Isnin, 3 Mac 2008

JANGAN PERSIA CALON MB DARI BACHOK


UTUSAN MALAYSIA – (03-03-2008 )

BACHOK 2 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan tidak ada sebab mengapa rakyat Bachok mempersia- siakan peluang melihat anak jati dari jajahan itu menjadi Menteri Besar Kelantan pertama dalam sejarah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebagai jajahan yang memerlukan banyak pembelaan, sudah tentunya masyarakat Bachok adalah yang paling beruntung sekiranya Datuk Dr. Awang Adek Hussin menjadi Menteri Besar.

''Jika saya boleh ibaratkan Awang Adek sebagai buah yang menanti masa untuk luruh, apakah orang Bachok rela buah itu jatuh di tempat lain sedangkan buah itu duduk sebelah kita dah ni.

''Oleh itu sekarang, bak kata pepatah orang putih, 'bola di kaki tuan-tuan'. Terpulanglah pada 'adik-kakak' sekalian. Gunakan kesempatan pilihan raya ini.

''Takkanlah orang Bachok nak tolak tuah," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Peralihan Penanam Tembakau di Kampung Sungai Dua, Telong dekat sini.

Awang Adek, 53, merupakan anak kelahiran Kampung Perupok, Bachok. Kisah kehidupan awalnya penuh berliku sehinggakan untuk meneruskan persekolahan, Allahyarham kakaknya terpaksa berhenti sekolah.

0 ulasan: