HARAKAH – (
Setiausaha Presiden PAS, Roslan Shahir Dato' Mohd Shahir berkata, pada Jumaat, 29 Februari lalu, PAS mengisytihar Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa bersedia berdebat dengan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak berkenaan manifesto PAS.
"Esok (Selasa) dari subuh hingga Isyak kita aturkan untuk Timbalan Presiden PAS dan lusa (Rabu) untuk Presiden PAS iaitu dari Subuh hingga Isyak dan di mana-mana tempat yang mereka putuskan" katanya dalam sidang media pilihan raya ke-12, di Pejabat Agung PAS, dekat sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, sehingga hari ini pihaknya tidak mendapat maklum balas daripada Umno.
Katanya, PAS berharap Umno tidak berdolak-dalik dan mencari alasan setelah menggunakan media
"Keengganan Umno untuk menyahut cabaran kami membukti betapa mantap dan benarnya manifesto PAS yang menepati kemahuan dan kehendak rakyat," katanya.
Pada Jumaat lepas Ustaz Abdul Hadi dan Nasharuddin menyatakan kesediaan mereka berdebat dengan Abdullah dan Najib mengenai manifesto PAS 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih, Menuju Negara Berkebajikan'.
0 ulasan:
Catat Ulasan