BERITA HARIAN : 07-04-2008
PUTRAJAYA: Kerajaan berazam melakukan perubahan dan rekayasa dalam aspek politik, pentadbiran dan dasarnya bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan selepas ia mengalami kemerosotan sokongan pada pilihan raya umum lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan mempunyai azam politik dan komited dalam melaksanakan hasrat itu kerana ia menerima keputusan pilihan raya itu secara terbuka.
"Suara rakyat adalah suara keramat dan yang tentukan segala-galanya dalam sistem demokrasi berparlimen," katanya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini, pagi ini.
Najib berkata kerajaan bukan sekadar menyebut untuk bermuhasabah diri tetapi mendengar suara rakyat dengan perasaan ikhlas dan berani.
"Perubahan yang kita lakukan belum sampai ke tahap dengan apa yang rakyat kehendaki," katanya.
Najib berkata, rakyat semakin peka dan berpendidikan tinggi dan justeru itu segala yang kerajaan janji mesti ditunaikan.
Kerajaan, katanya, komited memberi pertimbangan dan perkhidmatan kepada semua tanpa meminggirkan mana-mana pihak.
Beliau mahu anggota perkhidmatan awam memahami kecenderungan rakyat kerana mereka tidak menunjukkan perasaan melalui demonstrasi tetapi melalui pilihan raya.
Katanya, lebih banyak projek berteraskan rakyat akan dilaksanakan termasuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
"Kerajaan akan menentukan usaha-usahanya adalah untuk menentukan kesejahteraan rakyat," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan sedar pembangkang menggunakan pendekatan berdasarkan populariti manakala kerajaan menggunakan pendekatan yang betul dan pendekatan berhemah dalam pengurusan kewangan negara.
"Kita kena yakinkan rakyat pendekatan kita adalah terbaik untuk masa depan negara," katanya.
Dalam melaksanakan perubahan dan rekayasa itu, kerajaan perlu melihat keluhan kelompok rakyat yang tidak merasakan mereka menikmati hasil ekonomi negara yang berkembang antara 5.5 peratus dan enam peratus.
"Begitu juga, kita berjaya menurunkan kadar kemiskinan dengan banyak tetapi di peringkat rakyat keadaannya tidak setimpal atau selaras dengan kadar itu," katanya.
Dalam masa terdekat ini, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahukan perubahan dalam bidang kehakiman turut dilaksanakan supaya rakyat yakin terhadap sistem kehakiman negara.
Beliau berkata kerajaan mengharapkan kerjasama semua anggota perkhidmatan awam dalam melaksanakan perubahan itu ke arah menjadikan
0 ulasan:
Catat Ulasan