Khamis, 6 Mac 2008

SUBSIDI PENDIDIKAN RM10,000 SATU KELUARGA


UTUSAN MALAYSIA – (06-03-2008)

KUALA LUMPUR 5 Mac – Kerajaan memberikan subsidi pendidikan bernilai lebih RM10,000 setahun kepada setiap keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah.

Subsidi itu termasuk pemberian Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) percuma secara automatik kepada semua pelajar mulai tahun ini selain pemansuhan yuran peperiksaan awam dan yuran khas sekolah.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM106.37 juta setahun bagi pengecualian pembayaran yuran peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

0 ulasan: