Siapa tak suka wang ringgit? Sah orang itu sudah tidak betul fikirannya. Oleh kerana kertas sehelai telah ditukar dan di cop dengan nilai ringgit maka ianya mempunyai pelbagai kegunaan bagi setiap lapisan manusia di dunia ini.
Jika di zaman dahulu kala, wang juga boleh digunakan untuk membeli manusia lain. Manusia yang dibeli itu akan menjadi hamba abdi kepada si pembeli manakala si pembeli pula akan menjadi tuan besar bagi hamba-hamba yang dibeli olehnya.
Hamba yang dibeli itu amat hina darjatnya. Hinanya hamba itu adalah lebih hina daripada tapak kasut manusia lain ( Seperti hadiah tapak kasut yang diberikan oleh rakyat Iraq kepada Presiden Bush ). Orang yang membeli hamba itu pula adalah amat mulia dari segala-galanya sehinggakan hamba-hamba yang dibelinya itu sanggup mencium kaki tuannya itu.
Hinanya orang yang dibeli itu adalah lebih hina daripada lubang najis di tandas-tandas.
Kegunaan wang sudah menjadi lebih meluas lagi. Salah satu kegunaan wang yang kini ketara adalah boleh membeli jawatan dalam negara. Cuba bayangkan jika tuan-tuan/puan-puan mempunyai wang yang banyak dan wang tersebut boleh digunakan untuk membeli kedudukan dalam negara ini. Alangkah indahnya hidup ini.
Kedudukan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi, Pengarah, Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua, Timbalan Ketua, Yang Berhormat, Ahli Parlimen, Senator, ketua setiausaha, ketua badan perhubungan, ketua turus, pengarah itu, pengarah ini, Wakil rakyat, ketua bahagian, Ketua Hakim, Hakim, Peguam, gabenor, ketua Polis, Ketua Balai, Ketua Askar, Ketua Bomba, ketua itu, ketua ini. Pengarah itu dan pengarah ini.
Daripada yang tertinggi sehinggalah kepada yang terendah. Sehinggakan jawatan tukang sapu, tukang kebun dan sebagainya lagi pun boleh dibeli. Jawatan yang ada dalam negara ini boleh dibeli dengan wang ringgit. Alangkah indahnya hidup ini.
Sesiapa yang punyai banyak wang maka dialah raja dalam negara ini. Beliaulah yang akan menjadi tuan kepada seluruh rakyat dalam negara ini. Orang lain akan menjadi hamba abdi kepadanya seumur hidupnya. Seperti firaun.
Jika dahulu kerja hamba abdi yang dibeli meliputi kerja-kerja berat, tetapi hamba abdi yang dibeli kini perlu menggunakan pen dan kertas bagi memberi undi dan sokongan kepada tuannya.
Hamba abdi ini akan menyokong tuannya untuk mendapatkan jawatan-jawatan tertentu sama ada dalam kerajaan atau pun dalam politik. Hamba abdi ini tidak peduli, janji upah diberikan. Begitu juga dengan tuannya itu, asalkan wang bertukar menjadi pangkat dan kuasa. Nanti modal wang yang hilang untuk membeli hamba abdi itu akan dapat kembali jika beliau mendapat pangkat dan kuasa yang diidamkan.
Kata orang cina; memberi wang kepada seseorang itu untuk tujuan tertentu seupama memberi makan kepada anjing yang kelaparan. Bila diberi makan, anjing tersebut akan mengikut apa sahaja yang disuruh oleh orang yang memberinya makan.
Jika tuannya itu menyuruh ia makan najisnya sendiri sekalipun, anjing tersebut tidak akan membantah.
HINA LAGI MENGHINAKAN.
Masyaallah.
0 ulasan:
Catat Ulasan