Isnin, 17 Mac 2008

MALAYSIA MERIAH : ANAK KELANTAN KECEWA - 1


( E-MAIL DARIPADA SAUDARA AZMAN YAAKOB )

Deman pilihanraya baru berlalu. Banyak cerita, sana-sini, BN tersungkur, Paklah tergolek…….Kempen hebat sampai ke TV pun tunjuk Dacing…dengan harapan tahun 2008 Kelantan kembali kepangkuan BN. Rata-rata bercakap tahun ni BN dapat memerintah Negeri Kelantan. Salah sangka dari jangka, cempedak jadi nangka, Ular Lidi jadi Naga Raksasa… Nuar Musa tergolek, Awang Adek terduduk, tok Pa Jeli menang nasib undi Askar Rejimen Sempadan dengan majoriti yang susut…..jauh panggang dari api, Berehem Ali Pasir Mas jadi raja, semua orang ternganga. Macam mana boleh jadi macam tu, semua heran. Tak banyak mana kempen yang dijalankan oleh orang-orang PAS. BN habis segala kempen, Utusan Malaysia, Berita Harian, RTM, TV3 dan macam-macam lagi.

Berehem Ali Pasir Mas, semua orang kenal, dulu orang benci dia ni, orang Kelantan sampai nak tampar si Berehem Ali. Aku dulu pun cukup marah dengan Berehem Ali, sampai dia pernah dapat gelaran putera katak. Dulu Berehem Ali orang benci, termasok orang Pasir Mas, tapi kenapa sekarang Berehem Ali cukup kuat pengaruh dia di Kelantan dan Pasir Mas amnya, Kenapa? Sebabnya kematangan berpolitik Berehem Ali telah menyelamatkan beliau “True Politician” .Berehem Ali walaupun Bertanding atastiket PAS dan Menang, dia bukan orang PAS, Berehem Ali juga bukan UMNO, dia kena pecat dari UMNO macam kucing kurap….tiba-tiba bertanding PRU 12, Berehem Ali menang, kenapa? Itulah cara berfikir orang Kelantan dalam pilihanraya, bukan undi kasihan, dalam Kelantan tak ada undi kasihan.

Diriawayat kan Nuar Musa pernah tabal Tg Petra dipadang Sek Keb Ketereh, sebagai Sultan Kelantan, sampai sekarang Nuar Musa tak boleh masok Istana Kelantan, Umur 28 tahun Mahathir dah ambik Nuar Musa jadi menteri penuh, sampai sekarang rakyat Kelantan Ingat macam mana Nuar Musa dan kroni dia rompak duit projek orang miskin….Paklah kena ambil Ku Li Balik, itu kata saya dan rata-rata rakyat Kelantan.

Cerita orang PAS dikelantan semua orang tahu, diketuai oleh para tok-tok guru dan golongan Profesional yang dianggap kampungan oleh BN. PAS tak banyak duit, miskin la katakan, tapi disebalik kemiskinan orang Kelantan ada satu pantang orang Kelantan….Jangan dicabar….Dulu Kelantan mula diperintah PAS apabila Ku Li berbalah dengan Mahathir, Ku Li tubuh Semangat 46, serpihan parti UMNO, lepas tu Mahathir berbaik semula dengan Ku Li, Macam laki bini rujuk lepas cerai, muka manis tapi hati berkudis.

Dalam sehari dua ni hebat betul cerita dan propaganda BN dalam TV dan Suratkhabar, cerita Lim Guan Eng diputar belit pasal DEB, cuba teliti betul-betul, lepas tu cerita BA perak bergolak pasal MB baru dari PAS. Kenapa tak siar cerita Derih Jusoh (bekas MB Terengganu) berperang dengan UMNO Terengganu . Derih Jusoh tak boleh Jadi MB lagi. Apa beza cerita Derih Jusoh Dengan MB Perak,Derih Jusoh buang pemimpin veteran UMNO Terengganu dalam PRU 12 demi untuk mengukuhkan kedudukan beliau sebagai MB Terengganu, siar semua la!!! Kena ingat Derih Jusoh ni orang Besut, bini dia orang Kelantan, Untuk makluman, Besut Setiu adalah daerah dalam Terengganu yang budaya dan petuturanya adalah Kelantan cuma Politikal sahaja Terengganu( Culture-Kelantan,Political-Terengganu) Orang Besut Setiu ni kalau perlawanan bola sepak Kelantan lawan Terengganu pun sokong Kelantan.

Diriawayatkan daerah Besut Setiu jatoh ketangan Sultan Terengganu bila Sultan Kelantan ketika Itu kalah sabong Ayam dengan Sultan Terengganu, maka dipacakkan diatas tanah tanda daerah yang diserahkan kepada Terengganu kerana kalah sabong Ayam (Kg Pachakan, Pasir Puteh Kelantan Sempadan dengan Besut Terengganu hari ini). Maka tinggalah segala rakyat jelata orang Kelantan (termasok nenek moyang Derih Jusoh) sampai kehari ini dalam daerah Besut Setiu menjadi rakyat Terengganu adanya….Pertalian hubungan persaudaraan antara orang Kelantan dan Besut Setiu amat ketara sehingga kehari ini.

Orang Terengganu cakap kat saya dalam loghat Terengganu,” Mane Buleh Derih Jusoh Jadi Meteri Besor Teganung, die orang kelatang, orang Besut orang kelatang la”.

Cerita Negeri Indera Kayangan pun tak kurang menariknya apabila apabila berlaku pergelutan untuk jawatan Menteri Besar perlis . Shahidan Kassim dengar cerita beliau telah pun digulingkan dan jawatan MB perlis akan diisi oleh orang lain. Cerita-cerita memang jelas dan tersebar keseluruh tanah air. Pelik bin Ajaib apabila media seperti TV3 tidakmembuat liputan dalam perkara ini, dalam era teknologi maklumat sepatutnya TV3 mendahului orang kampong dalam berita-berita hangat seperti ini.

DiPulau Pinang pun satu cerita. Bagi saya UMNO Pulau Pinang Cuba mencetuskan kekacauan antara kaum dengan mengadakan demonstrasi didepan pejabat KM Pulau Pinang, TV3 jadi alat menyemarakkan api perkauman diPulau Pinang, saya nak tanya UMNO Pulau Pinang apa yang dapat mereka perjuangkan untuk bangsa melayu Pulau Pinang sepanjang BN/GERAKAN memerintah Pulau Pinang?? Bila BA/DAP jadi kerajaan mereka nak berkokok, macam Pak Kadok saya perhati UMNO Pulau Pinang, semasa BN/GERAKAN memerintah Pulau Pinang, menang sabung kampung tergadai…. Apa beza Lim Guan Eng dengan Koh Su Kong???? Jangan jadi bodoh. Semasa era pemerintahan BN/GERAKAN diPulau Pinang orang melayu macam tu juga. Tokoh-tokoh UMNO dok merompak Projek di Pulau Pinang. Bila rakyat Pulau Pinang termasuk Orang Melayu menolak BN dan Undi BA mesti ada sebabnya…dah kalah tu kalah la oi!!!!!

Disini saya perhatikan dari dulu sampai sekarang UMNO lah yang menakutkan Orang melayu dengan Sentimen perkauman jika UMNO/BN tak dapat memerintah Negara. Rakyat semakin cerdik dan bijak dalam menilai setiap perkara. UMNO mesti memikirkan secara konstruktif terhadap perkara sebegini. Bagi saya UMNO Pulau Pinang ni parti sakit orang melayu di Pulau Pinang. Baik sokong PAS kalau saya jadi orang Pulau Pinang….

Bila Lim Guan Eng cerita pasal DEB media seperti TV dan Suratkahbar milik BN mula putar belit kenyataan beliau, saya sendiri mendengar apa yang Lim Guan Eng Cakap dalam TV pasal DEB. Penjelasan beliau pasal DEB adalah sangat Subjektif dan Media milik BN Mula mengulas dengan mengapi-apikan cerita ini.

Bila Setiausaha badan perhubungan UMNO (Azhar Ibrahim) Pulau Pinang Mengesa agar BN diterajui Paklah agar tidak meneruskan semua projek pembangunan di Pulau Pinang itu bukan Menghalang DEB ke?? Bodoh punya orang dah terang-terang bila UMNO Pulau Pinang minta Paklah agar jangan buat pembangunan di Pulalu Pinang secara spesifiknya itu dah menunjukkan objektif agar DEB tak dilakukan, Kalau kita teliti antara kenyataan Lim Guan Eng dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO pulau Pinang siapa yang mengapikan perkauman?? Rakyat dah cerdik, benda-benda sebegini yang menghancurkan UMNO, Orang tak menentang BN/UMNO secara berdepan kerana malas nak berserabut dengan puak-puak macam Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang ni, bila Pilihanraya, berlaku “Silent Protes” Sebab benci melihat dan mendengar orang macam Ketua Badan Perhubungan UMNO ni bercakap, dalam DEB ada sebut ke orang Parti lain selain dari BN tak boleh terima menafaat DEB??

Sabda Rasulullah saw

"Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia berkhianat dan apabila dipercaya ia curang"

(Bukhori dan Muslim)

Bila saya melihat muka Setiusaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang bercakap dalam TV pasal minta Paklah hentikan Projek-projek yang akan dilakukan dipulau Pinang saya naik meluat, loya tengok muka dia ni. Orang macam Azhar Ibrahim nilah yang menyebabkan UMNO/BN Kalah teruk, pecat aje orang-orang macam ni, satu sen pun tak guna.

Saya cadangkan kepada Ketua Polis Negara agar menangkap Orang yang mengulas pasal DEB ni di bawah ISA jangan kira siapa, ini boleh mencetuskan api perkauman. Tangkap je tukang ulas dalam media tu, Musa Hassan kena buat kerja la (teringat Ustaz Hassan Azahari mengajar Muqadam dalam TV semasa saya bebudak dulu, terima kasih saya kepada Ustaz Hassan, sedikit sebanyak Ilmu yang beliau curahkan ada pada saya). Jangan Pilih Bulu Musa oiii!!!!

Kalau tak tau nak siarkan berita-berita hangat seperti ini saya sarankan kepada media seperti TV3 dan RTM dan Akhbar agar menutup terus rangkaian berita-berita mereka dan buang semua wartawan dan jurugambar mereka yang tak tahu nak buat kerja…macamana? Setuju???


Firman Allah Taala, ertinya:

"... (kerana) sesungguhnya sangkaan (zan) tak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (i'tiqad) ..."

(36, Surah Yunus).


INGAT TV3 BANYAK MENYUMBANG KEPADA KEKALAHAN TEROK BN DALAM PRU12, DISEBABKAN OLEH SIARAN-SIARAN BERITA DAN PROPAGANDA YANG BERAT SEBELAH TELAH MENYEBABKAN BN KALAH TEROK. RAKYAT MALAYSIA MELUAT DAN LOYA DENGAN PUTAR BELIT BERITA TV3. DULU BURUKKAN NIK AZIZ, TAPI RAKYAT SEDAR DAN BUAT PENILAIAN SENDIRI, AKIBATNYA KERANA BENCI TV3, BN JADI MANGSA!!!!! CARA SIARAN KEMPEN DAN BERITA OLEH TV3 BOLEH MENYEMARAKAN SENTIMEN PERKAUMAN!! PAKLAH CUBA TENGOK DAN TELITI CARA PENYAMPAIAN OLEH TV3 NI, ORANG BOLEH KETAWA PECAH PERUT DENGAN PUTAR BELIT TV3 DAN AKIBATNYA, BN TINGGAL NYAWA-NYAWA IKAN!!!!!!

0 ulasan: