Isnin, 17 Mac 2008

MALAYSIA MERIAH : ANAK KELANTAN KECEWA - 5

( E-MAIL DARIPADA SAUDARA AZMAN YAAKOB )

Cerita Politik

BN dah memerintah Malaysia dah lebih 50 tahun, hakikatnya tiada yang boleh kekal selamanya itulah takdir Allah SWT. Kerajaan Komunis di Soviet pun boleh runtuh. Inikan pula BN. Komunis yang zalim pun boleh dihancurkan oleh kuasa rakyat. Akibat dari memeritah terlampau lama BN merasakan bahawa BNlah satu-satunya kuasa mutlak untuk memerintah Negara. Kenapa sempurnakah BN sebagaimana Quraan? Pakatan parti lain macam BA tak boleh memerintah? Kerana UMNOlah Singapura hilang…tak ingat ke? Tanah-tanah milik Bumiputra diSelangor,Kedah dan lain-lain negeri selama ini tergadai kerana siapa? Cuba fikir, tanya, percaya sangat dengan TV dan Suratkhabar cuba belek sendiri otak tu. PAS pula jengok-jengok sikit tanah hutan pembalakan yang sekarang ni sedang dirompak, cuba intai ke Machang, Kuala Krai, Aring Gua Musang dan lain-lain tempat diKelantan, nak bagi jadi padang jarak padang terkukur ke, harap Nik Aziz intai-intai sikit, YB-YB Kelantan tu pun walaupun PAS, pasal harta dan duit tak boleh lepa juga. Kalau tak percaya cuba tengok Cikgu Yusof bendahari PAS Ketereh, macam mana dengan kerja cikgu sampai pencen boleh ada tanah beratus ekar di Kelantan, Di Mentara, Gua Musang sahaja Cikgu Yusof Bendahari PAS ketereh boleh ada 100ekar (Satu Tempat) lebih tanah di bubuh nama proxy sedara mara dia…cuba siasat tok guru weyyyy….ini ke yang Islam suruh?

Firman Allah Taala

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"

(AliImran:185)

Senario Politik semakin berubah arus sekarang, Rakyat semakin cerdik dan bijak menilai, terima kasih dengan dasar kerajaan dalam memberi pendidikan kepada rakyat…Golok makan tuan.

Tok-tok lebai melayu Malaysia

Ini kesah para tol-tok lebai kita, Mufti, Kadi, Hakim Syarie, Loyar Syarie (entah hukum mana pakai loyar jadi syarie) para tok-tok lebai yang mengaji ugama sampai Jordan, Mesir dll. Ini kesah mereka tak kira mereka ini sokong PAS atau BN, Paklah buat mazhab baru, mazhab hadari..ntah rujuk kitab mana, ada termasuk dalam 4 iman Ahli sunnah ke? Jangan main-main, lari akidah, sesat, tapi semua pakat ikut, ada JAKIM,JKSM dan macam-macam lagi ditubuhkan dan dibayar gaji mahal-mahal (Pegawai Kerajaan) tapi mana ilmu ugama yang kamu belajar??? Modified undang-undang syariah yang dah nabi bawa cukup lengkap macam masuk halfcut dalam kereta proton ke? Saya nak tanya para tok-tok lebai yang jadi kadi, mufti, hakim syarie, undang-undang syariah yang nabi bawa tu tak betul ke? Silap ke undang-undang islam yang nabi bawa tu? Jangan jadi Firaun, Iblis pun surrender dengan Firaun, Bila Firaun mengaku dia tuhan , Iblis lari lintang pukang, apa beza tok lebai kerapu yang sekarang ni jadi Pegawai-pegawai Kerajaan?? Bila kena gaji ribu-ribu, pangkat besar semua ilmu ugama yang belajar buang dalam tong sampah. Sistem perundangan Islam reka ikut sukahati saja, KAMU NAK JAWAB DEPAN ALLAH SWT BESOK DIPADANG MAHSYAR??? Orang berzina pun boleh menang kes dengan mudah kat mahkamah syariah, masa bicara kalau bercerai suami cerita kat hakim bini bejubo dengan orang lain hakim tutup telinga sebab loyar pandai putar belit. Last sekali sibini menang kes, suami jadi babi kat mahkamah syariah, cerita sibini bejubo dengan orang lain sampai bercerai dengan laki tutop kes.cerita lain pula timbul. Anak duduk dengan sibini yang akhlak macam anjing…..teringat satu kes orang Malaysia tuntut cerai faskh dengan laki dia bangsa Pakistan dalam paper. Dulu gila nak kawen dengan Pakistan sebab Macho, bila kena ikut laki balik Pakistan mula la cerita macam-macam, buat lari anak balik Malaysia saman kat mahkamah syariah Malaysia, ni cerita bini Derhaka, tak bau syurga, bila kena tinggal kat Pakistan dengan laki, ikut cara hidup orang Pakistan yang lebih Islam dari kita mula la tak tahan, tak boleh keluar rumah sukahati, kena patuh suami, balik Malaysia saman laki minta cerai…..ini pun kesah bini taraf anjing, anjing pun lagi baik boleh patuh pada tuannya. Mahkamah syariah pun bicara la…saya nak tanya para tok lebai kerapu yang jadi Ketua-Ketua dan Hakim Syarie KAMU NAK TANGGUNG DOSA BESOK???

Wasiat Rasulullah s.a.w kepada Aisyah

Muhammad Isa al-Jambuli

SAIYIDATINA 'Aisyah r.'a meriwayatkan : Rasulullah s.a.w (mafhumnya), "Hai Aisyah, aku berwasiat kepada engkau. Hendaklah engkau senantiasa mengingati wasiatku ini. Sesungguhnya engkau akan senantiasa di dalam kebajikan selama engkau mengingati wasiatku ini..."

Intisari wasiat Rasulullah s.a.w tersebut dirumuskan seperti berikut: Hai, Aisyah, pilaharakanlah diri engkau. Ketahuilah bahawa sebahagian besar daripada kaum engkau (kaum wanita) adalah menjadi kayu api di dalam neraka. Antara sebab-sebabnya ialah mereka itu :

(a) tidak dapat menahan sabar dalam menghadapi kesakitan (kesusahan) - apabila dibalakan tidak bersabar;

(b) tidak memuji Allah Taala di atas kemurahan-Nya - apabila dikurniakan nikmat dan rahmat tidak bersyukur;

(c) mengkufurkan nikmat;

(d) membanyakkan kata-kata yang sia-sia;

Wahai, Aisyah, ketahuilah :

(a) bahawa wanita yang menidak-nidakkan kebajikan (kebaikan) yang diberikan oleh suaminya akan digugurkan oleh Allah Taala amalannya;

(b) bahawa wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, maka pada hari kiamat, Allah menjadikan lidahnya tujuh puluh hasta dan dibelitkan di tengkuknya;

(c) bahawa isteri yang memandang jahat (menuduh atau menaruh sangkaan buruk terhadap suaminya), Allah akan menghapuskan muka dan tubuhnya pada hari kiamat;

(d) bahawa isteri yang tidak memenuhi kemahuan suami- nya (yang harus / halal) di tempat tidur atau menyusahkan urusan ini atau mengkhiananti suaminya, akan dibangkitkan Allah pada hari kiamat dengan muka yang hitam, matanya kelabu, ubun-ubunnya terikat kepada dua kakinya di dalam neraka;

(e) bahawa wanita yang mengerjakan sembahyang dan berdoa untuk dirinya tetapi tidak untuk suaminya, akan dipukul mukanya dengan sembahyangnya;

(f) bahawa wanita yang dikenakan bala ke atasnya lalu dia menampar-nampar mukanya atau mencarik-carikkan pakaiannya, dia akan dimasukkan ke dalam neraka bersama dengan isteri nabi Nuh dan isteri nabi Lut dan tiada harapan mendapat kebajikan syufaat daripada sesiapa pun;

(g) bahawa wanita yang berzina akan diderakan di di hadapan segala makhluk di hadapan neraka pada hari kiamat - tiap-tiap perbuatan zina dengan depalan puluh cemeti daripada api;

(h) bahawa isteri yang mengandung itu adalah baginya pahla seperti berpuasa pada siang harinya dan mengerjakan qiamul-lail pada malamnya serta pahala berjuang fi sabilillah;

(i) bahawa isteri yang bersalin, bagi tiap-tiap kesakitan yang dideritainya diganjari pahala memerdekakan seorang sahaya. Demikian juga pahalanya setiap kali menyusukan anaknya;

(j) bahawa wanita apabila bersuami dan bersabar daripada menyakiti suaminya, maka samalah dengan titik-titik darah dalam perjuangan fi sabilillah. Dialah antara wanita-wanita yang qanitat (banyak beribadat kepada Allah).

Wallahu a'lam.

. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’.

(Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Iskh payah nak cerita pasal orang melayu kita ni. Rasa lebih hebat segala-galanya, kita lupa Islam masuk tanah melayu ni dibawwa oleh pendakwah dari India (Madras-bermaksud madrasah) nasib baik ada mamak datang meniaga ketanah melayu masa tu, bawa ugama sekali, selamat orang melayu, kalau tidak masih dok Hindu situ macam keling kat Batu Caves..Thaipusam, pikul kavadi kehulu-kehilir lepas mabok todi. Ni tanggungjawab para tok-tok lebai yang sekarang ni dah menjawat jawatan sampai Ketua Pengarah JAKIM, JKSM dan Mufti-mufti, mana ilmu kamu tuntut ??? bila nak ajar orang melayu apa yang betul ikut ugama Islam,besok kat Padang Mahsyar aku Dakwa Kamu depan ALLAH SWT. Kalau ALLAH SWT Bagi peluang kat aku aku sepak terajang kamu para tok lebai depan ALLAH SWT.

Dari Ali ra, katanya: Ingatlah! aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Awaslah! sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: "Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "(Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum hakam mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah alQuran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya: (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut hilang, meskipun ia dibaca berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan alQuran yang menakjubkan, yang memimpin kejalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakan sesuatu dengan berdasarkan kitab itu, benarlah perkataannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk yang lurus."(Tirmizi dan Darimi).

Ni cerita patut kita ambil iktibar, dalam dunia ni Cuma ada dua jenis manusia je, ISLAM DAN KAPIR, pikirlah kamu tok-tok lebai kamu ni dok golongan mana.Bila dapat gaji mahal, pangkat besar, itu free, ini free, rumah besar pinjam duit gomen UGAMA KAMU JUAL KE, PARA TOK-TOK LEBAI??? AKU DAKWA KAMU DEPAN ALLAH SWT BESOK!!!!! Kamu ingat banyak ilmu ugama yang kamu tuntut boleh jamin kamu jadi Islam atau masuk syurga ke? Kat Amerika pun ada Yahudi yang lebih pandai dari kamu pasal ugama islam kamu tahu tak? Apa la punya bodo tok lebai ni.Jenguk ke Mahkamah Syariah tu apa dah jadi Mahkamah Syariah atau Mahkamah senario!!!!

Firman Allah Taala

"Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)"

(Allail:8-11)

Para tok lebai kat JAKIM tu kamu fikir lah, bagi aku kamu ni golongan sesat akidah, Allah SWT pernah cakap Keldai tu lebih lama dari kamu tinggal di Mekah, dan Hari-hari Kerja Keldai pikul segala macam kitab kehulu-kehilir. Kamu para tok-tok lebai sama atau tidak dengan Keldai yang Allah SWT Cakap tadi?????? Cuba fikir. (Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan = Balai Keldai Lundang, Kota Bharu. Kelantan)

Firman Allah Taala

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (AlQuran) yang diturunkan dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang panjang maka hati mereka menjadi keras dan kebanyakannya diantara mereka ialah orang-orang yang fasik"

(AlHadid:16)

Aku pernah berkawan dengan orang kerja Jabatan Ugama Islam, Hobi dia makan Ubat batok….nak tau tanya sendiri la, Rasuah kat Mahkamah Syariah pun menjadi-jadi….Kat Thailand Rakyat melutut mengadap Raja Siam,Raja Siam pula melutut Mengadap Sami Buddha, begitu tinggi orang siam yang kafir tu letakkan ugama mereka dalam kehidupan. Kat Malaysia macam mana?? Ulama kena penampar dan sepak terajang raja??

Sabda Rasulullah saw

"Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik"

(Bukhori)

Kalau banding Siam dengan Malaysia, kerajaan Siam tak pernah kalah perang dengan kerajaan melayu, Sampai sekarang pun Thailand lebih maju dari Malaysia. Kita rasa kita Hebat. Cuba pergi Ke Bangkok kalau nak tahu, jangan banding dengan wilayah melayu dalam Thailand diselatan ni. Di Bangkok Jalan kaki sampai pukul empat pagi pun rasa selamat, ada Polis Thai tak kacau bila Nampak pelancong, Jarang sangat kejadian Rompak dalam Bangkok berbanding KL. Kat KL cuba jalan kaki sorang tengah malam kalau nak tahu silap-silap kena rompak, Polis Malaysia pula kalau Nampak orang asing mula la nak kacau, tanya IC, Pasport, lepas tu orang asing tu kalau tak ada dokumen perjalanan kena rompak dengan polis Malaysia yang berugama islam…..ha tu dia orang Malaysia, kadang-kadang terfikir pulak bodoh jadi orang melayu ni……Malaysia buat kereta sendiri bising satu dunia kononnya kitalah hebat, kat Thailand macam-macam kenderaan diaorang buat tak bising pun. Beli kereta Malaysia belum habis hutang kereta dah rosak itu ini. Cuba beli VIOS,Hilux, Fortuner Ke Honda city…itu kereta siam woiiii, bukan jepun buat, nama je jepun, hilux dan Fortuner tu kat jepun tak pernah wujud pun…10 tahun pakai pun tak meragam lagi.

0 ulasan: