Rabu, 9 September 2009

POLITIK TIDAK BOLEH – Melayu Dangkal



Amat dangkal akal orang melayu dulu dan kini..dangkalnya akal itu telah membuatkan mereka membuat satu-satu keputusan mengikut emosi dan rasa benci sahaja. Pemikiran yang waras, bijak dan timbang-tara yang adil telah diketepikan kerana kedangkalan tersebut.

Dangkalnya pemikiran orang melayu itu bila mereka mengeji cara pemakaian, kekayaan dan kemakmuran orang lain terutamanya mereka yang ingin menjadi wakil rakyat. Wakil rakyat yang dilihat secara ‘mata-riah’ mereka lebih sederhana dan lebih alim akan dipuja-puja dan disokong sepenuhnya.

Mereka dangkal dalam memilih seseorang itu dari segi keupayaan dalam membantu mereka menaikkan taraf hidup mereka.

Mereka dangkal dalam memilih seseorang yang boleh memberi jalan kepada kemakmuran hidup mereka.

Mereka memilih orang-orang 'seperti mereka' yang tidak berjaya dan tidak menyumbangkan apa-apa kepada mereka, masyarakat dan Negara.

Melayu lebih tertarik dengan kata-kata ‘mengulik’ yang dimainkan oleh orang-orang tertentu dalam mendapat kedudukan dalam politik.

Kata-kata seorang kawan semasa minum kopi bersama-sama masih terlekat dalam kepala :

“ kedudukan, pangkat, kekayaan dan sebagainya adalah pemberian ALLAH swt kepada seseorang manusia itu mengikut kemampuannya untuk memikul beban amanah-amanahNYA kepada umat manusia lain. Semuanya datang bukan kerana ia datang sendiri tetapi dengan berkat usahanya serta kemurahan ALLAH swt terhadap manusia tersebut.”

Melayu sepatutnya bersyukur kerana mereka yang ingin menjadi wakilnya adalah seseorang yang telah berjaya didunia dan insyaallah di akhirat.

Melayu masih lagi dangkal malahan akan terus mengamalkan budaya dangkalnya dalam segala segi.

Orang kaya..tak boleh..pakai baju mahal..tak boleh..pakai kereta mewah..tak boleh..ada rumah besar..tak boleh..ada rumah besar..tak boleh..ada duit banyak..tak boleh..ada bini ramai...tak boleh..ada bini besar??? Nanti pikir dulu...

Apa yang dilihat oleh ‘mata-riah’ mereka itu adalah symbol kekayaan..maka akan ditolak semuanya. Itulah kedangkalan dan perangai sifat dengki orang melayu yang telah lama bersama menjiwai orang melayu.

Perangai melayu yang tidak boleh melihat orang lain lebih senang berbanding dirinya amat pekat dalam dirinya. Golongan ini akan menolak apa sahaja budaya lain yang tidak menyerupai perwatakan mereka . Tidak kira ianya adalah perwatakan luaran atau pun dalaman.



0 ulasan: