Ahad, 13 Julai 2008

Nik Aziz akui hubungan Pas-PKR belum sempurna


BERITA HARIAN : 13-07-08

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui hubungan Pas dan Parti Keadilan Rakyat Malaysia (PKR) belum sempurna kerana dibentuk dalam masa yang singkat.

“Barisan Nasional (BN) yang dibentuk bertahun-tahun pun tidak stabil, macam mana (Pas dan PKR) yang baru setahun jagung hendak sempurna,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Majlis Hari Yayasan Islam Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata hubungan antara Pas dan PKR tidak sampai setahun, sedangkan kedua-dua parti itu yang mempunyai perbezaan dasar, memerlukan masa agak panjang untuk stabil.

Mursyidul Am Pas itu berkata, keadaan itu adalah perkara biasa yang berlaku dalam setiap ikatan dua parti apatah lagi kedua-dua terlalu muda dan memerlukan persefahaman.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu laporan media hari ini yang mendakwa hubungan Pas dan PKR mulai retak berikutan prinsip perjuangan kedua-dua parti itu jauh berbeza. — Bernama

0 ulasan: