Dunia global sekali lagi berdepan dengan apa yang dipanggil krisis ekonomi. Krisis ekonomi yang dikatakan berulang bagi setiap sepuluh tahun. Krisis yang akan menekan mana-mana negara di dunia ini.
Seperti yang disiarkan oleh berita tv, negara maju seperti Amerika sedang tenat menerima kesan tersebut. Baru-baru ini pengurusan baru negara dibawah pimpinan presiden baru mereka telah mengistiharkan pelan recovery bagi memulihkan sektor automotif mereka. Begitu juga dengan sektor perbankan gergasi seperti Citigroup yang telah memberhentikan beribu-ribu pekerja mereka bagi menyelamatkan syarikat. Banyak lagi yang kedengaran di telinga tentang kesan daripada apa yang dipanggil krisis ekonomi global tersebut.
Jika itu di negara luar, bagaimana pula dengan negara ini? Adakah kesan yang dialami atau akan dialami seteruk itu? Sudahkah rakyat atau kerajaan kita sudah bersedia untuk menghadapinya?
Dalam menghadapi sesuatu keadaan dan senario, peringkat yang terburuk perlu difikirkan. Keadaan di mana impak yang diterima adalah diluar jangkaan kita.
Keadaan dimana seperti berlakunya kes pembuangan pekerja dalam skala yang besar, kerugian yang dialami dalam perniagaan, kadar inflasi negara meningkat, pengangguran yang bertambah dengan mendadak, pertambahan bilangan golongan yang diisytiharkan sebagai muflis, pemotongan gaji pekerja dan berbagai-bagai lagi kes yang melibatkan fulus dan ringgit.
Jika itu yang berlaku, di mana ahli-ahli korporat melayu, di mana pemimpin-pemimpin melayu, dimana pertubuhan-pertubuhan melayu, dimana ahli fikir-ahli fikir hal ekonomi melayu, dimana syarikat-syarikat milik penuh orang melayu, dimana parti-parti politik orang melayu, dimana pusat bantuan orang melayu, dimana tempat rujukan dan tempat mengadu orang melayu.
Jika dilihat pada senario sekarang, pemimpin politik sedang memberi tumpuan penuh kepada kedudukan politik masing-masing. Dapat dilihat jelas dalam fikiran mereka akan kedudukan politik mereka. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan pemilihan UMNO pada Mac tahun depan.
Adakah mereka sedang bersungguh-sungguh membuat perancangan dalam menghadapi keadaan tersebut? Bagi saya, jika ada pun hanya segelintir sahaja yang bercakap dan memikirkan tentang hal ini. Kanapa saya berkata begitu? Kerana setiap kali tv menyiarkan berita, amat jarang sekali kelihatan pemimpin negara dan dan orang-orang tertentu yang bercakap mengenai krisis tersebut. Tiada satu pun yang bercakap tentang langkah-langkah yang sedang dan akan diambil dalam menghadapinya.
Jika ianya benar-benar berlaku, apakah kesudahannya bagi orang melayu yang sedang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Adakah mereka akan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan atau pemimpin melayu? Adakah adanya usahawan melayu yang akan menggulung tikar selepas ini? Banyak persoalan perlu disediakan jawapannya oleh pemimpin negara khususnya mereka yang berbangsa melayu. Nasib bangsa perlu menjadi keutamaan mereka.
Kini telah ada bunga-bunga kesan kemelesetan itu. Pekerja dari sektor perkilangan dan pembinaan sedang dibuang bagi mengecilkan operasi syarikat. Penurunan pada indeks BSKL. Para pelabur sedang berjaga-jaga dengan segala kemungkinan. Kemungkinan terhadap perkembangan ekonomi dunia dan juga ketidaktentuan percaturan politik negara. Harga komoditi bagi bahan mentah menurun ke tahap terendah seperti di tahun-tahun 1995-1998.
Bagi orang kampung pula, apa yang difikirkan adalah berkenaan harga getah, kelapa sawit, padi, sayur-sayuran, ternakan ikan, ternakan lembu, kambing, hasil tangkapan ikan dan sebagainya lagi. Adakah harga bahan mentah tersebut terus-terusan menurun dan menjejaskan pendapatan mereka?
Saya tidak pandai untuk bercakap tentang ekonomi, tetapi apa yang ingin saya nyatakan disini adakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi tersebut yang akan sampai ke negara ini pada bila-bila masa sahaja.
Adakah orang melayu akan merayu di bumi sendiri lagi bila tibanya saat tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan