Sabtu, 1 Mac 2008

LAMBAT LAUN KERAJAAN KENA TUKAR JUGA


HARAKAH – ( 01-03-2008 )

Barisan Nasional (BN) mesti terima hakikat bahawa mereka tidak boleh memerintah negara selama-lamanya. Pada satu hari, kalau tidak Barisan Alternatif (BA) pun, suatu gabungan parti-parti alternatif atau pembangkang wajar mengambil alih kuasa. Kalau tidak dalam pilihan raya ini, pilihan raya pada masa-masa akan datang. Persiapan untuk itu perlu dilakukan.

Perubahan kerajaan bukan soal memberi peluang kepada pihak pembangkang, atau cuba pembangkang untuk satu penggal. Ia bukan memberi peluang atau eksperimen, tetapi hakikat dalam politik demokrasi pelbagai parti. Satu parti atau gabungan tidak boleh terius-menerus memerintah. Perubahan mesti berlaku. Satu hari parti alternatif bukan saja dapat memerintah satu penggal, tetapi berpenggal-penggal.

Dalam demokrasi, rakyat boleh tukar kerajaan. Setelah 50 tahun Umno menerajui kerajaan, masanya sudah sampai, sebelum keadaan menjadi bertambah parah untuk menukar kerajaan. Kerajaan baru kelak boleh diuji. Kalau tidak berpuas hati, rakyat boleh tukar kembali kepada BN. Kalau tidak, boleh terus menerima kerajaan baru hingga kepada penggal-penggal akan datang.

Apa yang penting sekarang, budaya bertukar-tukar kerajaan harus bermula, lebih baik dalam pilihan raya ini. Kalau tidak, persiapan untuknya juga boleh dilakukan. Pada hakikatnya kerajaan Malaysia juga sudah berubah sejak negara mencapai kemerdekaan. Dahulu dalam bentuk Perikatan. Dengan penubuhan Malaysia, kerajaan berubah dengan Perikatan turut bergabung dengan Perikatan Sarawak dan Perikatan Sabah. Selepas 13 Mei 1969, kerajaan berubah sekali lagi dengan penubuhan BN yang di dalamnya parti Gerakan, PAS dan Parti Progresif Rakyat (PPP).

Tetapi sepanjang masa itu, teras kerajaan adalah Umno. Bagaimanapun Umno sendiri berubah padsa tahun 1987 dengan penubuhan Umno Baru. Hakikatnya Umno sebenar telah menjadi pembangkang ketika itu iaitu dipimpin oleh Tengku Razaleigh dan disokong oleh Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn dalam bentuk Parti Semangat 46. Sepuluh tahun kemudian barulah Umno asal pulih apabila Semangat 46 dibubarkan dengan ahli-ahlinya menyertai Umno Baru. Hakikatnya ia merupakan gabungan atau merger antara Umno Baru dan Parti Melayu Semangat 46.

Tetapi perubahan-perubahan ini tidak mencukupi. Ia memerlukan peralihan kerajaan besar-besaran dengan melibatkan perbezaan fahaman. Walaupun parti-parti pembangkang mempunyai pandangan yang ada kalanya bertentangan antara satu sama lain, umpamanya antara PAS dan DAP, tetapi perbezaan ini merupakan sebahagian daripada kepelbagaian yang menjadi kelebihan kepada mereka.

Bagaiamanpun, secara umumnya semua parti pembangkang, baik Barisan ALternatif mahupun DAP mempunyai platfom yang sama iaitu keadilan, kebebasan, demoikrasi, liberalisme san bermoral. Melihat manifesto-manifesto PAS, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan DAP kelihatan nilai yang diperjuangkan adalah sama. Iaitu menentang rasuah dan berorientasikan

0 ulasan: