Selasa, 26 Februari 2008

DATUK IBRAHIM ALI : SUDAH SERIK BERPOLITIK ?


UTUSAN MALAYSIA ( 26-02-2008 )

KOTA BHARU 25 Feb. - Bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menegaskan beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lagi dalam meneruskan perjuangan politiknya.

Ibrahim yang bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 berkata, beliau sudah jemu berada dalam parti politik.

Kata Ibrahim, beliau sering menjadi mangsa kalangan yang dengki dan cemburu terhadap peranannya apabila berada dalam parti.

''Bila saya memegang apa-apa jawatan yang diberikan, saya selalunya bersungguh-sungguh dan bekerja kuat. Bila laju, orang dengki," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Ketika diminta memberikan penjelasan mengenai keengganannya menyertai mana-mana parti walaupun digantung keahlian seumur hidup dalam UMNO, Ibrahim berkata: ''Saya hanya menyayangi pemimpin yang ikhlas, tidak hipokrit dan zalim. Parti bagi saya hanyalah alat perjuangan."

Pakcik kata :

Teringat kata-kata Datuk Ibrahim sendiri…” saya akan terus berjuang dan berjuang sehingga ke akhir hayat demi untuk kesejahteraan dan kemakmuran rakyat”….

0 ulasan: