UTUSAN
Mereka juga marah dengan dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang menyebarkan fitnah kepada media asing kononnya hanya penipuan besar-besaran dapat menghalang pembangkang daripada menafikan majoriti dua pertiga BN pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, tindakan Anwar itu membuktikan beliau sangat tertekan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya.
“Agaknya dia telah dapat meramalkan bakal mengalami kekalahan teruk pada pilihan raya kali ini, sebab itu dia buat bermacam-macam pembohongan,’’ kata Rafidah ketika mengulas perbuatan Anwar mengadakan sidang akhbar di Singapura hari ini untuk memburuk-burukkan negara.
Pada sidang akhbar yang dihadiri 50 wakil media antarabangsa di Singapura petang ini, Anwar antara lain memperlekehkan perjalanan pilihan raya di
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula percaya Anwar sengaja mencari alasan bagi menutup malu besar pembangkang apabila kalah dalam pilihan raya Sabtu ini.
“Dia bukan peduli tentang (menjaga) imej negara. Yang dia pentingkan ialah
Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin pula menegaskan, tindakan Anwar menggunakan media asing sebenarnya adalah sebahagian daripada permainan orang luar yang
Anwar dan pihak berkenaan, kata Zainuddin,
“Ini bukan tuduhan pertama yang dilemparkan oleh Anwar. Sama ada BN menang atau kalah, pembangkang akan tetap membuat tuduhan sama,’’ katanya.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan komen Anwar di Singapura itu mencerminkan PKR dan kepimpinannya sudah kehilangan arah sehingga sanggup ke luar negara untuk menagih simpati.
“Anwar kena terima realiti yang dia bukan Timbalan Perdana Menteri lagi. Dia terdesak sehingga sanggup buat apa saja termasuk buat bermacam-macam tohmahan... dia tahu pembangkang khususnya PKR tidak boleh ke mana-mana dalam politik Malaysia,” kata Khairy ketika dihubungi.
Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pula menggambarkan dakwaan Anwar di Singapura itu sebagai bukti pembangkang semakin keliru.
“Pembangkang mahu menggunakan taktik ini sebagai alasan kekalahan mereka nanti, dan mereka cuba menyalahkan sistem sedangkan SPR bersifat neutral,’’ katanya.
Ketua Pemuda Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pula berpendapat dakwaan Anwar tersebut sebagai tidak berasas serta tidak bertanggungjawab.
“Dia cuma mahu berikan alasan, apabila tewas, senanglah dia menyalahkan kerajaan,’’ katanya.
Dalam pada itu, Dekan Penyelidikan dan Pasca-Siswazah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamad Mustafa Ishak yakin Anwar cuba menutup kelemahan pembangkang khususnya PKR yang mungkin gagal dalam pilihan raya kali ini.
Katanya, sokongan rakyat terhadap parti itu merosot dan PKR tidak mempunyai isu besar yang boleh membantu parti tersebut mendapat sokongan pengundi.
“Saya percaya apabila rakyat menolak PKR pada pilihan raya Sabtu ini, berakhirlah karier politik Anwar. Tirai PKR bakal dilabuhkan,’’ katanya.
Profesor Amir Hussin Baharuddin dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) pula berpendapat langkah Anwar memburukkan-burukkan Malaysia di Singapura itu terpalit pada mukanya sendiri.
“Kenyataan Anwar itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kemenangannya pada pilihan raya terdahulu ketika dia masih dalam kerajaan turut diraih melalui penipuan.
“Sebagai rakyat Malaysia, dia tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Sepatutnya Anwar menyalurkan sebarang permasalahan kepada kerajaan dan SPR supaya tindakan boleh diambil, bukannya dengan menghebahkan kepada media asing,’’ kata Amir Hussin.
0 ulasan:
Catat Ulasan