Jumaat, 26 Februari 2010

Royalti Minyak Hitam Kelantan – Kerajaan Kelantan Tidak Amanah?



Kenyataan akhbar sudah dikeluarkan..katanya Kelantan memang tidak layak untuk menerima royati. Wang ehsan hanya diberikan atas dasar ehsan kerajaan pusat. Itupun kalau nak bagi katanya.

Katanya lagi mana-mana negeri semenanjung tidak layak untuk mendapat wang royalty.

Isu ini memang mengujakan orang kampong seperti kami. Balik sahaja menoreh getah.

Kedai kopi bertukar menjadi pasar. Riuh rendah dengan tawar menawar dan gelak ketawa.

Gelak ketawa dengan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin disebelah sana dan juga disebelah sinun.

Pakcik mat yang dah tiada gigi dan juga tidak tahu menulis ketawa besar bila bercakap hal wang minyak ini. Sebab beliau ketawa adalah seperti berikut :-

1) Terengganu masa PAS memerintah dapat wang ehsan..tapi bila BN amik alih diaorang dapat royalty..

2) Terengganu masa dapat wang ehsan berbilion..tp Kelantan hanya dapat 20 juta..

3) Surat khabar kata negeri semenanjung tak layak dapat royalty..tapi Terengganu layak..

4) Pemimpin UMNO Kelantan kata kerajaan negeri tidak amanah..banyak rasuah maka tidak layak urus wang ehsan.

5) Bunyi royalty minyak tapi gas pula yang keluar..

Persoalan yg ke4 itu dihurai panjang lebar oleh pak mat dan kawan-kawannya .

Katanya kerajaan kan ada SPRM, pak polisi, audit negeri, audit Negara, set-set NGO-NGO (sebutan dlm bahasa Kelantan lain maksudnya) rasmi dan tidak rasmi dan pelbagai agen yang boleh menyemak kemana wang itu digunakan.

Gunalah geng-geng seperti di atas tadi untuk menyemak kerajaan Kelantan jika mereka menyalahgunakan wang tersebut.

Fikir punya fikir, ada logic juga dengan apa yang mereka katakana itu..macamana ye???

Sembang-sembang pasal duit minyak ni..tiba-tiba kami dikejutkan kerana pok kob (tuan kedai) yang sedang membancuh kopi mengucap dengan kuat..katanya tidak apa..beliau hanya tersilap masukkan minyak masak dalam cawan..ingatkan air panas yg nak dibancuh dengan kopi..katanya otaknya hanya mengingati royalty minyak sahaja sehingga minyak pun boleh bertukar dengan air..

Wallahualam...

Selasa, 16 Februari 2010

MELAYU dan Gong Xi Fa Cai




Terang lagi bersuluh. Itulah perupamaan tentang KUASA PEGANGAN EKONOMI masyarakat cina keatas ekonomi Negara. Dapat diperhatikan sejak dulu, kini dan MUNGKIN SELAMAnya kuasa ekonomi ini di-JAJAH oleh golongan tersebut.

Ada kata-kata yang menarik perhatian saya sempena cuti tahun baru ini yang berbunyi sedemikian : “ Melayu beraya cina SUKA dan jika cina beraya melayu mati kutu”.

Maksud cina suka sebab bila tibanya musim-musim perayaan melayu ; Orang melayu akan berbelanja sakan menghabiskan mana-mana duit yang disimpan selama beberapa bulan untuk memeriahkan hari perayaan mereka itu. Keuntungan berlipat kali ganda akan diperolehi oleh peniaga dengan hasil jualan menjelang perayaan tersebut.

Manakala bagi maksud orang melayu mati kutu bila tibanya perayaan cina adalah seperti berikut :

Bila masyarakat cina beraya maka kedai-kedai kepunyaan mereka akan ditutup selama beberapa hari dan ini akan menyusahkan orang melayu mendapatkan keperluan.

Jika dilihat di pecan-pekan di sekitar negeri Kelantan didapati lebih kurang 80 peratus kedai –kedai dipekan ( biasanya kepunyaan kaum cina) ditutup. Kedai runcit, kedai telefon, kedai hardware, kedai borong, pengedar, kedai kereta, kedai motor, kedai basikal, pusat-pusat service kenderaan, kedai dobi dan sebagai menghentikan operasi.

Bagi peruncit melayu, mereka akan kehilangan sumber dari pemborong dan ini amat memenatkan sekali.

Jika di pekan sudah jelas siapa yang memegang kuasa ekonomi, bagaimana pula dengan Negara. Jika mereka ini MEMBUAT ONAR, apa akan jadi pada masyarakat, negeri dan Negara?

Melayu berbangga kerana MASIH memegang kuasa politik tetapi melayu masih tidak berbangga kerana kuasa politik MASIH tidak dapat membantu mereka menjadi juara dalam segala hal di bumi sendiri.

seperti yang digembar-gemburkan baru-baru ini, hanya seorang sahaja melayu yang layak digelar melayu terkaya di Negara ini. Sungguh hinanya KUASA ekonomi melayu ketika ini. Rakyatnya ramai tetapi dianggap SAMPAH oleh bangsa lain.

Salah seorang sahabat yang berbangsa cina pernah royat kepada saya... anak-anak orang cina diasuh untuk berniaga kerana bilamana bapanya sudah meninggal maka perniagaan itu akan diterus dan dikembangkan oleh generasinya untuk selamanya..

Manakala orang melayu walau pun mempunyai pangkat atau kuasa yang besar, ianya tidak dapat diwarisi oleh anak-anaknya. Pangkat dan kuasanya akan menghilang bersamanya suatu hari nanti.

Jadi, kuasa ekonomilah yang mengawal segala-galanya.

Seperti di AMERIKA, diceritakan bahawasanya pemerintahannya diKAWAL oleh bangsa-bangsa YAHUDI. Bangsa yang memegang kuasa ekonomi Negara tersebut. Setiap keputusan dan dasar-dasar Negara ditentukan oleh bangsa tersebut. Keengganan pemerintah menuruti kemahuan bangsa tersebut akan menyebabkan mereka diruntuhkan.

Adakah Negara ini akan menjadi seperti Negara tersebut di suatu hari nanti??

Walau pun kulitnya adalah melayu tetapi isi dalamnya ditentukan oleh bangsa lain.


Rabu, 10 Februari 2010

TEORI kedai Kopi – YM Ku LI



Isu YM Ku Li berceramah di atas pentas PAS baru-baru ini menjadi buah mulut rakyat. ceramah berkenaan wang royalty minyak untuk negeri Kelantan. Rakyat (terutamanya orang UMNO) menjadi bingung kerana telatah YM Ku Li itu.

Berbual di kedai kopi bersama-sama rakan, kami mempunyai persamaan dalam meneliti telatah YM Ku Li ini. Kesimpulan yang dapat kami buatkan boleh dikatakan sebagai satu TEORI sahaja. Satu teori yang diperolehi dari sikap dan sifat YM Ku Li itu sendiri sebagai seorang AHLI POLITIK.

Sebagai ahli politik, percaturan politik harus diutamakan demi kejayaan dan cita-cita. Terdapat tiga (3) teori yang dapat diberikan berkenaan tingkah laku YM Ku LI berkenaan isu-isu semasa dalam politik kini.


TEORI 1

Ramai pihak berpendapat dan mempercayai bahawasanya DS Anwar Ibrahim tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Tindakan yg disabitkan diatas tuduhan liwat terhadap pembantunya itu akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Tindakan itu akan menyebabkan PKR/PR hilang ketuanya. Kerusi yang kosong perlu diisi oleh seseorang yang mempunyai kredibiliti atau pengaruh sepertinya. Walaupun Dato’ Zaid (bekas menteri) berada bersama-sama PKR, namun auranya tidaklah setanding DS Anwar.

Jadi, perancangan awal perlu dilakukan oleh beliau sebagai persediaan untuk mengambil-alih kerusi tersebut jika ditakdir DS Anwar terpaksa mengosongkannya. Ucapan-ucapan serta tulisannya itu menjurus dan menampakkan seolah-olah menyokong pihak pembangkang bagi menanam keyakinan ahli pembangkang bahawasanya beliau adalah orang yang layak menduduki kerusi yang ditinggalkan nanti.


TEORI 2

Semua ahli politik mempunyai cita-citanya yang tersendiri. Tidak dinafikan dengan YM Ku Li. Sejarah telah tertulis bahawasanya beliau pernah bertanding untuk merebut jawatan Presiden UMNO. jawatan Presiden UMNO akan melayakkan beliau menduduki kerusi Perdana Menteri.

Malahan, beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya bertanding jawatan tersebut ketika mana rakyat menolak kepimpinan Tun Abdullah Badawi ketika dahulu. Itu merupakan serkap jarang beliau.

Dengan penggubalan Perlembagaan UMNO yang tidak menetapkan KUOTA untuk seseorang bertanding jawatan Presiden, maka peluang untuk beliau bertanding sekali lagi terbuka luas.

Langkah awalan yang diambil oleh beliau adalah cuba mengambil-hati rakyat jelata dengan sikap yang lebih memihak kepada rakyat. isu-isu seperti ketidak-adilan yang dibangkitkan baru-baru ini adalah satu strategi beliau dalam menempuh perjalanan sebelum menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO nanti.


TEORI 3

YM Ku LI pernah menyebut, penggal ini merupakan penggal terakhir beliau sebagai ahli Parlimen Gua Musang. Beliau berhasrat untu bersara daripada politik untuk selama-lamanya.

Memikirkan beliau akan BERSARA, maka mana-mana perkara yang tidak betul pada pandangan beliau berkenaan kerajaan adalah perlu ditegurnya. Seperti yang dilakukan oleh TUN Mahathir setelah keluar daripada kerajaan.

Hadiah beliau kepada rakyat terutamanya rakyat Kelantan sebelum beliau bersara. Beliau akan dikenang selama-lamanya oleh rakyat jika ianya benar-benar berlaku di suatu hari nanti.

Teori-teori yang dikemukakan merupakan teori kedai kopi saya dan rakan-rakan selaku rakyat marhaen. Kebenaran mana-mana teori tadi adalah berada pada YM Ku Li sendiri.

Jika beliau bermain politik dan perasaan rakyat..maka kami akan menanggap beliau sebagai ahli politik. Ahi politik yang tiada beza dengan ahli politik yang lain.Tiada bezanya...

Jika tujuannya untuk rakyat, maka kami doakan beliau sentiasa dirahmati oleh Allah swt hendaknya.

Selasa, 9 Februari 2010

Penjawat Awam



Pelbagai cerita-ceriti berkenaan penjawat awam yang diluahkan oleh orang awam. Aduan-aduan yang diluahkan oleh rakyat seringkali terdengar sama ada melalui berita tv, akhbar dan juga blog-blog di alam maya.

Penjawat-penjawat awam terutamanya yang berurusan terus dengan rakyat seperti guru, polis, pegawai PBT/ majlis bandaran, hospital, pejabat tanah, jkr dan sebagainya lagi.

Selain daripada isu rasuah, isu-isu seperti ketidakcekapan dan ketiadaan upaya dalam melaksanakan tugas seringkali menjadi buah mulut rakyat terhadap penjawat awam.

Walaupun SISTEM pentadbiran yang diamalkan oleh pihak kerajaan adalah terbaik dan bertaraf antarabangsa, namun wujud juga kelemahan-kelemahan tertentu yang menyebabkan rakyat merungut.

Kelemahan yang wujud bukanlah berpunca daripada sistem, tetapi dari kelemahan manusia yang menguruskan dan menggerakkan sistem tersebut.

Sehingga kini tanggapan rakyat terhadap penjawat awam amat menyedihkan sekali. Dari pangkat yang tinggi kepada yang rendah, ada sahaja pandangan negative terhadap mereka. Pegawai mahu pun kakitangan sokongan.

Namun sedar atau tidak, kebiasaannya urusan harian antara penjawat awam dengan rakyat adalah diuruskan oleh pihak bawahan atau pun kakitangan sokongan.

Kita seringkali mendengar pertanyaan bila seseorang itu mendapat pekerjaan dalam penjawatan awam seperti berikut. “ Awak pakai kabel ke?”, “ Pakai kabel besar ke?”, “ Siapa kabel awak?” dan berbagai lagi persoalan yang berkaitan KABEL tersebut.

Ramai yang menafikan tetapi itulah hakikatnya mereka yang berada dalam jawatan awam terutamanya daripada kakitangan bawahan atau pun kakitangan sokongan.

CARITA KABEL

Saya pernah bekerja disalah satu syarikat pembinaan bumiputra yang berpusat di Selangor. Ramai kakitangan syarikat diambil dari kalangan kenalan dan sanak saudara.

Kebanyakkan yang diambil dan DIBERI PERHATIAN yang berlebihan oleh pihak syarikat itu sebenarnya adalah perosak kepada syarikat itu sendiri.

Ianya berbeza dengan mereka yang memohon dan terpaksa melalui jalan yang susah untuk mendapatkan kerja di syarikat tersebut. Mereka ini mempunyai tahap kemahiran dan semangat untuk melaksanakan tugasan harian dengan penuh bersemangat dan berdedikasi.

Bagi yang mempunyai tali persaudaraan atau pun yang masuk secara kabel, mereka ini merasakan diri mereka berada dalam keadaan yang selesa dan tiada apa yang perlu diragukan walau pun mereka tidak melakukan apa-apa untuk kepentingan syarikat.

Bermula daripada pencuci sampah, pemandu dan sehinggalah pegawai-pegawai penting syarikat. Ketiadaan upaya dan keselesaan yang diberikan itu membuatkan mereka ini tidak produktif serta membuang masa dengan perkara yang tidak berkaitan dengan urusannya.

Syarikat tersebut pada asalnya berkembang dengan baik tetapi kini khabarnya sudah pun mengecil dan tidak gah seperti mana ketika saya dan kawan-kawan lain berada bersamanya. Malahan, mereka yang benar-benar ingin bekerja tidak lagi berani untuk memohon dengan syarikat tersebut.

Itu cerita dan pengalaman saya ketika bersama syarikat swasta. Satu syarikat yang memerlukan kakitangan bekerja secara efektif dalam mencari keuntungan syarikat. Bagaimana pula dengan pihak kerajaan??

Saya percaya perkara yang wujud dalam perkhidmatan awam kini adalah berpunca daripada kakitangan yang diambil secara KABEL dan bukannya diatas kapasiti serta kebolehannya dalam sesuatu bidang.

Mereka yang merasakan diri dipayungi, dilindungi serta di dibelai oleh mereka yang dikenali atau bersaudara akan menyebabkan produktiviti kerja mereka merosot dari masa ke semasa.

Kebanggaan dalam diri kerana mereka ini mempunyai kabel akan menyebabkan mereka bertindak sombong dan berlagak ketika berurusan sama ada dengan rakan di tempat kerja atau pun dengan rakyat.

Selain daripada itu, kebanyakkan kakitangan yang berdepan dengan rakyat adalah terdiri daripada mereka yang telah lanjut usia. Mereka yang berusia diantara 45-55an yang hampir ke tahap pencen kebiasaannya mempunyai kudrat yang kurang dalam memberi tumpuan terhadap tugasnya.

Pergerakan serta tindakbalas mereka tidak sama dengan mereka yang berada pada umur 20-40an. Pada umur sebegini mereka lebih memikirkan soal hidup sendiri berbanding lain-lain hal terutamanya pekerjaan yang mereka lakukan.

Persepsi mereka yang telah lama terbentuk dalam fikiran masing-masing, kurang atau lebih kerja yang dilakukan, gaji tetap akan dimasukkan ke dalam akaun mereka. Setiap tahun pasti ada bonus dan jika bernasib baik, boleh naik pangkat.

Saya cadangkan agar kakitangan yang berumur tidak lagi diletakkan dibarisan hadapan yang memerlukan satu-satu urusan atau pun operasi yang cepat dan tepat terutamanya dalam berurusan dengan masyarakat awam.

Sistem VSS juga boleh dilaksanakan terhadap mana-mana kakitangan awam oleh pihak kerajaan dalam memastikan jabatan mereka dinilai tinggi oleh masyarakat.

Kesimpulannya, selain daripada KABEL dan peringkat umur banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam memastikan kejayaan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN dan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


Jumaat, 5 Februari 2010

WANG ROYALTI KATA NEGERI – WANG EHSAN KATA PUSAT



Mana yang betul dan mana yang salah???.. siapa yang memutar dan siapa yang diputar? Tetapi apa yang jelas, rakyat sedang berputar. Putar ligat.

Saya tidak mahu kata siapa salah dan siapa betul kerana jika dengar sebelah pusat, maka pusatlah yang betul. Jika dengar sebelah negeri maka negerilah yang betul.

Jika diukur dari segi moral politik, campurtangan Ybhg Ku Li dalam pertikaian ini telah memberi gambaran keseluruhan siapa yang betul dan siapa yang salah.

Campurtangan beliau yang memberi bonus kepada PAS selaku kerajaan negeri. BN sudah kalah!!!

Rakyat masih berpegang kepada Ybhg Ku Li yang merupakan bekas Pengerusi Petronas dan juga bekas Menteri Kewangan. Beliau yang dipercayai salah seorang pelopor dalam industry petroleum Negara. Orang yang tahu selok belok urusan serta perjanjian antara Pusat-Petronas-Negeri.

Keadaan berlainan sebelum Ybhg Ku Li masuk campur. Hanya pihak PAS sahaja yang percaya bahawasanya rakyat dan kerajaan Kelantan berhak mendapat WANG ROYALTI.

Tetapi keadaan telah berubah dengan kehadiran Ybhg Ku Li. Kedua-dua penyokong PAS dan BN telah sama-sama bersetuju bahawasanya rakyat Kelantan patut mendapat royati.

Isu ini kini bukan lagi isu politik antara PAS dan BN semata-mata. Ianya telah menjadi ISU RAKYAT. rakyat yang bersatu hati dan suara dalam menuntut satu-satu hak atau perubahan terhadap mana-mana perkara yang sepatutnya menjadi hak milik mereka bersama.

Salah seorang kawan yang menetap di Kuala Lumpur membuat panggilan kepada saya. Katanya BN Kelantan sudah kalah sebelum pilihanraya. Saya kehairanan... katanya isu minyak ini membuka peluang seluas-luasnya mata rakyat akan peranan yang dimainkan kerajaan pusat atau BN terhadap rakyat Kelantan.

Katanya lagi, beliau tidak hairan jika PAS menyapu bersih kerusi-kerusi di Kelantan semasa PRU-13 nanti. Katanya Parlimen Jeli juga tidak akan terlepas dari gelombang tersebut.

Peranan Ybhg Ku Li yang dilihat sebagai WAKIL RAKYAT dan bukannya WAKIL PARTI semata-mata amat memberi kesan terhadap rakyat. kata-kata beliau amat dipercayai di peringkat akar umbi. Kritikan pedas oleh Sdr. Bazlan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang amatlah daif sekali jika dibandingkan dengan Ybhg Ku Li.

Rakyat lebih mengenali Ybhg Ku Li berbanding beliau. Bahkan ada sesetengah rakyat tidak kenal siapa itu Sdr. Bazlan!!!

Kerajaan Pusat kini seupama diluah mati mak, ditelan mati bapak. Kedua-dua keadaan memberi kesan buruk kepada BN. Rakyat sedang menuntut penjelasan dan tindakan yang sewajarnya dari pihak Pusat. Bagi pun salah, tidak bagi lagi salah. Salah di pandangan rakyat Kelantan.

Walau apapun, kedua-dua pihak mempunyai hujahnya yang tersendiri. Hujah yang ingin didengar dan diperakui oeh rakyat jelata. Hujah berfakta sahaja yang dapat menyakinkan rakyat. bukannya dengan siri ceramah yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.

Sesungguhnya isu ini banyak implikasinya terhadap kedua-dua pihak. Bagi PAS, tambahan majority akan lebih terserlah. Manakala bagi BN, jika kebenaran di pihaknya, maka peluang untuk menamatkan dominasi PAS Kelantan amatlah terbentang luas sekali.

Pihak yang benar akan disokong 100% oleh rakyat manakala pihak yang blawok akan ditolak 200% oleh rakyat.

Semoga adanya penyelesaian dalam isu ini. Mana-mana pihak yang menang seharusnya melihat akan keperluan rakyatnya untuk jangka masa terdekat atau pun untk jangka masa yang panjang.

Rabu, 3 Februari 2010

WAJIB LULUS INGGERIS



TS Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan telah mengumumkan syarat baru dalam sistem pendidikan Negara iaitu syarat wajib lulus matapelajaran bahasa inggeris dalam peperiksaan sijil pelajaran Malaysia (SPM).

Cadangan tersebut amatlah baik dan boleh dikatakan satu pendorong kepada pelajar untuk meningkatkan usaha dan sekaligus menguasai matapelajaran tersebut.

Namun demikian, satu kajian menyeluruh perlulah dilakukan terhadap kesan yang akan dialami oleh pelajar terhadap cadangan tersebut. Kesan sama ada secara positif atau pun negative. Kesan jangka pendek atau pun jangka panjang. Kesan terhadap pelajar dan guru.

Seperti dasar pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains yang telah dilaksanakan sebelum ini. Dasar yang dilaksanakan tanpa kajian dan perlaksanaan yang menyeluruh amat merugikan sekali.

Rugi dari segi masa, tenaga dan juga kos. Walau pun objektif utamanya amatlah baik, tetapi perlaksanaannya telah menggagalkannya.


Saya bercakap dari segi pengalaman saya semasa dibangku sekolah rendah atau pun sekolah menengah. Dilahir dan dibesarkan dikawasan pendalaman menyebabkan saya serta rakan-rakan lain boleh dikatakan ketinggalan dalam menguasai matapelajaran tersebut.

Kenapa ianya terjadi??? Kerana kami semua tidak didedahkan semaksimum mungkin tentang betapa pentingnya akan mata pelajaran tersebut. T

iadanya kesedaran yang wujud dalam diri kami semua mengapa kami perlu menguasainya. Kami dibiarkan bersendirian tanpa bimbingan yang sewajarnya sama ada oleh pihak sekolah, ibu bapa atau pun keadaan sekeliling.


Kemudahan pendidikan dahulu tidak sama dengan zaman kini. Tetapi tahap pemikiran orang melayu terutamanya yang berada di pendalaman tidak banyak berubah. Tahap kesedaran mereka terhadap perubahan persekitaran dan keperluan semasa masih diperingkat yang amat rendah sekali.

Berbalik kepada cadangan tersebut, jika syarat wajib lulus itu diwartakan ianya seperti kes jatuh hukum tanpa perbicaraan yang sewajarnya terhadap seseorang pelajar tersebut.

Mana-mana pelajar yang gagal akan menghadapi masa depan yang gelap kerana disebabkan oleh persekitaran yang tidak adil yang dilaluinya semasa persekolahan.


Tidak adil dari segi kemudahan pembelajaran, dorongan dan kesedaran tehadap matapelajaran tersebut.

Jika syarat wajib diberikan kepada pelajar, maka saya cadangkan satu penilaian terhadap mana-mana guru yang mengajar subjek tersebut.

Penilaian yang akan mengukur kebolehan serta komitmennya dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang atau lulus matapelajaran tersebut. Kegagalan pelajar merupakan kegagalan guru tersebut.


Penilaian tersebut ditujukan kepada guru-guru bahasa inggeris atau sekolah-sekolah tertentu dalam memastikan mereka benar-benar melaksanakan tugas mereka sebagai guru.

Kecemerlangan pelajarnya merupakan satu bonus kepadanya yang boleh diberikan dalam bentuk kenaikkan pangkat atau pun gaji.

Tetapi jika kegagalan pelajarnya melebihi kecemerlangan, maka beliau seharusnya bertanggungjawab terhadapnya. Tindakan seperti menahan kenaikan gred, menurunkan gred, tidak diberikan bonus, ditukarkan dan sebagainya perlu diambil.


Saya percaya, guru yang professional akan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang. Penguasaan bahasa inggeris saya dipulihkan oleh seorang guru berbangsa india semasa saya belajar di matrikulasi sains bukit mertajam. Cara yang diguna-pakai oleh beliau amat berkesan sekali dalam memberi sinar harapan kepada saya sebelum melangkah ke bidang kejuruteraan di university.

Jika di sekolah kampong, sampai bila pun saya tidak akan ada peluang untuk pergi lebih jauh seperti hari ini.

Jadi, satu cadangan yang baik perlu dilaksanakan dengan seadanya. Jalan perlaksanaan perlulah diteliti terlebih dahulu bagi mengelak bencana yang bakal menimpa di suatu masa nanti. Jika syarat diberikan kepada pelajar dan berikanlah juga syarat kepada sekolah atau guru agar ianya tidak menghancurkan masa depan seseorang pelajar. terutamanya pelajar melayu.

Selasa, 26 Januari 2010

POLITIK TAHAP DEWA



Saban hari ada sahaja cerita cacing kena panas. Panas kerana berlaga sesame sendiri. Panas kerana suluhan mata-mata SPRM. Panas kerana terkena serbuk lada burung. Panas kerana main api. Panas kerana dekatnya bulan dengan matahari dan sebagainya lagi.

Panas..panas..oh panasnya buntut.

Di perak, cacing yang panas adalah YB Nizar dari PAS. Di Selangor adalah YB Khalid kuasa dua dari PKR dan PAS. di penang pula YB Guano Eh dari DAP. Manakala di Kelantan pula..tidak payah disebut..semuanya sedang panas.

Kepanasan ini berlaku adalah kerana mereka ini semuanya ahli politik yang dikategorikan telah mencapai tahap dewa. Dewa dalam kategori mana pun tidak diketahui..tetapi realitinya mereka ini amat hebat sekali dalam berpolitik.

Hidup mereka ini berkiblatkan POLITIK semata-mata dan sememangnya mereka ini tidak memahami tugasan lain. Dewa politik hanya tahu bab politik sahaja. Jika beliau tahu bab lain sekali pun, ianya terpaksa dan dipaksa disembunyikan dari pengetahuan umum agar panggilan DEWA POLITIK itu lebih terserlah.

Jika sbeleum PRU-12 dahulu mereka berusaha gigih untuk menjadi dewa politik, kini mereka telah pun dilantik sebagai dewa. Kegigihan mereka memerangi UMNO/BN yang digelar syaitan pada masa itu. Kuasa dewa mereka memang diakui oleh manusia yang mempunyai IQ/EQ yang rendah.

Oleh kerana mereka sudah menjadi dewa, maka rasa MEGAH dengan diri sendiri timbul dalam diri masing-masing. Sehinggakan ada yang menafikan kebesaran serta keagungan pencipta mereka sendiri!!!

Oleh kerana masing-masing telah menjadi dewa maka mereka semua mengganggap diri sendiri adalah yang terbaik. Keretakan hubungan antara dewa-dewa ini sudah kelihatan dan semakin parah.

Dikhabarkan berita bahawa perbalahan antara dewa utara dengan dewa barat telah pun tercetus. Dewa Kelantan dengan dewa Terengganu, dewa Pahang dengan ketua dewanya dan banyak lagi.


Tidak terlepas juga dewa pulau pinang yg mengganggap diri sendiri suci dan patut disembah oleh rakyat kini telah pun dilemparkan najis oleh rakyat serta pengikutnya.

Hebatnya kuasa politik dewa-dewa itu semasa PRU-12 dahulu telah terbawa-bawa sehingga kini. Sampaikan dengan geng sendiri pun mereka menggunakan kuasa tersebut.

Dewa politik melawan dewa politik. Politik sesat.

Namun demikian, lain pula dengan kelompok yang digelar mereka sebagai syaitan iaitu UMNO/BN. Kumpulan ini nampak sudah semakin pulih dari kesan perperangan dengan dewa politik itu. Mereka juga kini sedang berusaha bersungguh-sungguh memulih serta membersihkan nama ‘syaitan’ yg diberikan kepada mereka dahulu.

Mereka semakin maju ke depan dan semakin meninggalkan dewa-dewa politik itu dengan labu-labunya.

Tumpuan mereka lebih kepada kesejahteraan rakyat dan bukannya menumpukan kepada politik seperti yang diamalkan oleh para dewa tersebut.

Seperti yang dikatakan tadi, oleh kerana mereka ini dewa politik...maka, hanya politiklah yang layak untuk mereka semua. Urusan ekonomi, sosial, pentadbiran dan sebagainya lagi adalah bukan bidang yang layak untuk mereka. Sentuh politik ok..jika mereka sentuh hal-hal lain..maka rosak binasalah Negara/negeri tersebut.

Di negeri Kelantan upamanya...selama 20 tahun diberi peluang untuk mentadbir...apa yang jadi kini adalah jawapan kepada semuanya. Di perak setahun ( nasib baik setahun sahaja ). Di pulau pinang dan Selangor..apa sudah jadi..siang pandang-pandang dan malam dengar-dengar.

Kini, dewa-dewa itu semuanya sudah panas punggung. Panas punggung kerana ego mereka sendiri. Kerana kesilapan mereka sendiri. Mereka tidak reti perkara lain selain politik.

Ingatlah wahai dewa-dewa sekalian, kedudukan tuan-tuan sebagai dewa politik adalah satu pemberian dan disokong oleh rakyat jelata. Janganlah sampai rakyat naik muak dengan tuan-tuan sekalian dan menggugurkan kedudukan tuan-tuan sebagai dewa di satu masa nanti.

Jika dahulu tuan-tuan mengajak rakyat memerangi UMNO/BN dengan alas an kononya mereka itu ‘syaitan’....tetapi nampaknya ‘syaitan’ sebenar adalah tuan-tuan yang kononnya menganggap diri sendiri adalah dewa yang patut disembah oleh rakyat.

Nampaknya rakyat sudah mula sedar..siapa setan dan siapa dewa yang sebenarnya..tunggulah hari yang dipanggil ‘judgement day’ tidak lama lagi. Masa itu rakyat menjadi dewa dan akan memusnahkan dewa-dewa politik palsu yang telah membohongi mereka selama ini.

PAKCIK Ingatkan aman sampai ke petang, tapi rupa-rupanya ada kilat sabung menyabung di siang hari.




Ahad, 24 Januari 2010

Kalimah ALLAH : manipulasi Geng SETAN


‘Shut your fucking mouth’ – itulah kata-kata semua rakyat kepada barua-barua yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu ini. Rakyat yang AMAT cintakan keamanan sudah mula merasakan KELOYAAN di tekak masing-masing terhadap tindak tanduk barua tersebut.

Isu yang diputar-putar dan mencirit di sana sini yang hampir-hampir menjahamkan keamanan Negara. Namun dengan kebijaksanaan dan sikap ada otak oleh rakyat, keamanan Negara masih terpelihara. Walau pun adanya isu-isu terpencil, namun ianya bukanlah sesuatu yang menggambarkan keadaan keseluruhan dalam Negara ini.

TAHNIAH KEPADA KITA SEMUA...

Walau pun keadaan kemanan Negara berada dilandasannya, namun masih lagi ada si pencucuh api. Pencucuh api terutamanya mereka daripada parti pembangkang. Nampak sahaja satu-satu isu yang muncul..ada sahaja bahan bakar yang mereka gunakan. Bahan bakar yang akan membakar semuanya termasuk BATU penanda kubur.

Demi cita-cita menjatuhkan kerajaan sedia ada, mereka sanggup berpura-pura dengan perasaan rakyat. rakyat bukannya bodoh. Rakyat kini dapat melihat apa LAKONAN yang cuba dimainkan oleh orang politik. Rakyat sudah SEDAR tentang apa yang orang politik cuba lakukan.

Bukan mahu mengata tapi ia adalah kebenaran. Kebenaran bilamana melihat pemimpin-pemimpin PR yang berduyung-duyung melawat satu gereja di bakar. Tok guru nik aziz juga tidak terlepas mengambil kesempatan yang ada melawatnya. Jika Khalid Ibrahim yang pergi tidak apa..tetapi tok guru yang berada di Kota Bharu sanggup pergi ke sana.

Berlainan pulanya bilamana surau atau pun masjid dijadikan sasaran. Tiada pula nampak pemimpin pembangkang yang KONONnya penuh rasa simpati itu pergi melawat atau pun mengeluarkan kenyataan kencaman terhadapnya.

Itulah dia..nak jaga parti atau pun agama.

Isu ini sudah DIJADIKAN isu politik. Barua-barua seperti Khalid samad seharusnya dikenakan tindakan ISA kerana kenyataannya berunsur politik yang boleh menghuru-harakan Negara ini. Jika budak sekolah yang menulis dalam facebook ditahan dan didakwa, kenapa tidak pada orang-orang seperti pemimpin PAS itu.

Jika semua pemimpin politik tidak menambah bahan api (seperti yang sedang dilakukan oleh beliau), perkara yg tidak dikehendaki itu tidak akan terjadi.

Kepada DS Hishamudin selaku Menteri Dalam Negeri, keluarkanlah kuku yang ada pada tuan dan garulah pada mana-mana malaun-malaun yang cuba mengkhianati aspirasi keamanan rakyat. malaun-malaun yang cuba membakar secara terbuka atau pun secara TERSIRAT.

Tidak payahlah bertolak ansur terhadap mereka ini. Contohilah apa yang telah dilakukan oleh TUN. Ketegasan serta ketangkasan TUN bertindak terhadap mana-mana mereka yang cuba menggugat keamanan Negara amatlah dihargai.

TUN tidak mengira siapa..biarpun DS Anwar sekali pun. Orang yang pernah berada di sebelah kanannya. Ditangkap dan dikurung agar tidak menyesatkan rakyat yang lain.

Saya selaku rakyat yang mempunyai kawan dari pelabagai bangsa dan latar belakang agama tidak rela keamanan ini dimusnahkan oleh barua-barua politik murahan.

BARUA-BARUA SETAN bertopengkan manusia yang memanipulasikan agama untuk tujuan politik.

Kepada barua itu sekali rakyat menyeru – SHUT UP YOUR FUCKING MOUTH!!!...



Rabu, 20 Januari 2010

Rokok RM50 sebungkus – wow..idea yang cerdik!!!



Akhbar semalam melaporkan satu idea yang paling bernas di dengar di abad ini berkenaan cadangan seorang ahli politik untuk menaikkan harga rokok sehingga ke tahap yang paling gaban iaitu RM50.00 sekotak. Bunyinya amat hebat sekali di telinga tetapi terasa geli di hati.

Katanya dengan harga sedemikian maka ianya akan dapat mengurangkan perokok di Negara ini.

Idea tersebut nampaknya dibuat dalam keadaan terlalu emosional dan tidak memikirkan bab-bab atau kitab-kitab lain yang bersangkutan dengan rokok tersebut.

Menghisap rokok adalah satu tabiat atau pun bahasa baik dipanggil budaya pada seseorang yang diberi pangkat perokok tegar. Tabiat yang telah lama diamalkan oleh seseorang perokok. Celik mata – rokok. Gerak sikit – rokok. Makan – rokok. Minum – rokok. Sembang – rokok. Main – rokok. Nak tidur pun masih ingat rokok.

Jika ianya sudah dipanggil tabiat atau budaya...

Apa pun yg orang kata, para penggemar rokok tidak akan menoleh ke belakang. Mereka akan tetap maju ke hadapan dengan bayangan rokok di depan mereka. Mereka akan tetap setia pada yang satu. 1rokok 1malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, pelbagai jenama rokok boleh didapati di pasaran kini. Kedai pak mat spoket kat kampong saya pun menjual rokok. Bukan setakat rokok-rokok berjenama, tetapi rokok yang takde jenama atau entah jenama apa pun dijual. Malahan ianya lebih banyak daripada rokok berjenama atau yang dipanggil rokok ‘halal’.

Cadangan itu amat bernas sekali. Bila ianya naik, maka orang biasa tidak akan mampu membelinya. Maka dengan sendiri pengeluar rokok akan bankrap. Serampang banyak mata. Orang tidak akan hisap rokok dan sekaligus dapat menutup kilang rokok.

Sedar atau tidak, rokok-rokok ‘halal’ itu sudah tidak berapa diminati lagi oleh golongan perokok terutamanya mereka di luar bandar. Jika dilihat pada scenario hari ini, dapat dibandingkan antara rokok ‘halal’ dengan rokok ‘haram’.

Jualan rokok ‘haram’ melebihi rokok ‘halal’. Lebih kurang 1:5 dan kadang-kala boleh mencecah 1:10.


Itu baru sahaja harga rokok ‘halal’ yg paling mahal adalah dalam lingkungan RM 9.30 bagi yang berisi 20 batang. Cuba bayangkan jika ianya dinaikkan kepada RM 50.00 sekotak?? Mungkin ianya akan menjadi (negative) -50:10..entahlah..

Seperti yang dinyatakan tadi, rokok ‘halal’ yang dijual dengan harga Rm 9.30 sudah tidak berapa diminati oleh orang ramai. Mereka sudah berevolusi kepada rokok murah yang ‘rasa’nya seakan-akan rokok mahal tersebut.

Malahan, rokok ‘haram’ itu pun mudah diperolehi. Kadang-kala ianya dibekalkan oleh pegawai-pegawai kastam yang menjaga sempadan. Boleh dibeli dengan kuantiti yang banyak. Sekali beli satu katun. Lagi jimat katanya berbanding rokok ‘halal’ yang mahal itu.

Situasi ini amat jelas merugikan kerajaan sama sekali. Rugi dari segi pendapatan cukai hasil rokok ‘halal’ tersebut. Janganlah pula pengeluar rokok ‘halal’ membuat demo kepada pihak kerajaan. demo kerana tidak tahan dengan kerugian yang terpaksa mereka alami disebabkan oleh harga tersebut. Kerugian kerana rakyat tidak lagi membeli barangan mereka..tetapi membeli rokok-rokok ‘haram’ yang berleluasa di pelusuk Negara ini.

Seperti yang budak darjah empat royak kepada saya. Kerajaan saja nak naikkan harga rokok sebab nak dapat cukai yang banyak. Cukai dari hasil tembakau yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Katanya lagi...ini adalah salah satu propaganda kerajaan untuk naikkan harga rokok dalam masa yg terdekat ini. Inilah kenyataan permulaan...walau pun tidak dinaikkan sehingga RM50 sekotak..namun akan ada kenaikkannya tidak lama lagi.

Bagi saya, itulah percakapan orang politik. Keluar kenyataan ikut sedap mulut sahaja. Jika nak sedap lagi..tambahkanlah nilai harga rokok baru kepada RM1000.00 ke sebungkus. Barulah bunyinya gah di telinga rakyat.

Kalau nak naikkan harga rokok..naikkanlah mengikut pertimbangan yang sewajarnya. Rakyat tahu kerajaan sekarang amat memerlukan wang untuk memulihkan ekonomi.

Kenapa rokok yg dipanggil rokok ‘haram’ itu ‘halal’ di Negara asalnya. Masuk sahaja Negara ini, ianya menjadi rokok ‘haram’.

jika kerajaan berhasrat untuk menghalang perokok menghisap rokok..adalah lebih baik tutup sahaja kilang rokok dan menjaga pintu masuk Negara (termasuk jaga kastam-nya sendiri) dengan sewajarnya agar rokok-rokok ‘haram’ tidak dapat masuk ke Negara ini.

Kes rokok sama dengan kes gula.




Selasa, 12 Januari 2010

Projek sakit dan takde kualiti




Seorang timbalan pengarah jkr ada menyatakan beliau amat kecewa dengan prestasi pihak kontraktor yang dilantik dalam melaksanakan projek-projek kerajaan. Projek dahle lewat, banyak masalah pulak tu. Ada kepelbagaian masalah kualiti yang dihadapinya kini berpunca daripada sikap kontraktor bangang.

Katanya lagi..segala surat yang dihantar kepada kontraktor sama ada untuk mempercepat, membaiki kualiti dan membaiki segala kerosakan adalah tidak dilayan sama sekali. Pengurus Besar (JKR) bagi surat..letak tepi malahan surat daripada beliau sendiri selaku Timbalan Pengarah (JKR) juga tidak dilayan oleh kontraktor terbabit.

Katanya juga...biarpun projek telah siap, tetapi segala kerosakan atau kecacatan haruslah di baiki oleh kontraktor terbabit kerana ianya masih dalam tanggungjawab kontraktor tersebut sehingga tempoh yg ditetapkan mengikut kontrak.

Tapi apa yang dihairankannya...bila mana surat dihantar oleh Ketua Pengarah atau mana-mana KCK cepat pula diambil tindakan oleh kontraktor terbabit. Tambahan pula kalau surat tu dari mana-mana menteri..bedesut kontraktor bodoh itu melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Kalau beginilah sikap kontraktor di Negara ini...sampai bila pun kualiti pembinaan Negara ini akan menjadi tunggang langgang. Jadi macam beruk dapat pisang. Dahlah nak siapkan projek terhegeh-hegeh..selepas itu buat kerja macam orang zaman batu. Tidak tahu apa itu kualiti dan apa itu prosedur. Dua hari siap, situ sini kecacatan...major defect pulak tu.

Bila tegur..melenting...lepas melenting mulalah cari jalan nak musnahkan orang yang menegur. Ada juga yang nak bagi rasuah...koyak semuanya.

Saya nasihatkan kepada kontraktor sedemikian...jika tidak mahu melayan dan mendengar nasihat mereka yang ditempatkan di tapak..adalah lebih baik anda cadangkan kepada kerajaan agar memansuhkan sistem penyeliaan projek sedia ada.

Tidak payahlah kerajaan meletakkan pasukan pengarah seperti timbalan pengarah, pengurus besar kanan, pengurus besar, timbalan pengurus, technician dan pasukan perunding serta akitek dalam satu-satu projek itu. Buang masa dan buang duit rakyat sahaja.

Biarlah menteri atau pun ketua-ketua pengarah yang menjaga projek. Buat ofis kat tapak. Duduk situ dua puluh empat jam. Jangan pergi kemana-mana. Hanya layan awak yang kononnya mempunyai kabel besar kepala keretapi atau pun besar pohon kelapa.

Buatlah sesuka hati anda dan apa2 masalah terus dapat rujuk menteri atau pun ketua pengarah ditapak projek tersebut.

Beginilah jadinya bila kontraktor dan ahli politik saling bergantung di telur masing-masing. Rosak binasa.

Saya tidak hairan bilamana keluar dari mana-mana berita atau akhbar tentang projek yang sakit dan bermasalah..kesemuanya adalah berpunca dari pihak kerajaan sendiri. Pegawai kerajaan yang merosakkan kerajaan.

Siapa dapat nama??? UMNO atau kerajaan Barisan Nasional...Punah dengan sendiri kerana perbuatan mereka sendiri.