HARAKAH : 09-07-08
PENGKALAN CHEPA, 9 Julai (Hrkh) � Sehingga kini pemimpin Umno masih enggan menerima hakikat kemampuan Pakatan Rakyat mengurangkan harga minyak, berbanding dengan apa yang berlaku sekarang.
Tanpa perlu berfikir panjang, guna wang milik Petronas secara berhemah dan bukannya membazir seperti yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang.
Lihat contoh pembaziran wang Petronas yang digunakan kerajaan BN untuk membiayai Orkestra Filharmonik
Anggota Parlimen Parit Buntal, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pembaziran begitu berlaku kerana Petronas hanya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri seorang sahaja.
�Sepatutnya Petronas kena bertanggungjawab kepada Parlimen, maka selagi khazanah milik rakyat boleh dibelanjakan sesuka hati wang milik Petronas hilang begitu sahaja.
�Sepanjang tempoh 10 tahun sebanyak RM500 juta dibazirkan Petronas hanya untuk membayar gaji pemuzik Orkestra Filharmonik
Menurutnya setiap bulan sebanyak RM3.5 juta dibelanjakan untuk membayar gaji pemuzik yang mana setiap seorang menerima gaji sebanyak RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.
Sebaliknya kata Dr Mujahid apabila harga minyak di pasaran dunia naik kerajan BN mengambil kesempatan untuk menaikkan harga minyak bagi pasaran tempatan.
Menurutnya keadaan itu menyebabkan keuntungan terus bertambah, sebaliknya kehidupan rakyat pula terbeban.
�Apa yang berlaku sekarang keuntungan besar Petronas tidak digunakan oleh kerajaan bagi menstabilkan harga minyak di pasaran tempatan.
�Perkara itu berlaku kerana wang keuntungan Petronas dibazirkan kepada projek-projek mewah, projek-projek yang gagal dan tidak mendatangkan faedah kepada rakyat,� ujarnya.
Beliau berkata, keadaan yang berlaku sekarang sudah cukup untuk menggambarkan pemimpin kerajaan BN sangat lemah dalam menguruskan hal ehwal negara khususnya ekonomi dan khazanah rakyat.
Sementara itu anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, pendekatan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya memerintah bukan memulihkan dasar sekarang tetapi menggantikannya dengan dasar lebih baik.
Antaranya kata beliau Petronas tidak lagi bertanggungjawab hanya kepada Perdana Menteri sebaliknya di letak di bawah Parlimen.
�Syarikat itu mesti melaporkan secara terperinci operasinya dalam negara termasuk operasinya di 23 negara luar seperti di Iran,
�Petronas juga perlu memberitahu ke mana wang keuntungan disalurkan untuk membolehkan rakyat tahu. Namun perkara itu tidak berlaku sekarang selagi kerajaan BN tidak ditumbangkan,� katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan