Ahad, 24 Februari 2008

UMNO KELANTAN : GELABAH ?


HARAKAH ( 24-02-2008 )

Belum pun tiba hari penamaan calon yang akan jatuh pada 24 Februari 2008 (esok), namun pelbagai desas-desus sudah berlegar di persada politik Kelantan terutama melibatkan kem Barisan Nasional (BN) di sini.

Meskipun Naib ketua Pemuda Umno, Kahiry Jamaluddin gah datang ke Kelantan dnegan misi dan slogan '18 tahun, pade doh' (18 tahun PAS memerintah cukup sudah) untuk memburukkan Kelantan, namun ia sedikit pun tidak merencatkan pemikiran rakyat Kelantan.

Sebaliknya persediaan kem Umno/BN pula yang dilihat goyah dengan pelbagai masalah yang merimaskan melanda parti itu di sini.

Paling berat spekulasi yang kini melanda kem Barisan Nasional (BN) yang dikepalai Pengerusi Bn Kelantan, Dato' Seri Annuar Musa yang mula menggelabah dengan permasalahn calon-calonnya.

Belum sempat nama calon yang diumumkan semalam ditulis dalam borang daftar calon esok, dua calon Bn hampir pasti menongkah arus untuk tidak bertanding memandangkan adanya sumber menyatakan mereka tidak mahu bertanding di dua Parlimen iaitu Pengkalan Chepa dan Pasir Mas.

Mungkin Annuar boleh mengatasi kemelut dua calon itu dengan hanya menggantikan dengan calon lain, namun menjelang esok mungkin akan ada lagi kejutan yang bakal berlaku terhadap calon-calon Umno/BN di Kelantan.

Spekulasi juga timbul di kalangan calon baru BN antaranya di kalangan mereka yang bukan dari 'akar umbi' berikutan adanya bantahan yang berlaku di peringkat kawasan dan cawangan Umno.

Antara yang dikaitkan dengan hal ini ialah calon Parlimen Tumpat, Dr Ashraf Wajdi Dusuki yang akan menentang Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.Sumber menyatakan Ashraf bukanlah calon yang disenangi di peringkat Bahagian Tumpat oleh kerana bekas pimpinan pelajar itu tidak banyak menghabiskan masanya di Tumpat.

Ashraf juga dikatakan tidak popular di kalangan ahli Umno di Tumpat, sebaliknya calon PAS (Kamarudin) yang lebih senior dalam politik merupakan calon yang mengekalkan kerusi itu sejak beberapa pilihan raya umum yang lalu.

Sumber juga menyatakan bahawa akan adanya 'undi protes' yang akan dihadapi Umno berikutan Annuar Musa mencalonkan kalangan bukan akar umbi.

Annuar sendiri yang disebut sebagai 'liabiliti' kepada Umno/BN sebelum ini dilihat mencari jalan 'selamat' dengan menempatkan diri di Parlimen Ketereh agar tidak 'dikorbankan' penyokongnya sendiri di tempat tradisinya di Kok Lanas.

Sementara seteru Annuar Musa, Dato' Mohd Alwi Che Mat pula mencari 'nahas' memikul tanggungjawab berat bertanding di kerusi keramat Annuar yang mula dilihat goyah sejak kehadiran orang kuat Umno satu ketiak dahulu, Dato' Rosli Ibrahim untuk mewakili PAS yang juga memiliki sokongan akar umni yang kuat.

Mungkin pilihan raya kali ini Annuar akan selamat memandangkan beliau telah mencanangkan 'kambing hitam' (Dato' Dr Awang Adek Hussin) yang diuar-uarkan sebagai calon Menteri Besar yang bakal akan dikorbankan jika BN seklai lagi tewas menawan Kelantan.

0 ulasan: