Rabu, 30 September 2009

Wang deposit pilihanraya – Wang Perjudian?



Saya ingin berkongsi pendapat dengan kawan-kawan blogger berkenaan kenyataan seorang kawan saya yang tidak berpolitik. Beliau merupakan seorang ahli tabligh. Kenyataan beliau berkenaan pengamalan sistem demokrasi dari sudut islam.

Saya tidak tahu sama ada ianya betul dari sudut hukum islam atau ianya hanya dari pemikiran beliau sahaja.

Katanya tidak kira sama ada orang PAS atau UMNO atau mereka dari parti yang lain sebenarnya telah BERJUDI dihari penamaan calon semasa pilihanraya. Setiap mereka yang ingin menjadi wakil rakyat harus meletakkan wang pertaruhan dan wang tersebut akan hangus sekiranya mereka itu kalah.

Bagi yang menang, mereka akan mendapat jawatan sebagai wakil rakyat. itulah perjudian seseorang semasa pilihanraya. Jika ianya ada unsure-unsur perjudian, maka ianya adalah haram di sisi islam.

Katanya lagi, ramai orang islam terutamanya dari kalangan orang-orang PAS tidak menyedari hakikat tersebut. Walau pun mereka sering melaungkan mereka lebih islam dari orang lain, namun mereka sendiri sudah terjebat dengan amalan judi itu di peringkat awal lagi.

Walau pun ditukar kepada apa nama sekalipun, ianya tetap ada unsur perjudian di dalamnya.

Pemilihan pemimpin yang dipraktikkan semasa zaman sahabat adalah cara yang terbaik dan bukannya dengan cara amalan demokrasi yang sedang diamalkan sekarang.



1 ulasan:

Temuk berkata...

Assalamualaikum
Saya sanjung komen-komen sdra yg sederhana di blog-blog yg begitu berat sebelah & menyerang terutamanya pemimpin secara peribadi. Gerun rasanya membaca pemblog-pemblog yg begitu gembira membuka pekung di dada orang! Isu wang pertaruhan pilihanraya ini elok sdra sebut bila memasuki blog-blog orang yg pandai hal agama. Terima kasih.