1. Kepercayaan rakyat marhean terhadap INTEGRITI pemimpin BN aka UMNO telah hilang.
2. Kesungguhan BN aka UMNO memerangi perosak Negara aka rasuah masih tidak mencapai standard yang ditetapkan oleh rakyat.
BN aka UMNO juga ditolak dalam PRK yang telah diadakan di beberapa DUN. Walaupun dikatakan sokongan rakyat sedikit sebanyak telah beralih kepada BN aka UMNO, namun KALAH tetap KALAH. Walau pun satu undi, tetap KALAH.
Kata-kata yang ingin menyedapkan hati BN aka UMNO kedengaran apabila tamatnya PRK. Namun HAKIKATnya KALAH dan seterusnya hilang kerusi DUN tersebut.
Selain di Perak dan Selangor, usaha giat sedang dijalankan dalam misi menawan kembali negeri-negeri tersebut daripada pakatan pembangkang. Namun, usaha yang sama masih lagi tidak kedengaran di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
PAKCIK dapat melihat bahawasanya BN aka UMNO Kelantan telah mengambil sikap tidak apa dan berusaha saat-saat akhir. Sebab mengapa BN aka UMNO dipandang remeh oleh pembangkang di Kelantan. Mereka telah KALAH sebelum bertanding dan tiadanya usaha atau perancangan dalam menawan kembali Kelantan.
Begitu juga dengan BN aka UMNO negeri Terengganu yang masih kacau bilau seperti dirasuk hantu. Baik Menteri Besar atau Bekas Menteri Besar sepatutnya mengenepikan keegoan masing-masing.
Bekas MB sepatutnya berserah kepada takdir bahawasanya beliau telah ditetapkan untuk menjadi MB selama sepenggal sahaja. Begitu juga dengan MB kini, jika beliau diibaratkan sebagai liability kepada BN aka UMNO Terengganu, beliau seharusnya berkorban.
Seperti kata-kata orang tua-tua; kalau menang pun tiada untungnya, lebih baik kalah kerana tidak rugi apa-apa. Janganlah sampai BN aka UMNO menjadi mangsa kerana disebabkan oleh tuan-tuan sekalian.
Ditambah lagi dengan kemelut dalaman yang berlaku terhadap komponen..MCA dengan perbalahan pemimpin, MIC pun sama..begitu juga dengan PPP...kredibiliti BN aka UMNO dalam mentadbir Negara dilihat semakin pincang dan berserabut.
Pemimpin-pemimpin yang keluar di TV adalah dilabelkan sebagai bermasalah ( peribadi atau disiplin ). Ada sahaja isu terhadap mereka. Dan ini merupakan satu keadaan yang tidak sihat terhadap BN aka UMNO di mata rakyat jelata.
Masa terus berjalan dan berlalu..PRU-13 semakin menghampiri. Masih tiada perubahan sokongan rakyat terhadap BN aka UMNO. Jika keadaan ini dapat dikekalkan oleh pembangkang, PAKCIK percaya BN aka UMNO akan meninggalkan Putrajaya pada PRU-13 nanti. Paling tidak pun BN aka UMNO terpaksa berkongsi JAWATAN dengan pihak Pakatan Pembangkang.
0 ulasan:
Catat Ulasan