Selasa, 9 Februari 2010

Penjawat Awam



Pelbagai cerita-ceriti berkenaan penjawat awam yang diluahkan oleh orang awam. Aduan-aduan yang diluahkan oleh rakyat seringkali terdengar sama ada melalui berita tv, akhbar dan juga blog-blog di alam maya.

Penjawat-penjawat awam terutamanya yang berurusan terus dengan rakyat seperti guru, polis, pegawai PBT/ majlis bandaran, hospital, pejabat tanah, jkr dan sebagainya lagi.

Selain daripada isu rasuah, isu-isu seperti ketidakcekapan dan ketiadaan upaya dalam melaksanakan tugas seringkali menjadi buah mulut rakyat terhadap penjawat awam.

Walaupun SISTEM pentadbiran yang diamalkan oleh pihak kerajaan adalah terbaik dan bertaraf antarabangsa, namun wujud juga kelemahan-kelemahan tertentu yang menyebabkan rakyat merungut.

Kelemahan yang wujud bukanlah berpunca daripada sistem, tetapi dari kelemahan manusia yang menguruskan dan menggerakkan sistem tersebut.

Sehingga kini tanggapan rakyat terhadap penjawat awam amat menyedihkan sekali. Dari pangkat yang tinggi kepada yang rendah, ada sahaja pandangan negative terhadap mereka. Pegawai mahu pun kakitangan sokongan.

Namun sedar atau tidak, kebiasaannya urusan harian antara penjawat awam dengan rakyat adalah diuruskan oleh pihak bawahan atau pun kakitangan sokongan.

Kita seringkali mendengar pertanyaan bila seseorang itu mendapat pekerjaan dalam penjawatan awam seperti berikut. “ Awak pakai kabel ke?”, “ Pakai kabel besar ke?”, “ Siapa kabel awak?” dan berbagai lagi persoalan yang berkaitan KABEL tersebut.

Ramai yang menafikan tetapi itulah hakikatnya mereka yang berada dalam jawatan awam terutamanya daripada kakitangan bawahan atau pun kakitangan sokongan.

CARITA KABEL

Saya pernah bekerja disalah satu syarikat pembinaan bumiputra yang berpusat di Selangor. Ramai kakitangan syarikat diambil dari kalangan kenalan dan sanak saudara.

Kebanyakkan yang diambil dan DIBERI PERHATIAN yang berlebihan oleh pihak syarikat itu sebenarnya adalah perosak kepada syarikat itu sendiri.

Ianya berbeza dengan mereka yang memohon dan terpaksa melalui jalan yang susah untuk mendapatkan kerja di syarikat tersebut. Mereka ini mempunyai tahap kemahiran dan semangat untuk melaksanakan tugasan harian dengan penuh bersemangat dan berdedikasi.

Bagi yang mempunyai tali persaudaraan atau pun yang masuk secara kabel, mereka ini merasakan diri mereka berada dalam keadaan yang selesa dan tiada apa yang perlu diragukan walau pun mereka tidak melakukan apa-apa untuk kepentingan syarikat.

Bermula daripada pencuci sampah, pemandu dan sehinggalah pegawai-pegawai penting syarikat. Ketiadaan upaya dan keselesaan yang diberikan itu membuatkan mereka ini tidak produktif serta membuang masa dengan perkara yang tidak berkaitan dengan urusannya.

Syarikat tersebut pada asalnya berkembang dengan baik tetapi kini khabarnya sudah pun mengecil dan tidak gah seperti mana ketika saya dan kawan-kawan lain berada bersamanya. Malahan, mereka yang benar-benar ingin bekerja tidak lagi berani untuk memohon dengan syarikat tersebut.

Itu cerita dan pengalaman saya ketika bersama syarikat swasta. Satu syarikat yang memerlukan kakitangan bekerja secara efektif dalam mencari keuntungan syarikat. Bagaimana pula dengan pihak kerajaan??

Saya percaya perkara yang wujud dalam perkhidmatan awam kini adalah berpunca daripada kakitangan yang diambil secara KABEL dan bukannya diatas kapasiti serta kebolehannya dalam sesuatu bidang.

Mereka yang merasakan diri dipayungi, dilindungi serta di dibelai oleh mereka yang dikenali atau bersaudara akan menyebabkan produktiviti kerja mereka merosot dari masa ke semasa.

Kebanggaan dalam diri kerana mereka ini mempunyai kabel akan menyebabkan mereka bertindak sombong dan berlagak ketika berurusan sama ada dengan rakan di tempat kerja atau pun dengan rakyat.

Selain daripada itu, kebanyakkan kakitangan yang berdepan dengan rakyat adalah terdiri daripada mereka yang telah lanjut usia. Mereka yang berusia diantara 45-55an yang hampir ke tahap pencen kebiasaannya mempunyai kudrat yang kurang dalam memberi tumpuan terhadap tugasnya.

Pergerakan serta tindakbalas mereka tidak sama dengan mereka yang berada pada umur 20-40an. Pada umur sebegini mereka lebih memikirkan soal hidup sendiri berbanding lain-lain hal terutamanya pekerjaan yang mereka lakukan.

Persepsi mereka yang telah lama terbentuk dalam fikiran masing-masing, kurang atau lebih kerja yang dilakukan, gaji tetap akan dimasukkan ke dalam akaun mereka. Setiap tahun pasti ada bonus dan jika bernasib baik, boleh naik pangkat.

Saya cadangkan agar kakitangan yang berumur tidak lagi diletakkan dibarisan hadapan yang memerlukan satu-satu urusan atau pun operasi yang cepat dan tepat terutamanya dalam berurusan dengan masyarakat awam.

Sistem VSS juga boleh dilaksanakan terhadap mana-mana kakitangan awam oleh pihak kerajaan dalam memastikan jabatan mereka dinilai tinggi oleh masyarakat.

Kesimpulannya, selain daripada KABEL dan peringkat umur banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam memastikan kejayaan slogan RAKYAT DIDAHULUKAN dan PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


Rabu, 20 Januari 2010

Rokok RM50 sebungkus – wow..idea yang cerdik!!!



Akhbar semalam melaporkan satu idea yang paling bernas di dengar di abad ini berkenaan cadangan seorang ahli politik untuk menaikkan harga rokok sehingga ke tahap yang paling gaban iaitu RM50.00 sekotak. Bunyinya amat hebat sekali di telinga tetapi terasa geli di hati.

Katanya dengan harga sedemikian maka ianya akan dapat mengurangkan perokok di Negara ini.

Idea tersebut nampaknya dibuat dalam keadaan terlalu emosional dan tidak memikirkan bab-bab atau kitab-kitab lain yang bersangkutan dengan rokok tersebut.

Menghisap rokok adalah satu tabiat atau pun bahasa baik dipanggil budaya pada seseorang yang diberi pangkat perokok tegar. Tabiat yang telah lama diamalkan oleh seseorang perokok. Celik mata – rokok. Gerak sikit – rokok. Makan – rokok. Minum – rokok. Sembang – rokok. Main – rokok. Nak tidur pun masih ingat rokok.

Jika ianya sudah dipanggil tabiat atau budaya...

Apa pun yg orang kata, para penggemar rokok tidak akan menoleh ke belakang. Mereka akan tetap maju ke hadapan dengan bayangan rokok di depan mereka. Mereka akan tetap setia pada yang satu. 1rokok 1malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, pelbagai jenama rokok boleh didapati di pasaran kini. Kedai pak mat spoket kat kampong saya pun menjual rokok. Bukan setakat rokok-rokok berjenama, tetapi rokok yang takde jenama atau entah jenama apa pun dijual. Malahan ianya lebih banyak daripada rokok berjenama atau yang dipanggil rokok ‘halal’.

Cadangan itu amat bernas sekali. Bila ianya naik, maka orang biasa tidak akan mampu membelinya. Maka dengan sendiri pengeluar rokok akan bankrap. Serampang banyak mata. Orang tidak akan hisap rokok dan sekaligus dapat menutup kilang rokok.

Sedar atau tidak, rokok-rokok ‘halal’ itu sudah tidak berapa diminati lagi oleh golongan perokok terutamanya mereka di luar bandar. Jika dilihat pada scenario hari ini, dapat dibandingkan antara rokok ‘halal’ dengan rokok ‘haram’.

Jualan rokok ‘haram’ melebihi rokok ‘halal’. Lebih kurang 1:5 dan kadang-kala boleh mencecah 1:10.


Itu baru sahaja harga rokok ‘halal’ yg paling mahal adalah dalam lingkungan RM 9.30 bagi yang berisi 20 batang. Cuba bayangkan jika ianya dinaikkan kepada RM 50.00 sekotak?? Mungkin ianya akan menjadi (negative) -50:10..entahlah..

Seperti yang dinyatakan tadi, rokok ‘halal’ yang dijual dengan harga Rm 9.30 sudah tidak berapa diminati oleh orang ramai. Mereka sudah berevolusi kepada rokok murah yang ‘rasa’nya seakan-akan rokok mahal tersebut.

Malahan, rokok ‘haram’ itu pun mudah diperolehi. Kadang-kala ianya dibekalkan oleh pegawai-pegawai kastam yang menjaga sempadan. Boleh dibeli dengan kuantiti yang banyak. Sekali beli satu katun. Lagi jimat katanya berbanding rokok ‘halal’ yang mahal itu.

Situasi ini amat jelas merugikan kerajaan sama sekali. Rugi dari segi pendapatan cukai hasil rokok ‘halal’ tersebut. Janganlah pula pengeluar rokok ‘halal’ membuat demo kepada pihak kerajaan. demo kerana tidak tahan dengan kerugian yang terpaksa mereka alami disebabkan oleh harga tersebut. Kerugian kerana rakyat tidak lagi membeli barangan mereka..tetapi membeli rokok-rokok ‘haram’ yang berleluasa di pelusuk Negara ini.

Seperti yang budak darjah empat royak kepada saya. Kerajaan saja nak naikkan harga rokok sebab nak dapat cukai yang banyak. Cukai dari hasil tembakau yang bernilai berjuta-juta ringgit.

Katanya lagi...ini adalah salah satu propaganda kerajaan untuk naikkan harga rokok dalam masa yg terdekat ini. Inilah kenyataan permulaan...walau pun tidak dinaikkan sehingga RM50 sekotak..namun akan ada kenaikkannya tidak lama lagi.

Bagi saya, itulah percakapan orang politik. Keluar kenyataan ikut sedap mulut sahaja. Jika nak sedap lagi..tambahkanlah nilai harga rokok baru kepada RM1000.00 ke sebungkus. Barulah bunyinya gah di telinga rakyat.

Kalau nak naikkan harga rokok..naikkanlah mengikut pertimbangan yang sewajarnya. Rakyat tahu kerajaan sekarang amat memerlukan wang untuk memulihkan ekonomi.

Kenapa rokok yg dipanggil rokok ‘haram’ itu ‘halal’ di Negara asalnya. Masuk sahaja Negara ini, ianya menjadi rokok ‘haram’.

jika kerajaan berhasrat untuk menghalang perokok menghisap rokok..adalah lebih baik tutup sahaja kilang rokok dan menjaga pintu masuk Negara (termasuk jaga kastam-nya sendiri) dengan sewajarnya agar rokok-rokok ‘haram’ tidak dapat masuk ke Negara ini.

Kes rokok sama dengan kes gula.




Selasa, 12 Januari 2010

Projek sakit dan takde kualiti




Seorang timbalan pengarah jkr ada menyatakan beliau amat kecewa dengan prestasi pihak kontraktor yang dilantik dalam melaksanakan projek-projek kerajaan. Projek dahle lewat, banyak masalah pulak tu. Ada kepelbagaian masalah kualiti yang dihadapinya kini berpunca daripada sikap kontraktor bangang.

Katanya lagi..segala surat yang dihantar kepada kontraktor sama ada untuk mempercepat, membaiki kualiti dan membaiki segala kerosakan adalah tidak dilayan sama sekali. Pengurus Besar (JKR) bagi surat..letak tepi malahan surat daripada beliau sendiri selaku Timbalan Pengarah (JKR) juga tidak dilayan oleh kontraktor terbabit.

Katanya juga...biarpun projek telah siap, tetapi segala kerosakan atau kecacatan haruslah di baiki oleh kontraktor terbabit kerana ianya masih dalam tanggungjawab kontraktor tersebut sehingga tempoh yg ditetapkan mengikut kontrak.

Tapi apa yang dihairankannya...bila mana surat dihantar oleh Ketua Pengarah atau mana-mana KCK cepat pula diambil tindakan oleh kontraktor terbabit. Tambahan pula kalau surat tu dari mana-mana menteri..bedesut kontraktor bodoh itu melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Kalau beginilah sikap kontraktor di Negara ini...sampai bila pun kualiti pembinaan Negara ini akan menjadi tunggang langgang. Jadi macam beruk dapat pisang. Dahlah nak siapkan projek terhegeh-hegeh..selepas itu buat kerja macam orang zaman batu. Tidak tahu apa itu kualiti dan apa itu prosedur. Dua hari siap, situ sini kecacatan...major defect pulak tu.

Bila tegur..melenting...lepas melenting mulalah cari jalan nak musnahkan orang yang menegur. Ada juga yang nak bagi rasuah...koyak semuanya.

Saya nasihatkan kepada kontraktor sedemikian...jika tidak mahu melayan dan mendengar nasihat mereka yang ditempatkan di tapak..adalah lebih baik anda cadangkan kepada kerajaan agar memansuhkan sistem penyeliaan projek sedia ada.

Tidak payahlah kerajaan meletakkan pasukan pengarah seperti timbalan pengarah, pengurus besar kanan, pengurus besar, timbalan pengurus, technician dan pasukan perunding serta akitek dalam satu-satu projek itu. Buang masa dan buang duit rakyat sahaja.

Biarlah menteri atau pun ketua-ketua pengarah yang menjaga projek. Buat ofis kat tapak. Duduk situ dua puluh empat jam. Jangan pergi kemana-mana. Hanya layan awak yang kononnya mempunyai kabel besar kepala keretapi atau pun besar pohon kelapa.

Buatlah sesuka hati anda dan apa2 masalah terus dapat rujuk menteri atau pun ketua pengarah ditapak projek tersebut.

Beginilah jadinya bila kontraktor dan ahli politik saling bergantung di telur masing-masing. Rosak binasa.

Saya tidak hairan bilamana keluar dari mana-mana berita atau akhbar tentang projek yang sakit dan bermasalah..kesemuanya adalah berpunca dari pihak kerajaan sendiri. Pegawai kerajaan yang merosakkan kerajaan.

Siapa dapat nama??? UMNO atau kerajaan Barisan Nasional...Punah dengan sendiri kerana perbuatan mereka sendiri.