Rabu, 10 Februari 2010

TEORI kedai Kopi – YM Ku LI



Isu YM Ku Li berceramah di atas pentas PAS baru-baru ini menjadi buah mulut rakyat. ceramah berkenaan wang royalty minyak untuk negeri Kelantan. Rakyat (terutamanya orang UMNO) menjadi bingung kerana telatah YM Ku Li itu.

Berbual di kedai kopi bersama-sama rakan, kami mempunyai persamaan dalam meneliti telatah YM Ku Li ini. Kesimpulan yang dapat kami buatkan boleh dikatakan sebagai satu TEORI sahaja. Satu teori yang diperolehi dari sikap dan sifat YM Ku Li itu sendiri sebagai seorang AHLI POLITIK.

Sebagai ahli politik, percaturan politik harus diutamakan demi kejayaan dan cita-cita. Terdapat tiga (3) teori yang dapat diberikan berkenaan tingkah laku YM Ku LI berkenaan isu-isu semasa dalam politik kini.


TEORI 1

Ramai pihak berpendapat dan mempercayai bahawasanya DS Anwar Ibrahim tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang. Tindakan yg disabitkan diatas tuduhan liwat terhadap pembantunya itu akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Tindakan itu akan menyebabkan PKR/PR hilang ketuanya. Kerusi yang kosong perlu diisi oleh seseorang yang mempunyai kredibiliti atau pengaruh sepertinya. Walaupun Dato’ Zaid (bekas menteri) berada bersama-sama PKR, namun auranya tidaklah setanding DS Anwar.

Jadi, perancangan awal perlu dilakukan oleh beliau sebagai persediaan untuk mengambil-alih kerusi tersebut jika ditakdir DS Anwar terpaksa mengosongkannya. Ucapan-ucapan serta tulisannya itu menjurus dan menampakkan seolah-olah menyokong pihak pembangkang bagi menanam keyakinan ahli pembangkang bahawasanya beliau adalah orang yang layak menduduki kerusi yang ditinggalkan nanti.


TEORI 2

Semua ahli politik mempunyai cita-citanya yang tersendiri. Tidak dinafikan dengan YM Ku Li. Sejarah telah tertulis bahawasanya beliau pernah bertanding untuk merebut jawatan Presiden UMNO. jawatan Presiden UMNO akan melayakkan beliau menduduki kerusi Perdana Menteri.

Malahan, beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya bertanding jawatan tersebut ketika mana rakyat menolak kepimpinan Tun Abdullah Badawi ketika dahulu. Itu merupakan serkap jarang beliau.

Dengan penggubalan Perlembagaan UMNO yang tidak menetapkan KUOTA untuk seseorang bertanding jawatan Presiden, maka peluang untuk beliau bertanding sekali lagi terbuka luas.

Langkah awalan yang diambil oleh beliau adalah cuba mengambil-hati rakyat jelata dengan sikap yang lebih memihak kepada rakyat. isu-isu seperti ketidak-adilan yang dibangkitkan baru-baru ini adalah satu strategi beliau dalam menempuh perjalanan sebelum menawarkan diri bertanding jawatan Presiden UMNO nanti.


TEORI 3

YM Ku LI pernah menyebut, penggal ini merupakan penggal terakhir beliau sebagai ahli Parlimen Gua Musang. Beliau berhasrat untu bersara daripada politik untuk selama-lamanya.

Memikirkan beliau akan BERSARA, maka mana-mana perkara yang tidak betul pada pandangan beliau berkenaan kerajaan adalah perlu ditegurnya. Seperti yang dilakukan oleh TUN Mahathir setelah keluar daripada kerajaan.

Hadiah beliau kepada rakyat terutamanya rakyat Kelantan sebelum beliau bersara. Beliau akan dikenang selama-lamanya oleh rakyat jika ianya benar-benar berlaku di suatu hari nanti.

Teori-teori yang dikemukakan merupakan teori kedai kopi saya dan rakan-rakan selaku rakyat marhaen. Kebenaran mana-mana teori tadi adalah berada pada YM Ku Li sendiri.

Jika beliau bermain politik dan perasaan rakyat..maka kami akan menanggap beliau sebagai ahli politik. Ahi politik yang tiada beza dengan ahli politik yang lain.Tiada bezanya...

Jika tujuannya untuk rakyat, maka kami doakan beliau sentiasa dirahmati oleh Allah swt hendaknya.

Rabu, 22 Julai 2009

Antara Manek Urai dan Gua Musang



Walau pun mengalami kekalahan di Manek Urai, pihak BN masih lagi bersemangat untuk memberikan pembangunan kepada kawasan tersebut. Usaha tersebut perlulah dipuji dan terima kasih di ucapkan. Harapan kerajaan BN untuk menjadikan Manek Urai sebagai satu-satunya kawasan contoh pembangunan yang ingin dibawa oleh pihak kerajaan amatlah dialu-alukan. Terima kasih diucapkan sekali lagi.

Persoalan saya adalah, jika BN yang telah nyata mengalami kekalahan tetapi masih berhasrat untuk membangunkan kawasan tersebut, bagaimana pula dengan Gua Musang?

Padahal, umum tahu bahawasanya Gua Musang dan Jeli merupakan pertahanan kerajaan BN di Kelantan. Gua Musang dikepalai oleh YM Tg Razaleigh Hamzah manakala Jeli pula dikepalai oleh Tok Pa.

Apa yang menarik tentang rakyat Gua Musang, kemana sahaja arah perjuangan beliau akan diikuti oleh rakyat. JASA BELIAU KEPADA RAKYAT GUA MUSANG MENGATASI SEGALA – GALANYA.

Dapat dilihat, sejak beliau balik semula ke pangkuan UMNO, Parlimen Gua Musang juga kembali kepada UMNO. Sudah dua tiga penggal Gua Musang dibawah UMNO. Namun tidak pernah kendengaran bahawasanya kerajaan akan menjadikan Gua Musang sebagai kawasan anak emas, anak angkat, kawasan contoh pembangunan atau pun sebagainya lagi.

Jika Manek Urai satu DUN yang kecil dan kalah pula dijanjikan berbagai kemudahan, bagaimana pula dengan Gua Musang yang kerusi ADUN dan 2 DUN-nya di miliki oleh BN?

Tengku sudah banyak melakukan pengorbanan terhadap UMNO. Beliau sanggup membubarkan partinya Semangat 46 dan masuk UMNO. Beliau telah memulihkan sedikit sebanyak sokongan rakyat kelantan terhadap UMNO/BN. Namun, beliau masih diketepikan oleh orang UMNO.

Beliau semakin disisihkan oleh orang UMNO. Padahal, semua orang tahu bahawasanya beliau amat dihormati oleh rakyat kelantan . ini juga diakui oleh pemimpin UMNO seluruh negara. Tetapi tiada seorang pun UMNO yang datang kepadanya dan BEKERJASAMA dalam melakukan banyak perkara sama ada di dalam dan luar negara. Kepentigan parti dan sebagainya.

UMNO/BN seharusnya membayar dengan harga yang setimpal terhadap segala pengorbanan beliau selama ini.

Banyak perkara yang dapat dilakukan di Gua Musang. Satu kawasan yang di pegang oleh Tengku. Namun ianya tidak seperti yang diharapkan. Kerajaan tidak seharusnya meninggalkan Tengku begitu sahaja tanpa memberikan apa yang sepatutnya terhadap beliau.

Tengku boleh memberi banyak sumbangan sama ada terhadap parti, bangsa, agama dan Negara. Cuma syaratnya, beliau diletakkan ditempat yang sepatutnya oleh UMNO dan bukannya disisihkan begitu sahaja.


Kesimpulannya, saya tidak menghalang hasrat kerajaan dalam mewujudkan Manek Urai sebagai satu-satunya kawasan contoh pembangunan di Kelantan. Tetapi demi maruah Tengku dan rakyat Gua Musang, kerajaan BN/UMNO seharusnya memberikan tumpuan yang lebih besar terhadapnya.

Persoalannya, kenapa Manek Urai dan bukannya Gua Musang?