Isnin, 3 Mac 2008

'BN BERLAGAK MACAM TUHAN'


HARAKAH : (02-03-2008)

KUALA TERENGGANU, 2 Mac (Hrkh) - "Kita percaya kepada PAS kerana PAS ada Tuhan. Kita tidak percaya kepada Barisan Nasional (BN) kerana BN berlagak macam Tuhan," kata wakil Hindraf semasa berdailog dengan calon PAS, Haji Mohamad Sabu di Parlimen Kuala Terengganu.

Beliau menyatakan bahawa hampir 90 peratus masyarakat India akan memberi sokogan kepada PAS memandangkan BN dan MIC gagal meningkatkan taraf ekonomi orang India.

Hadir sama dalam majlis Dailog Bersama Bukan Islam di sebuah hotel di sini semalam ialah bekas Exco Kerajaan Tempatan Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong dan calon KeADILan, Dr Abdul Manaf Che Mat.

Mutalib yang banyak membincangkan persoalan tersebut membangkitkan sejarah di mana pemerintahan BN sendiri yang gagal memecah kebuntuan kaum dalam negara apabila kaum Melayu dikatakan masyarakat petani, kaum Cina masyarakat peniaga dan India masyarakat estet.

"Dalam soal kemiskinan bukan masyarakat India sahaja ketinggalan dalam pembangunan sebaliknya peratus orang Melayu yang miskin lebih tinggi sebagaimana yang diumumkan oleh menteri di Dewan Rakyat. Tetapi masyarakat India mempunyai kesedaran yang tinggi begitu juga orang Cina, berlainan dengan orang Melayu.

"Inilah yang perlu diperjuangkan bersama. Senario politik Malaysia selagi diperintah BN ia tetap mengwujudkan pemecahan dan perbezaaan tersebut.

"Sebab itu PAS menawarkan negara kebajikan bertujuan untuk membela orang miskin tanpa mengira kaum, kerana kita faham orang Cina pun ada yang tertekan," kata Mutalib.

Tambah beliau, PAS juga menghormati hak dan budaya kaum untuk merayakan hari keagamaan mereka malah memberi ruang kepada semua bangsa untuk mempertahankan budaya dan bahasa ibunda.

"Namun begitu sekiranya ada budaya yang bercanggah dengan kepentingan awam seperti arak misalnya PAS menghadkan di kawasan tertutup kerana ia boleh menganggu ketemteraman awam. Begitu juga dengan judi dan ini mendapat respons yang baik dari golongan isteri mereka yang minum arak dan judi kerana ia boleh menghancurkan keluarga," ujarnya.

0 ulasan: