HARAKAH – (07-03-2008)
KOTA BHARU, 7 Mac (Hrkh) - Sejak sampai di Kelantan jam 3.00 pagi tadi, pelbagai cerita dan laporan mengenai penipuan secara 'pukal' yang dilakukan Umno/BN menjengah masuk ke cuping telinga, hingga naik muntah dibuatnya.
Kesungguhan usaha Umno/BN Kelantan yang dibantu dengan wang berbilion ringgit selain perancangan sulit dengan agensi kerajaan seperti SPR dan pihak berkuasa heboh dilaporkan di sana-sini.
Sejurus sampai sahaja ke Pejabat Harakah di Kota Bharu jam 8.30 pagi tadi, penulis dihujani deringan telefon dari pemanggil dan pentugas yang melaporkan mengenai pelbagai keadaan aneh di sana-sini sekitar Kelantan dan jalan-jalan menuju ke negeri ini.
Adanya laporan dari seorang mahasiswa yang turut pulang untuk mengundi yang menyatakan, method membawa pengundi hantu di kalangan mahasiwa IPTA oleh Umno/Bn telahpun bertukar dengan tidak lagi menggunakan bas.
Sebaliknya mereka dihantar dengan kereta-kereta yang disewakan khas di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak, kata sumber.
Justeru katanya, petugas PAS dan pihak berkuasa perlu peka terhadap perkembangan ini kerana ianya akan menjadikan pilihan raya di Kelantan bukanlah pilihan raya yang melibatkan penentuan dibuat oleh rakyat negeri ini, sebaliknya 'orang luar' yang dibawa ke Kelantan.
Sementara itu ada pula sumber menyatakan, terdapatnya konvoi motorsikal membabitkan ratusan pemuda yang akan membuat penyamaran dengan memakai baju dan membawa bendera PAS ke Kelantan.
Walhal kata sumber mereka ini adalah pemuda-pemuda yang dibawa dari Selatan tanah air ke Kelantan hanya untuk mengundi menggunakan kad pengenalan klon bagi menumbangkan kerajaan pimpinan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sumber juga memberitahu, konvoi bermotor yang didakwa dirancang oleh Pemuda Umno/BN ini turut akan membuat provokasi bagi menimbulkan suasana kecoh menjelang petang hingga ke malam ini.
Mereka ini katanya telah diupah untuk membuat penyamaran bagi memburuk-burukkan imej PAS, selain mewujudkan suasana yang sangat tidak harmoni.
Sementara itu seorang sumber yang juga kakitangan awam yang pulang ke Kelantan untuk mengundi berkata, pihak berkuasa kini telah dimaklumkan dengan arahan untuk tidak menyekat mana-mana bas yang disyaki pengundi luar yang dibawa masuk ke Kelantan bermula malam tadi hingga pagi esok.
Katanya, konvoi-konvoi bas sudah mula bergerak menuju ke Kelantan, namun konvoi ini akan asuk secara kecil-kecilan supaya kehadiran mereka tidak dapat dikesan petugas PAS.
Di Perak, Johor dan Pahang beliau mendapat maklumat bahawa operasi menggangkut pengundi hantu ini ke Kelantan juga digunakan dengan kenderaan awam dengan mereka menaja perjalanan, kos tambang dan makan minum serta wang saku sejumlah RM350 untuk mengundi di Kelantan.
Konvoi bas dari perak ke Kelantan dijangka akan tiba sekitar jam 5.00 petang ini hingga jam 3.00 pagi esok dan konvoi ini akan dibantu masuk dengan cara mudah oleh pihak berkuasa, dakwanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan