Rabu, 5 Mac 2008

MUHYIDDIN YASSIN BERBOHONG - KELANTAN KE-2 TERBAIK BAYAR HUTANG

HARAKAH – (05-03-2008)

KOTA BHARU, 4 Mac (Malaysiakini) - Kelantan hari ini menafikan ekonominya buruk dan "muflis" seperti dakwaan pemimpin kanan BN dengan mengedarkan perangkaan rasmi prestasi pembayaran balik hutang - satu langkah yang lebih konkrit daripada sebelumnya.

Mengulangi kenyataan awalnya, exco negeri Datuk Husam Musa membacakan senarai negeri yang mempunyai banyak tunggakan -- semuanya berprestasi lebih buruk daripada Kelantan yang ditadbir PAS.

Menurut data "Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Mengikut Negeri Sehingga 31 Disember 2006", Kelantan mempunyai tunggakan RM11.6 juta berbanding Selangor sebanyak RM587.45 juta, Kedah (RM385.23 juta), Johor (RM365.8 juta) dan Pahang (RM309.13 juta).

Terengganu, yang berjaya dirampas BN pada pilihanraya umum lepas, mempunyai tunggakan RM300.34 juta.

0 ulasan: