Rabu, 5 Mac 2008

KELANTAN RAKAM TERIMA KASIH KEPADA TUN


HARAKAH – (05-03-2008)

KOTA BHARU, 4 Mac (Hrkh) – Kerajaan Kelantan merakam ucapan terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed kerana meluluskan pinjaman bagi meningkatkan prasarana bekalan air di negeri ini.

Pinjaman mudah yang diberi sebanyak RM300 juta dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) bagi membolehkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) meningkat kemudahan bekalan air.

“Sejak kerajaan negeri mengambil pengurusan air daripada Thames Water Sdn Bhd, pengurusan baru sudah berjaya menncatat keuntungan melalui pengurusan secara cekap dan berhemah,” kata anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musam.

Husam berkata, walaupun Dr Mahathir nampak kasar pada fizikalnya berbanding Perdana Menteri sekarang, namun tanpa disedari beliau mempunyai sifat sentimental seolah-olah membayangkan Kelantan kekal di bawah PAS.

“Saya berharap pemimpin Umno yang datang ke Kelantan acap kali tolong fikir falsafah bangsa yang lebih lunak jangan dok fikir kepentingan politik nak rampas Kelantan semata-mata,” ujarnya pada persidangan media di sini, hari ini.

Kerajaan Kelantan juga pernah disekat daripada mendapat peruntukan di bawah rancangan bekalan air Kelantan Utara biar pun sudah diluluskan pada peringkat awal.

Ekoran masalah tersebut kerajaan negeri mengambil langkah mengswastakan projek pembekalan air.

Namun Thames Water Sdn Bhd sebuah syarikat dari England yang mengendalikan projek bekalan air sebelum ini bermasalah. Ekoran itu kerajaan negeri mengambil alih sepenuhnya syarikat berkenaan.

Selepas itu bekalan air diurus di bawah AKSB. Kerajaan negeri kemudian berusaha mendapatkan pinjaman mudah sebanyak RM600 juta daripada keraajaan Pusat.

Namun, hanya separuh sahaja daripada jumlah pinjaman tersebut yang diberikan kepada Kelantan.

Husam juga berkata, biar menghadapi pelbagai tekanan namun, Kelantan menduduki tempat keempat terendah tarif air di negara ini.

“Negeri yang terendah ialah Pulau Pinang, bagaimanapun perbandingannya adil tidak memandangkan negeri itu sebuah pulau yang kecil berbanding Kelantan yang keluasannya hampir sama dengan Pahang,” ujarnya.

Selain itu menurutnya kos pemasangan paip setiap perkilometer di Kelantan adalah terendah di Malaysia.

Kerana itu tambahnya, AKSB mendapat beberapa anugerah peringkat persekutuan

0 ulasan: