sampai ke orang kampong, apa hala tuju pendidikan yang masyarakat kita mahukan, bila keputusan peperiksaan UPSR,PMR, SPM, STPM dan lain-lain bersorak mak bapak bila anak-anak mereka dapat keputusan cemerlang, 5A…8A, 9A, 10A, 10A1, 12A1, 13A1, ……..20A1!!!!, 22A1!!!!99A1!!!! 999999A1!!!!!, tu dia, bersorak macam orang gila babi, bila anak dapat Seribu A1 dalam pereksa, bukan saya anti kepada pendidikan tapi apa sebenarnya dan sebabnya kita bagi anak-anak kita pendidikan, ya kenapa??jangan jadi macam Pak Kadok menang sorak, Ayam menang sabung kampung tergadai…itu masyarakat Melayu kita hari ini, anak sekolah kalau boleh dari tadika lagi nak sumbat masuk kelas tambahan, tuition dan extra class, nak lawan orang cina konon. Saya nak cerita sikit, Nabi Muhammad SAW masa masok Madinah semua bidang orang Yahudi pegang, Ekonomi, Pendidikan dan pemerintahan tapi bagaimana cara Nabi buat??? Ya melalui dakwah Islamiah bermula dari rumah, dengan dakwah Nabi kita dapat menguasai semua bidang, dengan Izin AllahSWT, kena yakin dengan kekuasaan Allah SWT, semua bidang yang dikuasai oleh orang Kafir di Madinah dapat dikuasai oleh Orang Islam (itu yang diperjuangkan oleh Orang-orang Tabligh, Sunnah Nabi). Keyakinan kepada kekuasaan Allah SWT. Tapi kita macam mana??? Harap je Islam Baka. Semua sahabat Nabi tu adalah Muallaf, memeluk Ugama Islam Dari Nabi Muhammad SAW selepas Mendapat hidayah dari Allah SWT. Tapi semua sahabat Nabi dijamin syurga, kita macam mana?? Renunglah….

Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya,

Rasulullah saw bersabda "tidak boleh iri hati selainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan hartanya itu kejalan yang benar dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan dengan ilmunya (AlQuran dan Hadis) serta diajarkannya kepada orang lain.

( AlBukhori dan Muslim)

Cerita mendidik anak ni ada menariknya kalau saya kupaskan, dek kerana terlalu nak pastikan kejayaan anak dalam peperiksaan guna berbagai cara, last sekali menipu….. cari soalan bocor sebelum peperiksaan…kerana nak pastikan anak mendapat banyak A1 dalam peperiksaan, sebabnya…kerana tujuan pendidikan Cuma nak dapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan, tak kira apa cara sekalipun. Bahana dari otak kita yang sentiasa memikirkan duniawi dengan keputusan peperiksaan banyak A1 dalam peperiksaan tanggung lah akibatnya. Apa akibatnya, tengok sekarang apa jadi dengan akhlak budak-budak sekarang, Dari kecil lagi diajar oleh mak bapak mementingkan diri sendiri untuk dapat keputusan peperiksaan banyak A1 lebih dari orang lain. Kononnya kitalah cerdik, nak mengatasi tamaddun barat. Tak sedar kita ni paling bodoh, orang barat cara pendidikan berbeza dengan kita, cuba tengok macam mana orang Amerika memberi pendidikan kepada anak muda mereka. Bukan gila macam kita nak dapat 10000A1 dalam peperiksaan. Tapi satu dunia boleh mereka kuasai, kita ni apa dia?? Bodoh takboleh diajar, cerdik tak boleh nak tumpang..memang tak pernah cerdik pun orang melayu ni. Orang Putih diAmerika tu sebab diaorang tu Kafir dah hebat macam tu, kalaulah orang Amerika tu dapat hidayah dan jadi Islam, sudah tentu diaorang lagi hebat dari sekarang yang sememangnya diaorang dah hebat pun, sedar lah orang Melayu, Cuba baca Buku the Malay Dillema yang di tulis oleh Dr. Mahathir…bagi saya ianya betul.

Bila keluar keputusan peperiksaan, keluar dalam TV, Suratkhabar, menangis ada, gembira ada, sedih ada, bodoh punya orang, sudah lupa apa tujuan pendidikan sebenarnya, saya tanya satu tujuan pendidikan apa??? Nak lulus periksa 10000A1 ataupun nak dapat pendidikan agar boleh ada otak dan tidak ketinggalan dengan dengan bangsa lain dan dapat meneruskan akhlak yang baik.

Diriawayatkan Iman Syafie pernah bagi makan masakan Kepala Ikan kepada anak murid dia kerana untuk mengurangkan kecerdikan murid beliau. Takut nanti dah cerdik sangat tak boleh nak kawal, bila cerdik sangat nanti Allah SWT pun dilawannya Nauzubillah…..itu contoh cara orang Islam bagi pendidikan cuba pikirkan lah, jangan kepala otak letak kat kepala lutut.Cerdik pakai akal jadi ikutan, bukan berpandukan apa yang disuruh oleh Islam..Untuk makluman Nabi Muhammad SAW jadi pemimpin umat manusia dipilih oleh Allah SWT, tak pernah pun lulus peperiksaan zamannya dan baginda tak tahu membaca dan menulis……..Apalagi nak dapat Banyak A1…….Wallahualam.

Orang kafir dan yahudi tertawakan orang Islam termasuklah Kita orang Melayu.

0 ulasan: