Setelah lama tidak menulis, kini terasa gatal tangan untuk menulis lagi. Menulis tentang perkembangan semasa yang terjadi di Negara ini. Perkembangan parti-parti politik yang ntah apa-apa modus perjuangannya. Yang terserlah dimata dan telinga saya kini adalah parti UMNO atau pun yang lebih dikenali sebagai sekutu kuat Parti Barisan Nasional. Parti yang telah lama memerintah Negara yang kini nampaknya sedang berjalan terhuyung-hayang seperti orang pening lalat yang MUNGKIN akan rebah kerana pitam. Parti UMNO dan Barisan Nasional. Parti yang semakin menjadi kelam kabut pada pandangan rakyat jelata; Parti yang semakin dipinggirkan oleh penyokongnya. Parti yang sedang mengalami perpecahan. Anggotanya sudah menjadi bengkang-bengkok. Tidak sebaris seperti namanya ‘Barisan Nasional’.
Keadaan ini terjadi selepas keputusan PRU 12 di umumkan. Keadaan adalah seperti perupamaan ‘rumah sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi’. Satu demi satu kejadian yang berlaku dan menimpa parti yang dikatakan telah lama memerintah Negara ini. Sudah jatuh ditimpa tangga. Adakah ini tandanya ia akan jatuh pada bila-bila masa sahaja?? Kalau benar begitu..apakah kesannya nanti? Jika benar, adakah berlakunya satu perubahan seperti yang diharapkan? Adakah ia akan menjadi lebih baik atau sebaliknya?
Selepas keputusan PRU 12 diumumkan, kedengaran suara-suara sama ada dari dalam atau luar parti tersebut yang meminta Pak Lah meletakkan jawatan. Tekanan dan dugaan yang maha hebat menimpa Pak Lah. Sakit kepala DAN kepala pusing memikirkannya. Perpecahan dalaman terhadap kompenannya seperti MCA dan MIC. Keadaan digawatkan lagi dengan keputusan Tun Dr. Mahathir (Bekas Perdana Menteri) keluar daripada UMNO. Kini, keadaan bertambah tegang bila salah satu parti komponenya iaitu Parti SUPP dari
Ditambah lagi dengan keputusan kerajaan membenarkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang mendadak bagi mengurangkan bebanan kerajaan dalam menanggung subsidi bagi bahan tersebut.. Rakyat jelata begitu tersentak dan kecewa. Rata-rata mereka mengeluh, termenung, hanyut, sedih, kepala pusing dan sebagainya. Seperti yang dilaporkan oleh salah satu akhbar dari parti pembangkang, 2/3 pendapatan rakyat kini terpaksa digunakan untuk menanggung kos kenaikan bahan api tersebut. Bila sebut harga bahan api naik, semuanya terus menjadi api dan melarat kepada benda-benda lain yang terpaksa dan dipaksa diletakkan ke atas bahu rakyat jelata yang kepinga-pinga akan perubahan mendadak itu. kenaikan harga bahan api itu telah menyebabkan hati rakyat jelata sedikit sebanyak mendidih..mendidih dan sedang menunggu meletup dari dalam. Ntah apa yang akan digunakan oleh pihak kerajaan dalam mematikan ‘api dalam sekam’ tersebut.
Keadaan tersebut amat dirasai oleh mereka yang berpendapatan rendah. Jika dahulu mereka dah terlalu berjimat cermat dalam penggunaan kenderaan, tetapi kini ianya telah menjadi semakin mencekik perbelanjaan harian mereka. Jika dahulu mereka boleh balik ke kampong menjenguk ibu bapa atau keluarga masing-masing sekali dalam sebulan, tetapi kini mereka terpaksa balik berjumpa keluarga sekali dalam masa dua bulan. Jika sebelum ini mereka boleh pergi melancong membawa keluarga masing-masing ke tempat-tempat rekreasi pada cuti hujung minggu, tetapi kini mereka terpaksa melepak di rumah masing-masing dengan melihat dinding dan kipas yang berpusing. Keadaan telah berubah!! Talian persaudaraan sedang dijauhkan oleh factor tersebut. Gaji mereka tetap sama. Tidak pernah diubah dan ditetapkan ke tahap yang membolehkan mereka survive seperti mereka yang lain (dengan ayat lain : Gaji banyak!!). Mereka sudah menjadi seperti anak yang kehilangan bapa!!
Satu demi satu keadaan yang tertekan tercipta. Parti Barisan Nasional sedang mengalami tekanan sama ada dari dalam atau pun luar. Keadaannya semakin lama semakin parah. Seperti satu belon yang kembung ditolak udara dari dalam dan ditusuk dengan jarum dari luar. Seperti bisul yang naik dan tunggu untuk pecah mengeluarkan nanah. Kepercayaan dan keyakinan rakyat jelata telah terhakis sedikit demi sedikit.
Jika dahulu Pak Lah selaku Pengerusi BN dan Perdana Menteri diserang dari kiri, kanan, atas dan bawah. Tetapi keadaannya kini terbalik pula kepada Dato’ Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri selepas Pak Lah. Satu demi satu orang penting parti dan Negara sedang ditarah. Tidak kira sama ada parti itu parti UMNO, MCA atau pun MIC. Kepimpinan parti Barisan Nasional sedang ditarah perlahan-lahan. Jika mereka tidak kuat, mereka akan tumbang pada bila-bila masa sahaja.
Kejadian ini boleh dianggap seperti tajuk rancangan TV3 ‘ pelik tapi benar’. Dato’ Najib dituduh orang yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan perempuan
Begitu juga dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas TPM yang dituduh meliwat suatu masa dahulu kini dikatakan pula telah mendapat seorang lagi mangsa subahatnya yang juga tidak diingat oleh saya akan namanya. Macam tidak percaya! Beliau merupakan idola bagi golongan muda sebagai pemimpin Negara sewaktu gandingan beliau dengan Tun Mahathir dahulu. Adakah muka beliau nampak macam peliwat? Tidak juga!! Ya atau tidak?? Wallahualam..jauh malaikat 44.
Bukan setakat mereka berdua sahaja yang berperang, tetapi peperangan itu telah mengheret sama orang-orang lain yang juga penting untuk Negara. Ketua Polis, Hakim itu, Hakim ini, ketua itu, ketua ini yang sememangnya manusia yang dianugerahkan oleh Allah swt untuk membawa haluan dan menjaga rakyat dan Negara ini.
Kearah mana mereka hendak bawa saya tidak tahu. Tetapi jika dilihat pada apa yang berlaku pada waktu ini, apa yang saya nampak adalah semuanya sedang menuju kearah kelam kabut dan seterusnya kearah kehancuran.
Berita-berita yang disiarkan oleh TV memang amat memalukan sekali. Salah laku orang penting Negara. Benar atau salah berita itu adalah perkara lain. Tetapi kenapa…kenapa mereka ini dibabitkan atau adakah mereka ini terbabit secara tidak sengaja????? Tidak tahu mana satu yang betul dan mana satu yang salah. Seperti cerita budak-budak sekolah rendah…nasi oh nasi, kenapa engkau mentah..macamana aku tak mentah, kayu api basah..kayu oh kayu kenapa engkau basah? Macamana aku tak basah, hujan timpa aku. Hujan oh hujan kenapa engkau timpa kayu? Macamana aku tak timpa kayu, katak panggil aku..katak oh katak kenapa engkau panggil hujan?? Macamana aku tak panggil hujan, ular nak makan aku..ular oh ular kenapa engkau nak makan katak..memang ia makanan aku..HA..HA.. (ular ketawa).
Pemimpin tu kata pemimpin ni..Pemimpin ni kata pemimpin tu..tetapi akhirnya orang lain (ular) yang untung. Negara kelam kabut punah ranah luluh lusuh habis hancur lebur.
Pergi balik-pergi balik..tup-tup balik menjadi seperti kiasan yang selalu pak mat spoket katakan..balik ke square one. Siapa pemimpin no. 1 negara. WHAT SAY U??
Tidak kira siapa, apa dan kenapa... Benar tetap benar. Salah tetap salah. Yang benar akan mengatasi yang salah. Bangkai busuk jika disimpan walau macam mana sekali pun, baunya tetap boleh dihidu. Masa itu tunggu dan lihat..yang kalah menjadi abu..dan yang menang akan menjadi arang hitam legam.
Bagi saya selaku rakyat yang tidak pandai dalam hal-hal sebegini, carilah jalan penyelesaian yang terbaik. Janganlah babitkan Negara ini dengan perasaan malu yang dibuat dan kini sedang ditanggung oleh pemimpin-pemimpin kita yang amat disegani dan amat dihormati itu. Pemimpin kita yang disayangi yang sedang malu oleh isu-isu yang cukup memalukan di saat dan waktu yang sama. Simpanlah malu Dato’-Dato’, Datuk-Datuk, Tan Seri-Tan Seri, Tuan-tuan untuk diri sendiri. Jagalah malu itu untuk diri sendiri. Takut nanti menang sorak (bagi yang menang), kampong tergadai. TADA GUNA SATU SEN PUN.
Akhirnya, saya selaku rakyat jelata yang tidak pandai ini dapat simpulkan bahawasanya system politik Negara sedang huru hara dan kelam kabut. Saya yang tak berapa tahu ini boleh katakan bahawasanya suasana politik yang berlaku Negara ini AMAT TIDAK BERMARUAH. Pemimpin diserang oleh isu-isu salah laku yang CUKUP TIDAK BERMARUAH DAN AMAT MEMALUKAN.