HARAKAH – (
KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Percakaran sesama Umno hakikatnya lebih sengit dari pertarungan mereka dengan parti pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum kali ini.
The Straits Times (ST) Singapura melaporkan, perebutan kepimpinan Umno, di mana Umno memilih pemimpin yang biasanya akan mendapat kedudukan yang tinggi dalam kerajaan, menimbulkan masalah yang lain kepada parti itu dan Barisan Nasional (BN).
"Kebanyakan tokoh utama dan pemimpin-pemimpin kanan parti memberikan lebih banyak tumpuan kepada pemilihan parti berbanding pilihan raya minggu ini," akhbar itu memetik seorang pembantu kanan Perdana Menteri.
Para pemimpin BN berkata, lapor akhbar itu, limpahan wang yang dicurahkan kepada pemimpin-pemimpin bahagian dan cawangan untuk membiayai kempen 13 hari tidak mengalir ke bawah bagi melicinkan jentera parti dalam pilihan raya ini.
"Para pemimpin Umno menyimpan sebahagian besar dana pilihan raya untuk membina kekuatan mereka sendiri bagi menghadapi pemilihan dalam parti," seorang ahli perniagaan yang membantu kempen BN di Terengganu meluahkan kemarahannya. Umno menghadapi cabaran yang sengit dari PAS untuk menguasai negeri itu.
Akibatnya, ramai pekerja pilihan raya Umno di beberapa bahagian di Terengganu meninggalkan pos masing-masing dan akan hanya kembali apabila wang mengalir masuk ke dalam poket mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan