Rabu, 15 Julai 2009

PRK MANEK URAI – KALAH & MENANG



Tahniah kepada PAS dan Tahniah kepada UMNO.

Tahniah kepada PAS kerana memenangi PRK kali ini dan tahniah kepada UMNO kerana semakin diterima rakyat.

Walau pun sering dikatakan Manek Urai adalah kubu kuat PAS, namun ianya nyaris-nyaris terlepas ke tangan pihak UMNO dan ini memberi peringatan kepada mana-mana parti politik bahawasanya rakyat akan sentiasa memerhati dan menilai setiap masa akan peranan parti politik itu terhadap mereka.

Apa pun sentimen yang dimainkan, rakyat akan tetap dengan pendirian masing-masing dan akan bertindak menukar kerajaan sekiranya kerajaan sedia ada tidak melakukan apa-apa untuk kepentinga n rakyat. rakyat juga akan bertindak mengekalkan kerajaan itu sekiranya mereka yakin terhadap mereka. Itulah kuasa rakyat.

Kerajaan PAS negeri Kelantan seharusnya mencari jalan yang lebih baik dalam mengambil hati rakyat jika ingin terus berkuasa di Negeri Kelantan. Seperti di dalam kempen-kempen pihak UMNO, walau pun sudah memerintah Kelantan selama 20 tahun, kerajaan PAS Kelantan masih lagi gagal membangunkan negeri tersebut seperti yang dikehendaki oleh rakyat.

Mungkin kempen tersebut ada benarnya dan harus diteliti oleh pemimpin PAS negeri.

PAS juga diharapkan agar tidak lagi mempermainkan isu-isu agama yang boleh menyebabkan perpecahan di kalangan PENGANUT AGAMA ISLAM di Negara ini.

Pihak PAS seharunsya merasa tidakselesa dengan perkembangan ini.

Bagi UMNO pula, peningkatan sokongan adalah sesuatu yang boleh dibanggakan. UMNO/BN semakin mendapat sokongan daripada rakyat. walau pun diberi masa selama selama lapan hari untuk berkempen, UMNO/BN hampir-hampir merobohkan tembok kebanggaan PAS selama ini. Bayangkan masa yang ada dalam dua tahun sebelum PRU-13 nanti. Apa-apa sahaja boleh terjadi.

Itu pun bersyarat. Syaratnya ialah pihak BN/UMNO seharusnya menunjukkan kepada rakyat bahasanya mereka akan melaksanakan konsep 1MALAYSIA, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan dengan sebenarnya. UMNO/BN juga perlu mempertingkatkan lagi integrity pihaknya serta pentadbiran awam yang selama ini dilihat serong oleh rakyat jelata.

Walau apa pun, terima kasih diucapkan kepada Tan Sri Muhyiddin dan Tok PA yang bersungguh-sungguh dalam pilihanraya kali ini. Anggaplah PRK ini sebagai satu permulaan untuk UMNO/BN bangkit semula dalam menghadapi PRU-13 nanti.

UMNO dan PAS adalah parti politik..yang mana yang lebih memberi kebaikan kepada rakyat, maka yang itulah yang akan dipilih oleh rakyat untuk menjadi kerajaan.

Kerajaan yang dipilh oleh rakyat dan kerajaan yang berkerja untuk rakyat.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Parti yang mengutamakan rakyat yang seharusnya kita sokong. Kita mempunyai masa yang mencukupi (sehingga PRU 13) untuk menilai parti mana yang dekat dengan hati rakyat. Tulisan dalam blog "luahfikiran" yang mempaparkan masalah yang dihadapi oleh bekas ahli koperasi MOCCIS(mengeluarkan wang simpanan) menyebabkan saya kurang yakin terhadap kepimpinan kerajaan yang ada. Mengapa mereka ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya?

pakcik berkata...

kepada tanpa nama..

pada hemat pakcik..dasar yang dibuat adalah tepat sekali..tetapi agensi2 kerajaan yang terlibat masih lagi bersifat ego terhadap rakyat..

mereka anggap rakyat adalah dibawah mereka..padahal mereka lupa bahawa kewujudan mereka adalah di atas keperluan rakyat..jika rakyat tidak perlukan..mereka tidak akan wujud.

kalau ada masa sila dengar lagu dikir "helo tuan pengarah" yang mempunyai maksud yang mendalam..

pakcik