UTUSAN
KUALA LUMPUR 5 Mac - Kelantan mampu menjadi hab penerbangan ketiga terpenting di Semenanjung Malaysia, jika Barisan Nasional (BN) memenangi negeri pada pilihan raya kali ini.
Ketua Jualan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Cawangan Kelantan, Alias Aziz berkata, ini berdasarkan manifesto BN Negeri Kelantan yang antara lain menyebut akan membesarkan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.
''Saya menyokong penuh manifesto itu kerana jika BN menang dan melaksanakannya, Kelantan mampu menduduki tempat ketiga teratas dari segi operasi pengangkutan udara selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya setakat ini, lapangan terbang itu hanya mampu mengendalikan pesawat Boeing 737 yang kecil saiznya dengan kemampuan mengangkut hanya 128 penumpang pada satu-satu masa.
Permintaan penumpang penerbangan yang tinggi ke negeri ini katanya, memaksa syarikat penerbangan tambang murah MAS, Firely, mengendalikan tujuh penerbangan ke Pengkalan Chepa dari Subang, Selangor setiap hari.
Dalam pada itu Aziz menambah, anggapan itu turut disokong oleh pengumuman kerajaan yang mahu melaksanakan dasar 'Langit Terbuka' pada 2009 nanti.
Katanya, di bawah dasar itu, kerajaan akan meluluskan penerbangan ke
''Pada 2010, kerajaan akan memperluaskan dasar tersebut ke semua lapangan terbang di negeri-negeri dan ini sudah tentu mampu melonjakkan bilangan penerbangan serta kemasukan pelancong ke Kelantan," ujarnya.
Bila ini terjadi katanya, rakyat Kelantan bakal menikmati pelbagai faedah seperti peluang pekerjaan dan perniagaan serta menjamin kesejahteraan hidup mereka.
0 ulasan:
Catat Ulasan