Saya begitu tertarik dengan berita tentang langkah yang diambil kerajaan Barisan Nasional Negeri Terangganu dan Kerajaan PKR Perak baru-baru in berkenaan kenderaan rasmi kerajaan negeri masing-masing.
Kata mereka kereta Perdana V6 adalah boleh membazir wang rakyat kerana kos penyelenggaraan yang tinggi. Manakala bagi pihak Proton pula mereka menafikan sekeras-kerasnya akan kenyataan tersebut.
Kedua-dua kerajaan negeri berhasrat untuk menukarkan kenderaan tersebut dengan kenderaan import yang lebih selesa dan tahan lasak. Mereka juga mendakwa bahawasanya penyelenggaraan kenderaan tersebut adalah lebih murah berbanding dengan kereta Perdana V6 itu.
Itu kata kedua-kedua kerajaan negeri Terengganu dan Perak. Manakala bagi pihak proton pula, mereka mendakwa bahawasanya penyelenggaraan kenderaan tersebut menjadi tinggi kerana pihak tersebut menyelenggaranya di bengkel yang tiada kaitan dengan Proton. Penggunaan alat ganti yang tidak dicadangkan oleh pihak Proton dan berbagai-bagai lagi.
Jika benar seperti apa yang dikatakan oleh pihak Proton, sudah jelas lagi bersuluh terdapatnya unsur yang tidak kena pada hal ini. Sudah semestinya ada segolongan tertentu yang berbuat demikian bagi mengaut keuntungan mudah dalam hal ini.
Saya tidak mahu mempertikaikan kualiti kenderaan tersebut. Apa yang ingin diutarakan adalah kenapa selama ini rakyat telah ditipu oleh segolongan orang ’utan’ dalam pentadbiran kerajaan negeri yang telah menyalahgunakan kuasanya dalam menguruskan wang rakyat.
Kos penyelenggaraan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Apa yang jabatan audit negeri telah buat? Adakah mereka juga bersekongkol dalam hal ini. Walau pun tidak mencecah nilai berjuta-juta, tetapi pengunaan dan pembaziran wang rakyat dilakukan oleh pemerintah negeri dengan sewenang-wenangnya. Tiada siapa yang peduli!!
Bagai mana pula dengan negeri-negeri lain? Adakah perkara yang sama berlaku? Adakah manusia yang diberi amanah dalam menjaga urusan tersebut masih leka. Di mana badan-badan pencegahan rasuah. Adakah mereka yang telah menipu kerajaan dan rakyat itu telah ditangkap dan dipenjarakan?
Pertamanya, menipu kerajaan dan yang keduanya, menipu rakyat jelata. Besar kesalahan tu.
Dengan timbulnya isu ini, jelaslah bahawasanya kerajaan negeri selama ini sebenarnya sedang menipu rakyat. Tidak kira kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman, Perak Darul Redzuan dan juga Negeri Kedah.
Jika sebelum pilihanraya, Parti bertanding di negeri-negeri tersebut berjanji kepada rakyat bahawasanya mereka akan menjaga amanah dalam mentadbir negeri yang dimenangi. Macam-macam mereka berjanji kepada rakyat. Tetapi kenyataannya mereka adalah penipu dan pembohong.
Bagi kerajaan PKR Negeri Perak dan Kerajaan PAS Negeri Kedah, hasrat mereka untuk menukar kenderaan rasmi kerajaan adalah tidak seperti apa yang mereka ucapkan dahulu. Baru sahaja memerintah, sudah pandai untuk hidup mewah dan bergaya. Alasan kos penyelenggaraan yang tinggi adalah satu alasan yang sengaja diada-adakan oleh pihak mereka. Begitu juga dengan kerajaan Negeri Terengganu. Sungguh tinggi nafsu pemimpin kita.
Dalam bab ini, saya percaya rakyat telah mengalami kerugiaan. Manakala orang-orang tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri telah mengaut keuntungan darinya. Mereka telah menipu kerajaan dan rakyat. Tetapi mereka masih lagi bebas dan tidak diambil tindakan oleh mana-mana pihak.
Jika perkara sekecil itupun pemimpin dan pegawai kerajaan meng-kelentong rakyat. Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang besar?
SIAPA NAK JAWAB?
1 ulasan:
Saya sokong apa yg dinyatakan, pihak odit tolonglah check pada semua kementerian yang khusus pada pembaikan kenderaan kerajaan, contoh kalau V6 persendirian repair kat bengkel luar kurang lebih RM5 ribu, kalau bengkel yang ditender lebih 100% tak caya.....boleh check lebih2 lagi kenderaan tentera
Catat Ulasan