Selasa, 9 Februari 2010

Penjawat Awam



Pelbagai cerita-ceriti berkenaan penjawat awam yang diluahkan oleh orang awam. Aduan-aduan yang diluahkan oleh rakyat seringkali terdengar sama ada melalui berita tv, akhbar dan juga blog-blog di alam maya.

Penjawat-penjawat awam terutamanya yang berurusan terus dengan rakyat seperti guru, polis, pegawai PBT/ majlis bandaran, hospital, pejabat tanah, jkr dan sebagainya lagi.

Selain daripada isu rasuah, isu-isu seperti ketidakcekapan dan ketiadaan upaya dalam melaksanakan tugas seringkali menjadi buah mulut rakyat terhadap penjawat awam.

Walaupun SISTEM pentadbiran yang diamalkan oleh pihak kerajaan adalah terbaik dan bertaraf antarabangsa, namun wujud juga kelemahan-kelemahan tertentu yang menyebabkan rakyat merungut.

Kelemahan yang wujud bukanlah berpunca daripada sistem, tetapi dari kelemahan manusia yang menguruskan dan menggerakkan sistem tersebut.

Sehingga kini tanggapan rakyat terhadap penjawat awam amat menyedihkan sekali. Dari pangkat yang tinggi kepada yang rendah, ada sahaja pandangan negative terhadap mereka. Pegawai mahu pun kakitangan sokongan.

Namun sedar atau tidak, kebiasaannya urusan harian antara penjawat awam dengan rakyat adalah diuruskan oleh pihak bawahan atau pun kakitangan sokongan.

Kita seringkali mendengar pertanyaan bila seseorang itu mendapat pekerjaan dalam penjawatan awam seperti berikut. “ Awak pakai kabel ke?”, “ Pakai kabel besar ke?”, “ Siapa kabel awak?” dan berbagai lagi persoalan yang berkaitan KABEL tersebut.

Ramai yang menafikan tetapi itulah hakikatnya mereka yang berada dalam jawatan awam terutamanya daripada kakitangan bawahan atau pun kakitangan sokongan.

CARITA KABEL

Saya pernah bekerja disalah satu syarikat pembinaan bumiputra yang berpusat di Selangor. Ramai kakitangan syarikat diambil dari kalangan kenalan dan sanak saudara.

Kebanyakkan yang diambil dan DIBERI PERHATIAN yang berlebihan oleh pihak syarikat itu sebenarnya adalah perosak kepada syarikat itu sendiri.

Ianya berbeza dengan mereka yang memohon dan terpaksa melalui jalan yang susah untuk mendapatkan kerja di syarikat tersebut. Mereka ini mempunyai tahap kemahiran dan semangat untuk melaksanakan tugasan harian dengan penuh bersemangat dan berdedikasi.

Bagi yang mempunyai tali persaudaraan atau pun yang masuk secara kabel, mereka ini merasakan diri mereka berada dalam keadaan yang selesa dan tiada apa yang perlu diragukan walau pun mereka tidak melakukan apa-apa untuk kepentingan syarikat.

Bermula daripada pencuci sampah, pemandu dan sehinggalah pegawai-pegawai penting syarikat. Ketiadaan upaya dan keselesaan yang diberikan itu membuatkan mereka ini tidak produktif serta membuang masa dengan perkara yang tidak berkaitan dengan urusannya.

Syarikat tersebut pada asalnya berkembang dengan baik tetapi kini khabarnya sudah pun mengecil dan tidak gah seperti mana ketika saya dan kawan-kawan lain berada bersamanya. Malahan, mereka yang benar-benar ingin bekerja tidak lagi berani untuk memohon dengan syarikat tersebut.

Itu cerita dan pengalaman saya ketika bersama syarikat swasta. Satu syarikat yang memerlukan kakitangan bekerja secara efektif dalam mencari keuntungan syarikat. Bagaimana pula dengan pihak kerajaan??

Saya percaya perkara yang wujud dalam perkhidmatan awam kini adalah berpunca daripada kakitangan yang diambil secara KABEL dan bukannya diatas kapasiti serta kebolehannya dalam sesuatu bidang.

Mereka yang merasakan diri dipayungi, dilindungi serta di dibelai oleh mereka yang dikenali atau bersaudara akan menyebabkan produktiviti kerja mereka merosot dari masa ke semasa.

Kebanggaan dalam diri kerana mereka ini mempunyai kabel akan menyebabkan mereka bertindak sombong dan berlagak ketika berurusan sama ada dengan rakan di tempat kerja atau pun dengan rakyat.

Selain daripada itu, kebanyakkan kakitangan yang berdepan dengan rakyat adalah terdiri daripada mereka yang telah lanjut usia. Mereka yang berusia diantara 45-55an yang hampir ke tahap pencen kebiasaannya mempunyai kudrat yang kurang dalam memberi tumpuan terhadap tugasnya.

Pergerakan serta tindakbalas mereka tidak sama dengan mereka yang berada pada umur 20-40an. Pada umur sebegini mereka lebih memikirkan soal hidup sendiri berbanding lain-lain hal terutamanya pekerjaan yang mereka lakukan.

Persepsi mereka yang telah lama terbentuk dalam fikiran masing-masing, kurang atau lebih kerja yang dilakukan, gaji tetap akan dimasukkan ke dalam akaun mereka. Setiap tahun pasti ada bonus dan jika bernasib baik, boleh naik pangkat.

Saya cadangkan agar kakitangan yang berumur tidak lagi diletakkan dibarisan hadapan yang memerlukan satu-satu urusan atau pun operasi yang cepat dan tepat terutamanya dalam berurusan dengan masyarakat awam.

Sistem VSS juga boleh dilaksanakan terhadap mana-mana kakitangan awam oleh pihak kerajaan dalam memastikan jabatan mereka dinilai tinggi oleh masyarakat.

Kesimpulannya, selain daripada KABEL dan peringkat umur banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam memastikan kejayaan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN dan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju sangat2...

masalah kakitangan kerajaan sekarang sebab ramai sangat kot orang kelantan...sebab tu rmai orang kelantan dapat kerja kalau yang interbiu tu orang kelantan...

salam kelantan

Tanpa Nama berkata...

Low Risk High Return Profession, kebanyakan pendapat umum mengatakan begitu, kerja untuk mendapatkan pendapatan yang minima tetapi dengan tannggungjawab yang rendah. Saya ditempat saya boleh diperhatikan kakitangan kerajaan kebanyakkannya "merayau2 atau lepak dikedai kopi dalam waktu kerja adalah perkara biasa", fenomena sebegini sudah menjadi lumrah, walaupun tidak semua tetapi menjangkau majoriti penjawat awam. kita berhadapan dengan keadaan masayarakat yang telah korup, kena ingat penjawat awam juga adalah sebahagian daripada masyarakat kita yang korup. Budaya "ejas, spelek, ngetek, ambik," telah menjadi begitu sinonim dalam masyarakat kita. Di kampung kita akan terjumpa dengan orang yang mendapat bantuan JKM dimasa yang sama tinggal dirumah cantik, anak kesekolah dengan motosikal baru, entahlah apa nak jadi, disekolah, anak golongan yang memiliki harta dan kewangan yang selesa mendapat bantuan KWAPM, Baucer Tusyen dan lain2, ini dianggap biasa, tidak terlintas difikiran meraka tentang halal haram duit yang diperolehi dengan cara tak betul, Ejas saja..., anak saya kesekolah kayuh basikal, saya terangkan kepada anak saya kenapa tak membenarkan mereka membawa motosikal kesekolah,saya ceritakan kepada mereka dari segi moral pun salah, dan dari segi undang-undang pun salah kesekolah dengan motosikal, tetapi zaman sekarang, dikelantan terutamanya lebih dari separuh pelajar melayu kesekolah dengan motosikal, pk lah sendiri, Cuba jenguk kesekolah-sekolah cina, bandingkan, pklah sendiri, "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"

WALLAHUALAM

AZMAN>>RAKAN SEPEJABAT POKCIK