Kerana lagu dan tarian yang tidak pernah popular..negara ini dikutuk dan dihina semahunya oleh rakyat Indonesia.
Kerana lagu dan tarian tersebut, rakyat Indonesia melancarkan provokasi GANYANG MALAYSIA. Mereka melancarkan gerakan membersihkan rakyat Negara ini dari Negara tersebut.
Sekali pandang, betapa buruknya sikap mereka..kejamnya perangai mereka..
Namun, adakah kita sedar dan mengakui bahawasanya..mereka ini lebih patriotic berbanding dengan kita selaku rakyat Malaysia.
Dengan isu yang sekecil itupun, tindakbalas mereka diluar jangkaan kita. Tidakbalas dalam memartabatkan Negara mereka.
Seperti yang terjadi sebelum ini, lagu NEGARAKU, bendera MALAYSIA dan Institusi DIraja dihina..rakyat Negara ini masih berdiam diri dan mengambil sikap tidak apa.
Walaupun sebilangan daripada mereka datang mencari rezeki di Negara ini sebagai buruh kasar..namun hakikatnya..semangat patriotism mereka lebih tinggi berbanding rakyat Negara ini yang hidup dalam kemewahan.
Biarlah mereka miskin wang ringgit..namun rakyat mereka tidak miskin semangat kecintaan terhadap negaranya sendiri.
Peristiwa ini seharusnya menjadi tauladan kepada rakyat Negara ini...
janganlah kita marah atau mengeji mereka kerana mendaulatkan Negara mereka..kita seharusnya marah dan mengeji diri kita sendiri kerana tidak melakukan apa-apa bila Negara atau symbol Negara kita dihina..
2 ulasan:
Salam, Indonesia mencapai kemerdekaan melalui darah dan air mata, sebab itu mereka menghargai negara mereka walau pun keadaan rakyatnya masih jauh ketinggalan.
Berbeza dengan Malaysia, genarasi muda lahir dalam serba kemewahan, mereka tidak merasai kesempitan hidup sebelum merdeka, kebanyakan generasi muda dari kaum bukan bumiputera lansung tidak mencintai negara, kerana mereka dihayati dengan kaum mereka, bukan seperti Bumiputera....
Kalau keseluruhan rakyat Indonesia menikmati bagaimana di Malaysia, mungkin kecintaan kepada negara juga akan lupus macam rakyat bukan bumiputera Malaysia....
Cuba tuan bayangkan, bumiputera di Malaysia hanya 50% sahaja berbandng bukan bumiputera.....
masih ramai melayu yang sudah lupa siapa mereka sebenarnya..cina dan india berasak-asak hendakkan kepentingan mereka dengan mengambil hak2 melayu..tetapi melayu yang sudah lupa hanya terkebil2 dan terhegeh melihatnya ....
Catat Ulasan