Jom kita ke lokasi tanah runtuh di kawasan perumahan Bukit Mewah. Satu peristiwa menyayat hati yang bertukar kepada pesta. Pesta bagi yang tidak menanggung dan pesta bagi yang ingin menonjol. Pesta tuduh menuduh dan kata mengata.
Amat lucu sekali! Bagi yang terlepas peluang semestinya akan merasa kerugiannya disamping akan menyesal tidak kesudahan. Hanya sekali dalam seumur hidup.
Antara kisah lucu yang menjadi perhatian adalah seperti berikut :-
Sebelum berlakunya tanah runtuh itu, penduduk mendakwa telah beberapa kali membuat aduan kepada PBT tetapi pihak PBT hanya buat deeeek je..
Tugas-tugas menyelamat telah dilakukan oleh pihak tentera dan bukannya bomba yang telah dikenali ramai sebagai badan penyelamat.
Jurucakap pula dikendalikan oleh ketua polis selangor dan bukannya ketua bomba selangor atau ketua menteri selangor atau menteri yang terlibat.
Ahli-ahli politik turun padang dan tunjuk muka pada tv agar dapat dilihat oleh orang ramai untuk tujuan politik masing-masing.
Bila jadinya tanah runtuh, seringkali kedengaran kerajaan mengharamkan projek perumahan dikawasan tanah tinggi.
Penduduk terlibat menyelar sikap mereka yang memberi bantuan.
Penduduk terlibat mahukan layanan eklusif seperti kelas mereka yang tinggi darjatnya seperti rumah tinggi mereka di atas bukit tinggi.
Rakyat jelata menyelar penduduk kerana bersikap tidak berterima kasih kepada pemberi bantuan.
Pihak penduduk yang kecewa dengan bantuan yang diberikan adalah tidak seperti yang diharapkan ingin menyaman pihak yang terbabit..
Kisah tragedi menyayat hati bertukar kepada tragedi tunjuk-menunjuk dan menunjuk-nunjuk.
Banyak lagi kisah lucu yang dapat dilihat dari hari ke hari dan masih lagi tidak habis-habis sehingga ke hari ini.
Kata orang tua-tua; siang hari pandang-pandang, malam hari dengar-dengar.
0 ulasan:
Catat Ulasan