Beberapa tahun dahulu kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan akan pakej bantuan penduduk miskin tegar Negara. Salah satu perkara yang disebut dalam pakej tersebut adalah projek perumahan rakyat miskin.
Niat murni kerajaan itu adalah amat dihargai sekali. Ianya bakal mengubah taraf hidup rakyat yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Rumah yang lebih selesa. Rakyat yang dikategorikan sebagai miskin itu tidak akan merasakan mereka ini disisihkan oleh orang lain. Mereka boleh berbangga dengan rumah yang dimiliki olehnya. Selain itu, keyakinan mereka ini untuk meneruskan hidup yang lebih berkualiti akan bertambah.
Itu adalah sebahagian teori indah yang ingin dicapai sekiranya perjalanan projek tersebut seperti yang dirancangkan. Namun pada hakikatnya, adakah ianya seperti yang diharapkan. Jawapannya ada pada rakyat dan orang yang menguruskan akan hal itu sendiri.
Apa yang ingin ditulis kali ini adalah berkenaan status projek tersebut. Adakah ianya menepati sasaran pihak kerajaan. Jawapannya adalah tidak. Jawapan itu bukannya sengaja direka-reka oleh saya. Jawapan itu diperolehi dari situasi sebenar yang ditanggung oleh rakyat terutamanya di kampung-kampung.
Dapat diperhatikan dengan jelas dimana pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ini telah pun bersikap memilih bulu. Mereka telah memilih orang yang terdekat dengan mereka dalam memberi hak tersebut. Padahal semua sedia maklum bahawa perumahan rakyat itu adalah untuk di berikan kepada rakyat miskin.
Setahu saya kerajaan tidak pernah mengarahkan kelulusan diberikan kepada mereka yang menyokong parti-parti tertentu sahaja.
Sesiapa sahaja yang layak dan dikategorikan sebagai miskin adalah layak sepenuhnya terhadap pemberian tersebut.
Selain itu, juga dapat diperhatikan tiadanya usaha bersungguh-sungguh pihak-pihak yang terlibat seperti wakil rakyat dan badan-badan kerajaan yang diberikan kuasa dalam hal ini menyampaikan maklumat kepada rakyat jelata. Sesetengah rakyat miskin masih lagi tidak mengetahui bahawa kerajaan telah pun memperuntukkan bantuan untuk mereka mendapatkan rumah yang lebih selesa.
Terus terang saya nyatakan di sini bahawasanya orang/pihak yang diberi amanah dalam menjayakan misi nasional ini telah mengecewakan rakyat jelata.
Pemikiran sempit yang bermula diperingkat cawangan, bahagian dan pada sesetengah ketua-ketua agensi berkanun kerajaan itu telah berjaya menggagalkan akan objektif tersebut.
Mereka lebih suka duduk di kerusi empuk dalam pejabat dan tiada usaha untuk turun padang bagi mencari sendiri rakyat melayu yang miskin lagi hina di bumi sendiri.
Apa yang nyata sehingga hari ini MASIH ADA LAGI RAKYAT YANG TIDAK TAHU APA ITU PERUMAHAN RAKYAT yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan.
1 ulasan:
Salam tuan,
Kes seperti ini memang terjadi lebih-lebih lagi di kawasan lembah klang ni. Dari maklumat yang saya perolehi ada projek perumahan rakyat telah dimonopoli oleh orang-orang dari pantai timur terutama yang bekerja dengan DBKL dengan ada antara mereka yang belum berkahwin mendapat tawaran MEMBELI rumah tetapi bukannya MENYEWA.
Tetapi yang teruknya bila PM pernah berjanji untuk menjual rumah yang disewa dari DBKL pada tahun lepas tetapi sampai sekarang masih tiada kedengaran. Sudahlah habis perkampungan orang melayu dihapuskan oleh DBKL untuk syarikat-syarikat besar seperti projek di Kampung Haji Abdullah Hukum yang status tanahnya adalah tanah milik dan kepunyaan melayu.
SIAPALA YANG NAK TOLONG BANGSA SENDIRI UNTUK HIDUP?
Catat Ulasan