Khamis, 3 September 2009

NIZAR dan SIVA dua beradik sehati sejiwa.


Dua wakil rakyat yang telah bersumpah sehidup semati, makan semeja, tidur sebantal dan mandi bersama ini telah membuat onar lagi di bulan dan hari yang baik ini.

Walau pun MAHKAMAH telah menjatuhkan hukum tetapi mereka tetap dengan perangai onar mereka itu.


Perbuatan mereka itu telah menghina mahkamah dan sepatutnya pihak mahkamah boleh mengeluarkan waran terhadap mereka terhadap kesalahan tersebut.

Mereka juga telah menghina Tuanku Sultan Perak kerana membuat persediaan untuk persidangan tanpa mendapat restu Tuanku Sultan. Begitu juga dengan dewan agung telah dihina dengan perbuatan mereka megubah dewan hotel menjadi dewan persidangan.

Entah dari mana idea nakal serta serabut ini dicari dan diterima-pakai oleh Nizar dan Siva.

Mahkamah, undang-undang, kemuliaan Tuanku Sultan dan kedudukan wakil rakyat yang kononnya ‘dihormati’ akan terus tercalar kerana perbuatan mereka ini.

Maksud kata-kata Nizar bahawasanya beliau dan rakan-rakannya adalah wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat sepatutnya difahami oleh beliau sendiri. Perbuatan seperti itu menunjukkan kepada rakyat bahawasanya beliau dan rakan-rakannya itu tidak mencerminkan kehendak rakyat yang sebenarnya.

Tingkah laku dua beradik ini perlu disekat bagi mengelakkan kejadian yang sama dilakukan di masa-masa hadapan.

Dua beradik yang nakal dan tolol dalam dunia politik tanah air masa kini.

NIZAR dan SIVA dua beradik sehati sejiwa.

0 ulasan: