Rabu, 20 Januari 2010

Rokok RM50 sebungkus – wow..idea yang cerdik!!!



Akhbar semalam melaporkan satu idea yang paling bernas di dengar di abad ini berkenaan cadangan seorang ahli politik untuk menaikkan harga rokok sehingga ke tahap yang paling gaban iaitu RM50.00 sekotak. Bunyinya amat hebat sekali di telinga tetapi terasa geli di hati.

Katanya dengan harga sedemikian maka ianya akan dapat mengurangkan perokok di Negara ini.

Idea tersebut nampaknya dibuat dalam keadaan terlalu emosional dan tidak memikirkan bab-bab atau kitab-kitab lain yang bersangkutan dengan rokok tersebut.

Menghisap rokok adalah satu tabiat atau pun bahasa baik dipanggil budaya pada seseorang yang diberi pangkat perokok tegar. Tabiat yang telah lama diamalkan oleh seseorang perokok. Celik mata – rokok. Gerak sikit – rokok. Makan – rokok. Minum – rokok. Sembang – rokok. Main – rokok. Nak tidur pun masih ingat rokok.

Jika ianya sudah dipanggil tabiat atau budaya...

Apa pun yg orang kata, para penggemar rokok tidak akan menoleh ke belakang. Mereka akan tetap maju ke hadapan dengan bayangan rokok di depan mereka. Mereka akan tetap setia pada yang satu. 1rokok 1malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, pelbagai jenama rokok boleh didapati di pasaran kini. Kedai pak mat spoket kat kampong saya pun menjual rokok. Bukan setakat rokok-rokok berjenama, tetapi rokok yang takde jenama atau entah jenama apa pun dijual. Malahan ianya lebih banyak daripada rokok berjenama atau yang dipanggil rokok ‘halal’.

Cadangan itu amat bernas sekali. Bila ianya naik, maka orang biasa tidak akan mampu membelinya. Maka dengan sendiri pengeluar rokok akan bankrap. Serampang banyak mata. Orang tidak akan hisap rokok dan sekaligus dapat menutup kilang rokok.

Sedar atau tidak, rokok-rokok ‘halal’ itu sudah tidak berapa diminati lagi oleh golongan perokok terutamanya mereka di luar bandar. Jika dilihat pada scenario hari ini, dapat dibandingkan antara rokok ‘halal’ dengan rokok ‘haram’.

Jualan rokok ‘haram’ melebihi rokok ‘halal’. Lebih kurang 1:5 dan kadang-kala boleh mencecah 1:10.


Itu baru sahaja harga rokok ‘halal’ yg paling mahal adalah dalam lingkungan RM 9.30 bagi yang berisi 20 batang. Cuba bayangkan jika ianya dinaikkan kepada RM 50.00 sekotak?? Mungkin ianya akan menjadi (negative) -50:10..entahlah..

Seperti yang dinyatakan tadi, rokok ‘halal’ yang dijual dengan harga Rm 9.30 sudah tidak berapa diminati oleh orang ramai. Mereka sudah berevolusi kepada rokok murah yang ‘rasa’nya seakan-akan rokok mahal tersebut.

Malahan, rokok ‘haram’ itu pun mudah diperolehi. Kadang-kala ianya dibekalkan oleh pegawai-pegawai kastam yang menjaga sempadan. Boleh dibeli dengan kuantiti yang banyak. Sekali beli satu katun. Lagi jimat katanya berbanding rokok ‘halal’ yang mahal itu.

Situasi ini amat jelas merugikan kerajaan sama sekali. Rugi dari segi pendapatan cukai hasil rokok ‘halal’ tersebut. Janganlah pula pengeluar rokok ‘halal’ membuat demo kepada pihak kerajaan. demo kerana tidak tahan dengan kerugian yang terpaksa mereka alami disebabkan oleh harga tersebut. Kerugian kerana rakyat tidak lagi membeli barangan mereka..tetapi membeli rokok-rokok ‘haram’ yang berleluasa di pelusuk Negara ini.

Seperti yang budak darjah empat royak kepada saya. Kerajaan saja nak naikkan harga rokok sebab nak dapat cukai yang banyak. Cukai dari hasil tembakau yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Katanya lagi...ini adalah salah satu propaganda kerajaan untuk naikkan harga rokok dalam masa yg terdekat ini. Inilah kenyataan permulaan...walau pun tidak dinaikkan sehingga RM50 sekotak..namun akan ada kenaikkannya tidak lama lagi.

Bagi saya, itulah percakapan orang politik. Keluar kenyataan ikut sedap mulut sahaja. Jika nak sedap lagi..tambahkanlah nilai harga rokok baru kepada RM1000.00 ke sebungkus. Barulah bunyinya gah di telinga rakyat.

Kalau nak naikkan harga rokok..naikkanlah mengikut pertimbangan yang sewajarnya. Rakyat tahu kerajaan sekarang amat memerlukan wang untuk memulihkan ekonomi.

Kenapa rokok yg dipanggil rokok ‘haram’ itu ‘halal’ di Negara asalnya. Masuk sahaja Negara ini, ianya menjadi rokok ‘haram’.

jika kerajaan berhasrat untuk menghalang perokok menghisap rokok..adalah lebih baik tutup sahaja kilang rokok dan menjaga pintu masuk Negara (termasuk jaga kastam-nya sendiri) dengan sewajarnya agar rokok-rokok ‘haram’ tidak dapat masuk ke Negara ini.

Kes rokok sama dengan kes gula.




0 ulasan: