( E-MAIL DARIPADA SAUDARA AZMAN YAAKOB )
Kesimpulan
Kita ni masih lagi bodoh, amat bodoh, sinonim dengan sistem yang british reka sebelum diaorang lari balik London. Ingat BN saja ke yang boleh Memerintah???Parti lain tak boleh ke??? Fikir la, teringat aku karakter dalam wayang kulit. Wak Yah, Bergaduh si Wak yah ni sampai terok kena belasah si Wak Yah, tergolek kena pijak tapi masa kena pijak tak boleh lagi Si Wak Yah tanya orang yang memukul dia “Engkau ndak Lagi”, itulah perangai kita………… .
Semua pakat Bertaubat, Sembahyang Tobat, semua orang Malaysia kena bertaubat Insaflah.Pesanan saya, jangan lah dok kempen/memburukkan/iklan mengarut merapu dalam TV, ke Paper ke rakyat dah cerdik.Tok-tok lebai kerapu yang pegang jawatan besar-besar tu kena main peranan dalam masyarakat, tegur pemimpin, jangan takut kena buang kerja sebab gaji besar, nanti kamu dok dalam neraka , Jangan cabar rakyat Malaysia…nanti menang jadi arang kalah jadi abu…..Saya bukan Orang mana-mana parti Politik, tak minat langsung nak main politik, buat kebulur anak bini tujuh lapan orang kat rumah je. Kalau tok lebai kat JAKIM lain cerita gaji mahal, banyak kemudahan kerajaan bagi. Aku ni semua kena bayar, dahlah gaji kecik…… Silap haribulan kena buang kerja bila Projek Habis……semalam gi Hospital Kerajaan kena baya RM1 baru buleh buat rawatan, orang kerja kerajaan free la, Kelas satu.
Jurang ekonomi diMalaysia amat ketara sekarang antara orang yamg kerja swasta dengan kerajaan. Sekarang ni semua berebut nak kerja Gomen, gaji mahal, kemudahan banyak, boleh jadi raja, duit luar pun senang dapat.
Saya tak Jumpa lagi diMalaysia Tokoh Ugama zaman Moden ni yang seberani Allahyarham Dato’ Ishak Baharom, moga rohnya dicucuri rahmat………
Selepas melihat BN Kecundang dalam PRU12 saya makin meluat melihatkan komen dan ulasan media seperti TV3, surat kahbar dan lain-lain. Terpandang pula muka Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang dok buat kenyataan meminta BN menghentikan semua projek Pembangunan untuk Pulau Pinang, TV3 dok putar belit pasal kenyataan Lim Guan Eng pasal DEB. Dan Kelihatan UMNO Pulau Pinang nak jadi Jaguh Melayu Pulau Pinang konon dengan buat demonstrasi depan pejabat KM pulau Pinang. Masa BN/GERAKAN jadi Kerajaan Negeri kenapa tak buat demonstrasi depan KOMTAR tu bila pula UMNO Pulau Pinang jadi pembela bangsa Melayu? Taik kucing la,Musa Hassan kenapa tak tangkap orang yang buat perhimpunan Haram ni? Kan dok Kempen dalam TV ini Bukan Budaya kita!!!!! FRU jadi Tikus bila Orang BN Buat demonstrasi, tembaklah macam tembak orang PAS sampai mati kat Terengganu!!! Kenapa pula bila Orang BN buat Demonstrasi jalanan FRU dan Polis Duduk diam, dah jadi perhimpunan Halal Ke?!!
Meluat dan menyesal saya bagi satu undi untuk BN dan satu undi untuk PAS dari kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU12, kalau ada Pilihanraya lagi saya akan pangkah semua undi Untuk PAS!!! Meluat! Loya! Tengok orang BN Makin Menjadi-jadi selepas PRU12, bukannya nak ambil pendekatan untuk memenangi hati rakyat!!!!
Kalau teori RAHMAN tu betul siapa yang jadi PM Malaysia cuba tengok dibawah
R-Rahman Putra, PM1
A-Abdul Razak, PM2
H-Hussein Onn, PM3
M-Mahathir PM4
A-Abdullah PM5
N-??? Nik Aziz @ Najib………renung-renung lah siapa PM no 6
WASSALAM.
AYAM PUNGGUNG TIPUH
Weng, Narathiwat, Patani
(Rakyat Thai dan Malaysia)
0 ulasan:
Catat Ulasan