UTUSAN
PULAU PINANG 3 Mac - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng buat pertama kalinya secara terbuka memuji manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan.
Menurutnya, ia merupakan manifesto yang baik kerana memberi banyak manfaat kepada rakyat selain membawa kebaikan untuk pembangunan di Kelantan.
''Mungkin tekanan yang diberi oleh pembangkang iaitu parti Pas di Kelantan, maka terhasil manifesto sebaik itu,'' katanya sambil memegang beberapa keratan akhbar mengenai manifesto itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum berkempen di Jalan Masjid Kapitan Keling di sini hari ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan