Jumaat, 7 Mac 2008

MAT SABU TAK JAMIN KEKERASAN TAK BERLAKU


UTUSAN MALAYSIA – ( 07-03-2008)

KUALA LUMPUR 6 Mac – Pas tidak dapat memberi jaminan bahawa kekerasan tidak akan berlaku di kawasan-kawasan panas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu ini.

Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, walaupun semua parti tidak mahu wujud kekerasan, namun adakalanya kekerasan terjadi dengan sendirinya tanpa boleh dikawal.

Beliau berkata, adakalanya pada keadaan tertentu, pemimpin juga hilang kawalan ke atas tindak-tanduk pengikutnya.

“Kekerasan ini tidak dikehendaki sesiapa, kita mahu aman dan tenteram tetapi bila penipuan berleluasa kekasaran terjadi dengan sendiri bukan satu pengarahan oleh sesiapa,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Isnin lalu, Setiausaha Akhbar Presiden Pas, Roslan Shahir Mohd. Shahir membuat kenyataan pihaknya akan mengambil tindakan keras untuk menghalang pengundi hantu memasuki Terengganu dan Kelantan, Sabtu ini.

Ekoran itu, satu laporan polis dibuat oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd. Hazam Abdul Halim kerana kenyataan berkenaan bersifat menghasut dan boleh membawa kepada kejadian yang tidak diingini.

0 ulasan: