Isnin, 3 Mac 2008

TUAN GURU NIK AZIZ BERTEMU ANAK KELANTAN DI PERANTAUAN MALAM ESOK


HARAKAH : (02-03-2008)

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) - Satu majlis pertemuan antara MB Kelantan, Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan anak-anak Kelantan di perantauan akan diadakan pada malam esok (2 Mac) di Hotel Nikko, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis anjuran Persatuan Anak-anak Kelantan di Perantauan atau Perakan yang bermula pada jam 8.00 malam itu adalah bagi membuktikan sokongan anak-anak Kelantan terhadap kepimpinan ulama di Kelantan yang telah menerajui negeri itu sejak 18 tahun lalu.

Justeru, pihak penganjur menyeru kepada seluruh anak-anak Kelantan di Lembah Klang untuk hadir sebagai menunjukkan tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi menjelang pilihan raya ke-12 ini.

0 ulasan: