Jumaat, 26 Disember 2008

KERETA NASIONAL PERDANA V6 DAN TIPU RAKYAT


Saya begitu tertarik dengan berita tentang langkah yang diambil kerajaan Barisan Nasional Negeri Terangganu dan Kerajaan PKR Perak baru-baru in berkenaan kenderaan rasmi kerajaan negeri masing-masing.


Kata mereka kereta Perdana V6 adalah boleh membazir wang rakyat kerana kos penyelenggaraan yang tinggi. Manakala bagi pihak Proton pula mereka menafikan sekeras-kerasnya akan kenyataan tersebut.


Kedua-dua kerajaan negeri berhasrat untuk menukarkan kenderaan tersebut dengan kenderaan import yang lebih selesa dan tahan lasak. Mereka juga mendakwa bahawasanya penyelenggaraan kenderaan tersebut adalah lebih murah berbanding dengan kereta Perdana V6 itu.


Itu kata kedua-kedua kerajaan negeri Terengganu dan Perak. Manakala bagi pihak proton pula, mereka mendakwa bahawasanya penyelenggaraan kenderaan tersebut menjadi tinggi kerana pihak tersebut menyelenggaranya di bengkel yang tiada kaitan dengan Proton. Penggunaan alat ganti yang tidak dicadangkan oleh pihak Proton dan berbagai-bagai lagi.


Jika benar seperti apa yang dikatakan oleh pihak Proton, sudah jelas lagi bersuluh terdapatnya unsur yang tidak kena pada hal ini. Sudah semestinya ada segolongan tertentu yang berbuat demikian bagi mengaut keuntungan mudah dalam hal ini.


Saya tidak mahu mempertikaikan kualiti kenderaan tersebut. Apa yang ingin diutarakan adalah kenapa selama ini rakyat telah ditipu oleh segolongan orang ’utan’ dalam pentadbiran kerajaan negeri yang telah menyalahgunakan kuasanya dalam menguruskan wang rakyat.


Kos penyelenggaraan yang tidak munasabah dan tidak masuk akal sama sekali. Apa yang jabatan audit negeri telah buat? Adakah mereka juga bersekongkol dalam hal ini. Walau pun tidak mencecah nilai berjuta-juta, tetapi pengunaan dan pembaziran wang rakyat dilakukan oleh pemerintah negeri dengan sewenang-wenangnya. Tiada siapa yang peduli!!


Bagai mana pula dengan negeri-negeri lain? Adakah perkara yang sama berlaku? Adakah manusia yang diberi amanah dalam menjaga urusan tersebut masih leka. Di mana badan-badan pencegahan rasuah. Adakah mereka yang telah menipu kerajaan dan rakyat itu telah ditangkap dan dipenjarakan?


Pertamanya, menipu kerajaan dan yang keduanya, menipu rakyat jelata. Besar kesalahan tu.


Dengan timbulnya isu ini, jelaslah bahawasanya kerajaan negeri selama ini sebenarnya sedang menipu rakyat. Tidak kira kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman, Perak Darul Redzuan dan juga Negeri Kedah.


Jika sebelum pilihanraya, Parti bertanding di negeri-negeri tersebut berjanji kepada rakyat bahawasanya mereka akan menjaga amanah dalam mentadbir negeri yang dimenangi. Macam-macam mereka berjanji kepada rakyat. Tetapi kenyataannya mereka adalah penipu dan pembohong.


Bagi kerajaan PKR Negeri Perak dan Kerajaan PAS Negeri Kedah, hasrat mereka untuk menukar kenderaan rasmi kerajaan adalah tidak seperti apa yang mereka ucapkan dahulu. Baru sahaja memerintah, sudah pandai untuk hidup mewah dan bergaya. Alasan kos penyelenggaraan yang tinggi adalah satu alasan yang sengaja diada-adakan oleh pihak mereka. Begitu juga dengan kerajaan Negeri Terengganu. Sungguh tinggi nafsu pemimpin kita.


Dalam bab ini, saya percaya rakyat telah mengalami kerugiaan. Manakala orang-orang tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri telah mengaut keuntungan darinya. Mereka telah menipu kerajaan dan rakyat. Tetapi mereka masih lagi bebas dan tidak diambil tindakan oleh mana-mana pihak.


Jika perkara sekecil itupun pemimpin dan pegawai kerajaan meng-kelentong rakyat. Bagaimana pula dengan perkara-perkara yang besar?


SIAPA NAK JAWAB?

Khamis, 25 Disember 2008

BLOG DAN POLITIK


Alahai UMNO. Itu tak boleh..ini tak boleh..jadi apa yang boleh. Seperti perempuan dalam pantang yang baru lepas bersalin. Saya tertarik dengan kata-kata dan tindakan yang diambil veteran UMNO yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithaudeen yang menolak penggunaan blog dalam menjalankan kempen.

Beliau sekaligus telah menggantung keahlian Ketua Bahagian Pokok Sena, Ahmad Lebai Sudin kerana kesalahan tersebut.

Sebagai rakyat jelata, saya amat tertarik dengan berita-berita yang diterbitkan sama ada oleh blog atau pun laman-laman peribadi seseorang itu. Apatah lagi jika artikel-artikel yang dikeluarkan itu adalah datangnya daripada individu penting Negara atau pun pemimpin-pemimpin Negara.

Kita semua tahu bahawasanya akhbar-akhbar tertentu tidak mungkin akan menyiarkan berita-berita yang tidak menguntungkan parti atau individu tertentu. Semua cerita yang dikeluarkan adalah dalam bentuk yang indah-indah belaka.

Jadi, selari dengan perkembangan jalur lebar dan maklumat dihujung jari (iklan daripada pihak kerajaan ) pada masa kini, penggunaan blog atau laman web peribadi adalah amat diperlukan.

Bagi saya sebagai rakyat jelata, maklumat tentang seseorang pemimpin atau bakal pemimpin adalah amat perlu dalam membuat keputusan terutamanya sewaktu adanya pemilihan atau pun pilihanraya.

Jika akhbar lebih tertumpu kepada isu yang general atau semasa, saya hanya mengharapkan laman-laman web atau pun blog-blog tertentu dalam mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang sesuatu peristiwa.

Seperti apa yang dilaungkan oleh pihak kerajaan; Bersih, Cekap dan Amanah,Integriti, perangi rasuah, transparent dan sebagainya yang melambangkan bahawasanya kerajaan tidak berkompromi terhadap sesuatu yang membelakangkan undang-undang.

Dengan demikian, adalah tidak kena jika sekiranya pendedahan yang dilakukan oleh seseorang terhadap seseorang itu (biarpun orang yang ‘terdedah’ itu pemimpin besar Negara) akan diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Tidak salah jika apa yang didedahkan itu adalah satu kebenaran. Biar pun ianya pahit untuk ditelan oleh orang telah ‘didedahkan’ itu atau pun pihak-pihak tertentu.

Ada perupamaan yang saya pernah dengar; Dalam tubuh yang sihat itu adanya penyakit yang tersembunyi. Jadi, maklumat tentang penyakit itulah yang ingin diketahui oleh rakyat jelata selaku doctor yang akan membuat keputusan tentang cara untuk mengubatinya di kemudian hari (semasa pilihanraya).

Seperti apa yang telah dibuat oleh TUN MAHATHIR (syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada beliau), apa yang ditulis olehnya dalam blognya sendiri merupakan satu azimat kepada rakyat jelata. Jika tiada orang sepertinya, manakan rakyat tahu apa yang tersirat dan tersurat akan satu-satu peristiwa yang berlaku atau terjadi.

Saya percaya mereka yang celik IT bukannya calang-calang orangnya. Mereka adalah orang yang terpelajar. Mereka boleh menilai setiap maklumat yang diterima. Setiap orang hanya mahukan kebenaran dan ketepatan tentang sesuatu perkara itu. Rakyat sudah bosan dengan perangai hipokrit pemimpin Negara. Mereka mahukan seseorang yang benar-benar ikhlas berjuang untuk bangsa, Negara, agama dan bukannya untuk kepentingan sendiri atau kroni masing-masing.

Jika boleh, saya ingin cadangkan agar setiap wakil rakyat atau ketua bahagian tidak kira dari parti mana agar dapat memperkenalkan laman web/blog masing-masing bagi memudahkan rakyat jelata melihat sendiri pergerakan atau aktiviti yang dilakukan oleh mereka dari semasa ke semasa dalam membuat keputusan disuatu masa nanti.

Kesimpulannya, saya TIDAK MENYOKONG SEPENUHNYA’ terhadap tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin Parti UMNO terhadap individu yang menggunakan internet sebagai tempat berkempen sama ada untuk dirinya sendiri atau pun untuk parti.

Jumaat, 19 Disember 2008

POLITIK WANG, HAMBA ABDI DAN ANJING


Siapa tak suka wang ringgit? Sah orang itu sudah tidak betul fikirannya. Oleh kerana kertas sehelai telah ditukar dan di cop dengan nilai ringgit maka ianya mempunyai pelbagai kegunaan bagi setiap lapisan manusia di dunia ini.


Jika di zaman dahulu kala, wang juga boleh digunakan untuk membeli manusia lain. Manusia yang dibeli itu akan menjadi hamba abdi kepada si pembeli manakala si pembeli pula akan menjadi tuan besar bagi hamba-hamba yang dibeli olehnya.


Hamba yang dibeli itu amat hina darjatnya. Hinanya hamba itu adalah lebih hina daripada tapak kasut manusia lain ( Seperti hadiah tapak kasut yang diberikan oleh rakyat Iraq kepada Presiden Bush ). Orang yang membeli hamba itu pula adalah amat mulia dari segala-galanya sehinggakan hamba-hamba yang dibelinya itu sanggup mencium kaki tuannya itu.


Hinanya orang yang dibeli itu adalah lebih hina daripada lubang najis di tandas-tandas.

Kegunaan wang sudah menjadi lebih meluas lagi. Salah satu kegunaan wang yang kini ketara adalah boleh membeli jawatan dalam negara. Cuba bayangkan jika tuan-tuan/puan-puan mempunyai wang yang banyak dan wang tersebut boleh digunakan untuk membeli kedudukan dalam negara ini. Alangkah indahnya hidup ini.


Kedudukan seperti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi, Pengarah, Ketua Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua, Timbalan Ketua, Yang Berhormat, Ahli Parlimen, Senator, ketua setiausaha, ketua badan perhubungan, ketua turus, pengarah itu, pengarah ini, Wakil rakyat, ketua bahagian, Ketua Hakim, Hakim, Peguam, gabenor, ketua Polis, Ketua Balai, Ketua Askar, Ketua Bomba, ketua itu, ketua ini. Pengarah itu dan pengarah ini.


Daripada yang tertinggi sehinggalah kepada yang terendah. Sehinggakan jawatan tukang sapu, tukang kebun dan sebagainya lagi pun boleh dibeli. Jawatan yang ada dalam negara ini boleh dibeli dengan wang ringgit. Alangkah indahnya hidup ini.


Sesiapa yang punyai banyak wang maka dialah raja dalam negara ini. Beliaulah yang akan menjadi tuan kepada seluruh rakyat dalam negara ini. Orang lain akan menjadi hamba abdi kepadanya seumur hidupnya. Seperti firaun.


Jika dahulu kerja hamba abdi yang dibeli meliputi kerja-kerja berat, tetapi hamba abdi yang dibeli kini perlu menggunakan pen dan kertas bagi memberi undi dan sokongan kepada tuannya.


Hamba abdi ini akan menyokong tuannya untuk mendapatkan jawatan-jawatan tertentu sama ada dalam kerajaan atau pun dalam politik. Hamba abdi ini tidak peduli, janji upah diberikan. Begitu juga dengan tuannya itu, asalkan wang bertukar menjadi pangkat dan kuasa. Nanti modal wang yang hilang untuk membeli hamba abdi itu akan dapat kembali jika beliau mendapat pangkat dan kuasa yang diidamkan.


Kata orang cina; memberi wang kepada seseorang itu untuk tujuan tertentu seupama memberi makan kepada anjing yang kelaparan. Bila diberi makan, anjing tersebut akan mengikut apa sahaja yang disuruh oleh orang yang memberinya makan.


Jika tuannya itu menyuruh ia makan najisnya sendiri sekalipun, anjing tersebut tidak akan membantah.


HINA LAGI MENGHINAKAN.

Masyaallah.

KRISIS EKONOMI DAN ORANG MELAYU


Dunia global sekali lagi berdepan dengan apa yang dipanggil krisis ekonomi. Krisis ekonomi yang dikatakan berulang bagi setiap sepuluh tahun. Krisis yang akan menekan mana-mana negara di dunia ini.


Seperti yang disiarkan oleh berita tv, negara maju seperti Amerika sedang tenat menerima kesan tersebut. Baru-baru ini pengurusan baru negara dibawah pimpinan presiden baru mereka telah mengistiharkan pelan recovery bagi memulihkan sektor automotif mereka. Begitu juga dengan sektor perbankan gergasi seperti Citigroup yang telah memberhentikan beribu-ribu pekerja mereka bagi menyelamatkan syarikat. Banyak lagi yang kedengaran di telinga tentang kesan daripada apa yang dipanggil krisis ekonomi global tersebut.


Jika itu di negara luar, bagaimana pula dengan negara ini? Adakah kesan yang dialami atau akan dialami seteruk itu? Sudahkah rakyat atau kerajaan kita sudah bersedia untuk menghadapinya?


Dalam menghadapi sesuatu keadaan dan senario, peringkat yang terburuk perlu difikirkan. Keadaan di mana impak yang diterima adalah diluar jangkaan kita.


Keadaan dimana seperti berlakunya kes pembuangan pekerja dalam skala yang besar, kerugian yang dialami dalam perniagaan, kadar inflasi negara meningkat, pengangguran yang bertambah dengan mendadak, pertambahan bilangan golongan yang diisytiharkan sebagai muflis, pemotongan gaji pekerja dan berbagai-bagai lagi kes yang melibatkan fulus dan ringgit.


Jika itu yang berlaku, di mana ahli-ahli korporat melayu, di mana pemimpin-pemimpin melayu, dimana pertubuhan-pertubuhan melayu, dimana ahli fikir-ahli fikir hal ekonomi melayu, dimana syarikat-syarikat milik penuh orang melayu, dimana parti-parti politik orang melayu, dimana pusat bantuan orang melayu, dimana tempat rujukan dan tempat mengadu orang melayu.

Jika dilihat pada senario sekarang, pemimpin politik sedang memberi tumpuan penuh kepada kedudukan politik masing-masing. Dapat dilihat jelas dalam fikiran mereka akan kedudukan politik mereka. Tumpuan diberikan sepenuhnya kepada pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan pemilihan UMNO pada Mac tahun depan.


Adakah mereka sedang bersungguh-sungguh membuat perancangan dalam menghadapi keadaan tersebut? Bagi saya, jika ada pun hanya segelintir sahaja yang bercakap dan memikirkan tentang hal ini. Kanapa saya berkata begitu? Kerana setiap kali tv menyiarkan berita, amat jarang sekali kelihatan pemimpin negara dan dan orang-orang tertentu yang bercakap mengenai krisis tersebut. Tiada satu pun yang bercakap tentang langkah-langkah yang sedang dan akan diambil dalam menghadapinya.


Jika ianya benar-benar berlaku, apakah kesudahannya bagi orang melayu yang sedang berjinak-jinak dengan dunia perniagaan. Adakah mereka akan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan atau pemimpin melayu? Adakah adanya usahawan melayu yang akan menggulung tikar selepas ini? Banyak persoalan perlu disediakan jawapannya oleh pemimpin negara khususnya mereka yang berbangsa melayu. Nasib bangsa perlu menjadi keutamaan mereka.


Kini telah ada bunga-bunga kesan kemelesetan itu. Pekerja dari sektor perkilangan dan pembinaan sedang dibuang bagi mengecilkan operasi syarikat. Penurunan pada indeks BSKL. Para pelabur sedang berjaga-jaga dengan segala kemungkinan. Kemungkinan terhadap perkembangan ekonomi dunia dan juga ketidaktentuan percaturan politik negara. Harga komoditi bagi bahan mentah menurun ke tahap terendah seperti di tahun-tahun 1995-1998.


Bagi orang kampung pula, apa yang difikirkan adalah berkenaan harga getah, kelapa sawit, padi, sayur-sayuran, ternakan ikan, ternakan lembu, kambing, hasil tangkapan ikan dan sebagainya lagi. Adakah harga bahan mentah tersebut terus-terusan menurun dan menjejaskan pendapatan mereka?


Saya tidak pandai untuk bercakap tentang ekonomi, tetapi apa yang ingin saya nyatakan disini adakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi tersebut yang akan sampai ke negara ini pada bila-bila masa sahaja.


Adakah orang melayu akan merayu di bumi sendiri lagi bila tibanya saat tersebut.

Khamis, 18 Disember 2008

PESTA TANAH RUNTUH DI BUKIT MEWAH YANG MEWAH


Jom kita ke lokasi tanah runtuh di kawasan perumahan Bukit Mewah. Satu peristiwa menyayat hati yang bertukar kepada pesta. Pesta bagi yang tidak menanggung dan pesta bagi yang ingin menonjol. Pesta tuduh menuduh dan kata mengata.


Amat lucu sekali! Bagi yang terlepas peluang semestinya akan merasa kerugiannya disamping akan menyesal tidak kesudahan. Hanya sekali dalam seumur hidup.


Antara kisah lucu yang menjadi perhatian adalah seperti berikut :-


Sebelum berlakunya tanah runtuh itu, penduduk mendakwa telah beberapa kali membuat aduan kepada PBT tetapi pihak PBT hanya buat deeeek je..


Tugas-tugas menyelamat telah dilakukan oleh pihak tentera dan bukannya bomba yang telah dikenali ramai sebagai badan penyelamat.


Jurucakap pula dikendalikan oleh ketua polis selangor dan bukannya ketua bomba selangor atau ketua menteri selangor atau menteri yang terlibat.


Ahli-ahli politik turun padang dan tunjuk muka pada tv agar dapat dilihat oleh orang ramai untuk tujuan politik masing-masing.


Bila jadinya tanah runtuh, seringkali kedengaran kerajaan mengharamkan projek perumahan dikawasan tanah tinggi.


Penduduk terlibat menyelar sikap mereka yang memberi bantuan.


Penduduk terlibat mahukan layanan eklusif seperti kelas mereka yang tinggi darjatnya seperti rumah tinggi mereka di atas bukit tinggi.


Rakyat jelata menyelar penduduk kerana bersikap tidak berterima kasih kepada pemberi bantuan.


Pihak penduduk yang kecewa dengan bantuan yang diberikan adalah tidak seperti yang diharapkan ingin menyaman pihak yang terbabit..


Kisah tragedi menyayat hati bertukar kepada tragedi tunjuk-menunjuk dan menunjuk-nunjuk.


Banyak lagi kisah lucu yang dapat dilihat dari hari ke hari dan masih lagi tidak habis-habis sehingga ke hari ini.


Kata orang tua-tua; siang hari pandang-pandang, malam hari dengar-dengar.

PROJEK PERUMAHAN RAKYAT MISKIN



Beberapa tahun dahulu kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan akan pakej bantuan penduduk miskin tegar Negara. Salah satu perkara yang disebut dalam pakej tersebut adalah projek perumahan rakyat miskin.

Niat murni kerajaan itu adalah amat dihargai sekali. Ianya bakal mengubah taraf hidup rakyat yang tidak berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. Rumah yang lebih selesa. Rakyat yang dikategorikan sebagai miskin itu tidak akan merasakan mereka ini disisihkan oleh orang lain. Mereka boleh berbangga dengan rumah yang dimiliki olehnya. Selain itu, keyakinan mereka ini untuk meneruskan hidup yang lebih berkualiti akan bertambah.

Itu adalah sebahagian teori indah yang ingin dicapai sekiranya perjalanan projek tersebut seperti yang dirancangkan. Namun pada hakikatnya, adakah ianya seperti yang diharapkan. Jawapannya ada pada rakyat dan orang yang menguruskan akan hal itu sendiri.

Apa yang ingin ditulis kali ini adalah berkenaan status projek tersebut. Adakah ianya menepati sasaran pihak kerajaan. Jawapannya adalah tidak. Jawapan itu bukannya sengaja direka-reka oleh saya. Jawapan itu diperolehi dari situasi sebenar yang ditanggung oleh rakyat terutamanya di kampung-kampung.

Dapat diperhatikan dengan jelas dimana pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal ini telah pun bersikap memilih bulu. Mereka telah memilih orang yang terdekat dengan mereka dalam memberi hak tersebut. Padahal semua sedia maklum bahawa perumahan rakyat itu adalah untuk di berikan kepada rakyat miskin.

Setahu saya kerajaan tidak pernah mengarahkan kelulusan diberikan kepada mereka yang menyokong parti-parti tertentu sahaja.

Sesiapa sahaja yang layak dan dikategorikan sebagai miskin adalah layak sepenuhnya terhadap pemberian tersebut.

Selain itu, juga dapat diperhatikan tiadanya usaha bersungguh-sungguh pihak-pihak yang terlibat seperti wakil rakyat dan badan-badan kerajaan yang diberikan kuasa dalam hal ini menyampaikan maklumat kepada rakyat jelata. Sesetengah rakyat miskin masih lagi tidak mengetahui bahawa kerajaan telah pun memperuntukkan bantuan untuk mereka mendapatkan rumah yang lebih selesa.

Terus terang saya nyatakan di sini bahawasanya orang/pihak yang diberi amanah dalam menjayakan misi nasional ini telah mengecewakan rakyat jelata.

Pemikiran sempit yang bermula diperingkat cawangan, bahagian dan pada sesetengah ketua-ketua agensi berkanun kerajaan itu telah berjaya menggagalkan akan objektif tersebut.

Mereka lebih suka duduk di kerusi empuk dalam pejabat dan tiada usaha untuk turun padang bagi mencari sendiri rakyat melayu yang miskin lagi hina di bumi sendiri.

Apa yang nyata sehingga hari ini MASIH ADA LAGI RAKYAT YANG TIDAK TAHU APA ITU PERUMAHAN RAKYAT yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan.


Ahad, 7 Disember 2008

UTUSAN MALAYSIA - Melayu dikhianati


07 DEC 2008

Kenapa perlu takut?

Sejarah membuktikan Melayu adalah kaum yang paling bertolak ansur sehingga sanggup berkongsi kerakyatan dan menjadi pelindung kepada kaum lain.

Melayu tidak pernah meminta diri mereka dipanggil dengan istilah tuan.

Semua pihak harus jujur melihat daripada perspektif yang meluas dengan mengambil kira realiti sejarah, politik dan kebudayaan. Malaysia adalah negara yang berakarkan Melayu.

Melayu dan Islam adalah teras di Malaysia.

Yang sedihnya ketika kaum lain semakin mengasak orang Melayu supaya menjadi liberal, bukan Melayu pula semakin bergerak ke arah ultra menuntut lebih banyak untuk kaum mereka.

Segala pengorbanan dan tolak ansur orang Melayu termasuk berkongsi tanah air ini, kuasa politik dan kekayaan, telah dikhianati.

Janganlah hanya pandai meminta tetapi tidak tahu memberi.

Sabtu, 6 Disember 2008

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

UMNO DAN PKR – Apa yang berbeza di saat dan tika ini.


Apa bezanya kedua-dua parti UMNO dan PKR ? siapa boleh jawab? Saya tak payah jawab sebab semua orang sudah tahu apa bezanya kedua-dua parti tersebut. Semua orang tahu UMNO adalah parti melayu dalam pakatan dalam BN yang memerintah Negara ini. Manakala PKR pula adalah parti pembangkang yang sedang berusaha untuk memerintah Negara ini.

Apa yang ingin saya tuliskan kali ini adalah berkenaan perbandingan dan perbezaan yang sedang berlaku terhadap kedua-dua parti dan pemimpin mereka di saat dan tika ini.

Perbezaan diantara kedua parti dan pemimpin mereka adalah seperti berikut :-

UMNO - Pemimpin sedang sibuk merebut jawatan.
PKR - Pemimpin sedang menyusun strategi melawan UMNO

UMNO - Kerjasama antara pemimpin yang berkurangan kerana pemilihan Mac 2009.
PKR - Kerjasama yang erat sedang berlaku

UMNO - Pemimpin sedang berkempen untuk jawatan masing-masing
PKR - Pemimpin sedang berkempen untuk menambahkan ahli & penyokong.

UMNO - Pemimpin sedang berbincang cara untuk memenangi piliharaya kecil Kuala Terengganu.
PKR - Pemimpin sedang mencari jalan untuk memburukkan UMNO dan pemimpin UMNO.

UMNO - Zaid Ibrahim dibuang dari parti : Kurang satu orang pemimpin
PKR - Zaid Ibrahim diajak masuk parti : tambah satu lagi pemimpin

UMNO - Tidak nampak UMNO akan pulih tetapi apa yang nampaknya sokongan kepada UMNO
semakin merosot.
PKR - Prestasi semakin meningkat

UMNO - Pemimpin tidak bersungguh-sungguh menyakinkan rakyat akan pelan penyelamat
ekonomi negara yang sedang teruk yang sudah dirangka.
PKR - pemimpin sedang mendedahkan akan kelemahan pemimpin UMNO dalam ekonomi.

UMNO - Ada 2 kepala ; DS Najib dan DS Pak Lah
PKR - Ada 1 kepala ; DS Anuar

UMNO - Nama pada dasarnya adalah PERIKATAN BN..tetapi anggota tidak lah ’terikat’. Asyik
buat kepala sendiri sahaja.
PKR - Nama pada dasarnya adalah PAKATAN RAKYAT..Nampaknya mereka memang sedang
berpakat.

UMNO - Ahli dan penyokong semakin hilang
PKR - Ahli dan penyokong semakin bertambah

UMNO - Semakin dekat pilihanraya, semakin takut dan tidak yakin boleh menang
PKR - Semakin dekat pilihanraya, semakin berahi dan yakin menang

UMNO - Ahli dan penyokong pergi mencari pemimpin yang sedang goyang kaki
PKR - Pemimpin pergi mencari ahli bagi membantu

UMNO - Mendapat sokongan daripada orang kaya-kaya
PKR - Mendapat sokongan daripada orang miskin dan sederhana

UMNO - Rakyat semakin membenci
PKR - Rakyat semakin dapat menerima

UMNO - Kempen guna TV, Internet, Radio dan surat khabar tetapi tidak berkesan.
PKR - Kempen guna internet dan surat khabar tetapi berkesan

UMNO - Pemimpin-pemimpin nampak tidak bersemangat dan lembik
PKR - Pemimpin-pemimpin nampak agresif dan cekal

UMNO - Sudah berbalah dengan cina dan india yang tidak kesudahan
PKR - Sedang seiringan dengan cina dan india

UMNO - Wakil rakyat sedang mengumpul harta
PKR - Wakil rakyat sedang mengumpul harta dan Penyokong

UMNO - Berbalah dengan bekas pemimpin
PKR - Sokong pemimpin bermati-matian

UMNO - Sibuk dengan politik wang
PKR - Sibuk dengan penyusunan strategi

UMNO - DS ABDULLAH BADAWI SELAKU KETUA
PKR - DS ANWAR IBRAHIM SELAKU KETUA

UMNO - Bla...bla..blah
PKR - Bla...bla..bila nak memerintah...

Politik oh politik......ada-ada aja.

PAKCIK TENGOK SAJA.


Khamis, 4 Disember 2008

DATUK MUKHRIZ – BALIK KE RANCANGAN ASAL


Terima kasih di ucapkan kepada satu-satunya pemimpin politik melayu yang berjaya memotong lingkaran ular berbisa yang sedang berbelit-belit di tubuh bangsa melayu.

Ular bisa sedang berusaha memusnahkan bangsa melayu dari dalam. Menyengat bangsa melayu di sana sini dengan kenyataan-kenyataan yang panas telinga untuk didengar dan kadang-kala boleh membuatkan hati terbakar.

Seperti kenyataan beliau : HIDUPKAN KEMBALI SEKOLAH SATU SISTEM. Kenyataan yang tepat, padat, kena atas butir, menyengat dan berbagai lagi bagi menyumbat mulut-mulut ular yang menganga luas lagi gatal.

Jika ada sepuluh (10) orang seperti beliau, sudah pasti bangsa melayu tidak akan merayu di bumi sendiri lagi selepas ini.

Itu baru satu ayat sahaja yang beliau keluarkan..jika sepuluh (10) lagi ayat yang mempunyai maksud yang sama dikeluarkan oleh beliau dan ditambah dengan sepuluh (10) kenyataan daripada sepuluh (10) orang lagi. Apa akan jadi?? Melayu tidak akan merayu di bumi sendiri lagi.

Sebagai BANGSA MELAYU SELEPAS MERDEKA, saya amat terhutang budi dengan DATUK MUKHRIZ.

Lakukanlah yang terbaik untuk bangsa melayu agar MELAYU SELEPAS MERDEKA terus merdeka dan tidak lagi merayu di bumi sendiri.

TERIMA KASIH DATUK MUKHRIZ ANAK KEPADA TUN MAHATHIR.

Ahad, 30 November 2008

KETUANAN MELAYU – APA ADA PADANYA

Apa ada pada perkataan KETUANAN MELAYU itu? Apa yang istimewanya perkataan KETUANAN MELAYU itu? Sehinggakan menjadi satu kemestian yang perlu disentuh setiap kali orang politik bercakap bagi meraih undi. Siapa menjadi tuan dan siapa menjadi kuli?

Di bawah ini disenaraikan akan maksud sebenar KETUANAN MELAYU untuk rujukan dan ingatan kepada bangsa lain yang cuba mengaut keuntungan darinya. Begitu juga dengan bangsa melayu kini yang tidak berapa faham akan nilai KETUANAN MELAYU, bolehlah melihat apa yang telah saya tuliskan kali ini.

Apa ada pada konsep ketuanan melayu itu jika sekiranya maksud KETUANAN MELAYU KINI adalah seperti di bawah :-

1) melayu masih lagi tidak dapat berdiri dengan kaki sendiri

2) melayu masih lagi ketinggalan di bumi sendiri

3) melayu masih lagi berbalah sesama sendiri

4) melayu masih lagi tidak tahu hala tuju diri sendiri

5) melayu masih lagi tidak dapat menguasai ekonomi negara sendiri

6) melayu masih lagi ramai yang miskin berbanding bangsa lain

7) melayu masih lagi ramai di kampung-kampung

8) melayu masih lagi tidak tahu apa yang berlaku di dunia luar

9) melayu masih lagi takut terhadap bangsa lain

10) melayu masih lagi tidak lebih dari bangsa lain

11) melayu masih lagi ramai yang menagih dadah

12) melayu masih lagi ramai menjadi mat rempit

13) melayu masih lagi ramai tinggal dalam penjara

14) melayu masih lagi ramai menjadi penganggur terhormat

15) melayu masih lagi berpendapatan dibawah RM 500 sebulan

16) melayu masih lagi ramai tidak berjaya sambung belajar

17) melayu masih lagi tidak tahu mengurus ekonomi sendiri

18) melayu masih lagi ramai menjadi GRO & pelacur

19) melayu masih lagi bermain politik wang

20) melayu masih lagi amalkan kronisma

21) melayu masih lagi amalkan rasuah

22) melayu masih lagi tidak ambil peduli akan nasib bangsanya

23) melayu masih lagi gila politik

24) melayu masih lagi asyik berhibur

25) melayu masih lagi ramai yang miskin

26) melayu masih lagi percayakan hantu

27) melayu masih lagi ramai menjadi orang pertengahan

28) melayu masih lagi menjadi kuli

29) melayu masih lagi mudah lemah semangat

30) melayu masih lagi buta mata dan buta hati

31) melayu masih lagi merayu di bumi sendiri

32) melayu masih lagi hanya pandai bercakap

33) melayu masih lagi ketinggalan dari segala segi

34) melayu masih lagi buta sejarah bangsanya

35) melayu masih lagi lupakan pemimpin yang berjasa kepada bangsanya

36) melayu masih lagi takut untuk membuat keputusan

37) melayu masih lagi ramai di kilang-kilang sebagai operator

38) melayu masih lagi ramai di rumah urut kelab dangdut

39) melayu masih lagi main judi minum arak

40) melayu masih lagi jadi barua

41) melayu masih lagi pentingkan diri sendiri

42) melayu masih lagi tidak bersatu

43) melayu masih lagi lupa daratan

44) melayu masih lagi ramai berada di kelas bawahan

45) melayu masih lagi tidak ramai jadi taukeh

46) melayu masih lagi jadi tunggul kayu

47) melayu masih lagi tiada pendirian

48) melayu masih lagi jadi alat untuk bangsa lain

49) melayu masih lagi suka mengangguk di air yang keruh

50) melayu masih lagi tidak boleh jadikan bahasanya sebagai bahasa percakapan di bumi sendiri

51) melayu masih lagi tidak boleh menggerakkan negara ini mengikut acuan mereka sendiri

52) melayu masih lagi tidak berpijak di bumi yang nyata

53) melayu masih lagi tidak faham agamanya sendiri

54) melayu masih lagi rendah diri kepada bangsa lain

55) melayu masih lagi suka cah keting orang melayu sendiri

56) melayu masih lagi tidak boleh katakan ’TIDAK’ secara mutlak kepada bangsa lain

57) melayu masih lagi berniaga secar kecil-kecilan

58) melayu masih lagi menolong bangsa lain buka kilang arak, buka kedai arak dan tolong minum arak.

59) Melayu masih lagi tolong bangsa lain bina pusat peliharaan babi

60) Melayu masih lagi membeli belah di kedai bukan melayu

61) Melayu masih lagi mudah layu bila dirayu

62) Melayu masih lagi menjadi pak turut

63) Melayu masih lagi berbelah bahagi terhadap bangsanya sendiri

64) Melayu masih lagi tidak dapat mempertahankan bangsanya sendiri

65) Melayu masih lagi tidak dapat mempertahankan negaranya sendiri

66) Melayu masih lagi tidak dapat menunjukkan ketaatannya kepada Raja

67) Melayu masih lagi tercari-cari hala tuju sendiri

68) Melayu masih lagi lupa akan asal-usulnya sendiri

69) Melayu masih lagi berpecah sesama sendiri

70) melayu masih lagi bla..bla..

71) melayu masih lagi bla..bla..

Banyak lagi maksud yang boleh diberikan kepada istilah KETUANAN MELAYU pada waktu dan tika ini.

Kepada rakan kongsi UMNO, iaitu kawan-kawan UMNO terutamanya dari MCA dan MIC, itulah apa yang dikatakan maksudnya KETUANAN MELAYU pada masa kini yang sering diperjuangkan oleh orang UMNO dan orang melayu lain dari dahulu sehingga sekarang.

Begitu juga dengan rakan kongsi dari pakatan rakyat iaitu PKR, PAS dan DAP.

Jadi, kepada bangsa-bangsa lain yang suka sangat ingin menyentuh hal KETUANAN MELAYU itu, baca dan fahamilah akan maksudnya KETUANAN MELAYU itu seperti yang telah saya sebutkan di atas tadi. Tiada apa yang istimewanya perkataan KETUANAN MELAYU itu bagi saya sebagai orang melayu. Tidak usahlah mengungkit akan hal seperti ini yang sememangnya tidak menguntungkan anda atau pun bangsa melayu.

Amat rugi jika sekiranya tuan-tuan mengguna-pakai perkataan ’KETUANAN MELAYU’ sebagai modal politik. Untung tiada, tanggung rugi dan silap-silap modal pun habis.

’KETUANAN MELAYU’ kini sudah tiada makna lagi bagi orang melayu.

KENAPA...TIDAK PERCAYA??? ”( iklan TV suatu masa dahulu )