Ahad, 30 Mac 2008

TOK GURU DISERANG VIRUS DEMAM


BERITA HARIAN : 30-03-2008

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana (PSH) di sini, petang kelmarin.

Ketua Perhubungan Awam dan Perkhidmatan Pemasaran PSH, Faizul Hasri Zulkapli, berkata Nik Abdul Aziz dibawa ke hospital itu kira-kira jam 7 petang dan selepas menjalani pemeriksaan, doktor pakar mendapati Menteri Besar itu diserang virus demam.

“Beliau kini ditahan di hospital itu untuk pemeriksaan lanjut. Keadaannya dilaporkan stabil dan kini di bawah pengawasan doktor pakar.

“Beliau mungkin akan dibenarkan pulang, esok, tetapi bergantung kepada doktor pakar yang merawat Nik Abdul Aziz," katanya ketika dihubungi Berita Minggu, di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz, 75, yang juga Mursyidul Am Pas, pernah empat kali dimasukkan ke hospital akibat masalah jantung dan darah tinggi. Tahun lalu beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

Sebelum bertanding pada pilihan raya umum lalu, Nik Abdul Aziz mengakui kebelakangan ini kesihatannya kerap terganggu.

Katanya, masalah kesihatannya hanya membabitkan jantung, tetapi beliau masih mampu mengawal keadaan dan membuat pertimbangan.

"Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan," katanya.

0 ulasan: