BERITA HARIAN : 07-04-2008
KOTA BHARU: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, akan turun
Mustapa berkata, sebagai anak petani yang dilahirkan di kampung, beliau memahami masalah petani, yang kebanyakannya masih hidup dalam keadaan daif dan memerlukan perhatian kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Beliau berkata, program turun padang itu turut membolehkan kementeriannya melihat sendiri projek pertanian dan industri asas tani yang diusahakan penduduk peringkat bawah, sekali gus dapat membantu ke arah usaha memajukan lagi sektor terbabit.
"Saya bercadang turun ke bawah seminggu sekali berjumpa masyarakat petani, penternak dan nelayan bagi membolehkan saya memahami isu dan masalah mereka kerana matlamat kementerian adalah memberi khidmat terbaik kepada rakyat.
"Saya akui, masih ramai petani termasuk di Kelantan, memerlukan pembelaan," katanya ketika berucap pada majlis mesra warga agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di sini, semalam.
Mustapa berkata, beliau mengamalkan pendekatan mesra kepada setiap kakitangan agensi dan jabatan di bawah kementeriannya, bagi mewujudkan kerjasama rapat yang mampu meningkatkan kecemerlangan kementerian.
“Saya mahu tembok yang memisahkan jabatan dan kementerian diruntuhkan. Kalau hubungan tidak mesra dan tak kenal batang hidung, walaupun bekerja di bawah satu agensi, ia menyukarkan misi kita memajukan pertanian yang menjadi agenda penting kerajaan ketika ini," katanya.
Selain itu, beliau turut bertekad membawa perubahan besar sektor pertanian sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai menteri, khususnya dalam meningkatkan taraf hidup petani, membasmi kemiskinan tegar dan membudayakan pertanian sebagai perniagaan.
"Kalau dalam tempoh itu saya gagal melaksanakan perubahan besar itu, bermakna saya mengkhianati amanah yang diberikan kerajaan," katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata, pihaknya merangka strategi khusus untuk mengimbangi jurang antara import dan eksport pertanian negara sebagai usaha mengurangkan defisit imbangan dagangan negara.
0 ulasan:
Catat Ulasan